ABDUL SAMAD AL-PALIMBANI

Abdus Samad al-Jawi al-Palimbani merupakan nama besar dalam bidang agama khususnya di alam Nusantara ini. Ia dikenal sebagai seorang ulama besar, sufi, dan penulis yang produktif. Pada abad ke-18, beliau menetap dan menjadi pengajar agama di Masjidilharam, Mekah. Ayahnya Syekh Abdul Jalil bin Syekh Abdul Wahhab bin Ahmad al-Mahdani, menjadi mufti di negeri Kedah pada awal abad ke-18. Pada masa kecilnya di Palembang, al-Palimbani belajar tasawuf dari buku-buku Syekh Abdul Rahman bin Aziz al-Magribi, Syekh Abdul Rauf al-Jawi as-Singkili dan Syamsudin as-Sumatrani. Suluk dipelajarinya dari Syeikh Muhammad as-Samman. Beliau mengkaji ilmu tauhid daripada kitab Syeikh Mustafa al-Bakri. Di Mekah, al-Palimbani berguru pada Ahmad bin Abdul Mun’im ad-Damanhuri untuk beberapa lama. Al-Palimbani kembali ke tanah air pada tahun 1772, namun beliau meninggal dunia pada usia 84 tahun di daerah yang bersempadanan antara Malaysia – Siam di Kedah.

Al-Palimbani sangat terkenal di kalangan jemaah haji dan orang-orang Jawa Indonesia di kota Mekah. Sebagai seorang terpelajar, beliau selalu bersedia menolong dan membimbing para jemaah dalam melaksanakan ibadah haji. Oleh hal yang demikian, sifat kecendekiaan yang ada pada al-Palimbani, Sultan Najmuddin dari Palembang telah memintanya menulis risalah tentang hakikat iman dan hal yang dapat merosakkannya. Beliau memenuhi permintaan tersebut dengan menulis buku dalam bahasa Melayu, Tuhfah ar-Ragibin Fi Bayan Haqiqah Iman al-Mu’minin wa ma Yufsiduh Fi Riddah al-Murtaddin sekitar tahun 1774.

Al-Palimbani menulis banyak buku, di antaranya Nasihah al-Muslimin, Lubab Ihy’ ‘Ulum ad-Din dan Bidayah al- Hidayah. Dua buku terakhir merupakan terjemahan dari  kitab al-Ghazali dan pandangan-pandangannya.

Kepakaran al-Palimbani adalah berkaitan dengan masalah perang sabil atau jihad Islam. Selain masalah keagamaan di tanah air, perhatiannya juga tertuju pada masalah kolonialisme Barat di negeri-negeri Islam. Keprihatinannya ini dinukilkan dalam kitab berjudul Nasihah al-Muslimin (nasihat bagi muslimin dan peringatan bagi Mukmin mengenai Keutamaan Jihad di Jalan Allah swt) dan di tulis dalam bahasa Arab pada tahun 1772.

Ajaran tasawuf al-Palimbani merupakan gabungan ajaran wahdatul wujud (alam tidak berwujud dan yang berwujud hanya Tuhan) dari Ibnu Arabi dan tasawuf al-Gazali. Maenurutnya, manusia sempurna (insan kamil)adalah manusia yang memandang hakikat Tuhan dalam fenomena  alam, sehingga mampu memandang Allah swt sebagai wujud yang mutlak. Ia juga mengajar ajaran Tarekat al-khawatiyah as-sammaniyat, yang menempatkan guru tarekat tidak sahaja sebagai pembimbing rohani, tetapi juga penghubung antara  murid-muridnya dan al-Ghazali, iaitu Lubab Ihya’ ‘Ulum ad-Din (Intisari Ihya’ ‘Ulum ad-Din) dan Bidayaha al-Hidayah (awal bagi suatu hidayah), untuk dijadikan pedoman agar umat Islam terjaga dari ajaran sesat, seperti Tarekat Wujudiah Mulhid di Aceh.

Susunan Ibnu Abbas

No Comments

    Leave a reply