30 NYAWA BERKECAI DI LAPANGAN TERBANG TURKI

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan sekitar 150 orang cedera apabila tiga pengebom berani mati melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri di lapangan terbang antarabangsa utama Istanbul pada hari Selasa, menurut media di sini.

Sebahagian besar yang terkorban ialah warga Turki, tetapi terdapat juga warga asing yang maut.

Gambar yang dimuat naik di media sosial memperlihatkan keadaan mereka yang cedera di dalam dan di luar terminal.

Sebelum dapat bertindak lebih jauh, polis melepaskan tembakan terhadap mereka. Mereka gagal menembusi pusat keselamatan di balai ketibaan

Lapangan Terbang Ataturk merupakan yang ketiga paling sibuk di Eropah.

Pengebom berani mati berkenaan  meletupkan diri mereka, kata seorang pegawai Turki.

Saksi melaporkan  terdapat dua letupan sehingga menyebabkan bumbung runtuh.

Saksi  lain mendakwa  tembakan kedengaran sejurus sebelum serangan.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan semua orang bertempiaran lari. Darah dan anggota badan manusia di mana-mana, kata saksi.

Lapangan terbang itu dikatakan akan ditutup untuk tempoh 48 jam.

Sumber : Sarawakvoice.com

#Tanwir : Anti Keganasan

Artikel Berkaitan :Hukum Darah Dibayar Dengan Darah

No Comments

    Leave a reply