Saudi Cipta Sejarah dengan Melantik Mufti Wanita

Langkah Arab Saudi untuk melakukan pembaharuan keagamaan dan meninggalkan sikap konservatisme terus berlanjut. Terbaharu, kaum perempuan di negara itu dibenarkan terlibat dalam mengeluarkan fatwa.

Peristiwa bersejarah tersebut merupakan hasil keputusan di Dewan Syura atau Jawatankuasa Penasihat rasmi kerajaan Arab Saudi. Sebanyak 107 undi menyokong pelantikan mufti perempuan.

Dengan demikian, keputusan ini mengakhiri monopoli mufti laki-laki yang bertahan selama 45 tahun. Seperti dilaporkan oleh Arab News, pada Jumaat (29/9), para mufti perempuan dipilih melalui keputusan Raja.

Aspirasi tersebut semula muncul dari salah satu anggota Dewan Syura dalam pertemuan ke-49, yang meminta Jawatankuasa Penyelidikan Ilmiah dan Pemberian Fatwa, untuk memberi laluan kepada kaum perempuan untuk dilantik sebagai mufti. Insitusi ini merupakan satu-satunya badan kerajaan yang mempunyai autoriti menerbitkan fatwa di Kerajaan Arab Saudi.

Ini bukan kali pertama Arab Saudi mulai terbuka bagi perempuan. Sebelumnya, Raja Salam bin Abdul Aziz mengeluarkan dasar kontroversial dengan memperbolehkan perempuan mengenderai kenderaan. Keputusan tersebut secara rasmi berkuatkuasa pada Jun 2018.

Pada perayaan hari kebangsaan pada 23 September 2017, kerajaan Arab Saudi juga memperbolehkan perempuan memasuki stadium lalu menikmati kemeriahan pertunjukan musik dan tarian tradional. (Red: Mahbib)

Dipetik dalam www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply