82 peratus Warga Palestin Tidak Percaya Arab Saudi

Hasil sebuah kaji selidik baru-baru ini di Tebing Barat menunjukkan bahawa majoriti rakyat Palestin tidak mempercayai Arab Saudi, dan hampir separuh daripada mereka percaya bahawa penentangan dengan mengangkat senjata adalah respons terbaik bagi menentang pengisytiharan Amerika terhadap al-Quds sebagai ibu kota Israel.

Kaji selidik ini dibuat oleh Pusat Kajian Dasar Palestin (PSR) dan dilaporkan surat kabar al-Watan pada Rabu (13/12). Dalam laporan itu disebutkan bahawa 75 peratus warga Palestin tidak mempercayai UEA untuk memainkan peranan sebagai pihak tengah antara Israel dan Palestin.

Sedangkan 82 peratus orang Palestin tidak mempercayai Arab Saudi dan 70 peratus tidak mempercayai Mesir.

Juga, 45 peratus responden yang lain percaya bahawa penentangan dengan mengangkat senjata adalah tanggapan terbaik untuk pengiktirafan Presiden AS Donald Trump terhadap Yerusalem al-Quds sebagai ibukota Israel dan 70 peratus menghendaki Mahmoud Abbas untuk meletak jawatan sebagai presiden.

Para pengkaji percaya bahawa kaji selidik tersebut menunjukkan pandangan penduduk Tebing Barat yang memiliki lebih ramai penduduk dan mencakupi wilayah yang lebih luas dibandingkan dengan daerah berpenduduk Palestin lainnya.

Menurut kaji selidik itu lagi, 76 peratus responden menganggap bahawa negara-negara Arab tidak lagi memandang isu Palestina sebagai isu utama.

 

www.arrahmahmews.com

No Comments

    Leave a reply