Abu Yazid al Bustami

Ada seorang sufi  yang terkenal dengan ucapannya yang luar biasa tentang fahaman ittihad. Sufi tersebut bernama Abu Yazid bin Isa bin Surusyan al- Bustami.

Beliau lahir di Bistam, di bahagian utara Iran. Tahun kelahiran dan masa kecil al- Bustami tidak banyak di ketahui, kecuali beliau berasal dari keluarga terhormat dan terpelajar. Ayahnya, Isa bin Surusyan adalah pemimpin masyarakat di Bistam.

Ibunya dikenal sebagai seorang yang zahid (meninggalkan keduniaan) dan al- Bustami sangat patuh kepadanya. Datuknya seorang penganut agama Majusi yang kemudiannya memeluk Islam.

Al-Bustami mengenal tasawuf daripada seorang India, Abu Ali al- Sindi yang mengajarnya ajaran al-fana’ fi ai-tauhid ( tenggelam dalam tauhid). Belaiu menghabiskan sebahagian besar hidupnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Al-Bustami meninggal dunia pada 261H/ 875 M di Bistam, Iran.

DIHORMATI  PARA SUFI

Meskipun ucapannya kadangkala dianggap tidak biasa dan kafir, ajaran al- Bustami banyak dikaji dan disebarkan oleh para sufi lain. Fahamannya dijadikan rujukandan beliau dihormati  guru sufi. Nama Abu Yazid sering dikaitakn dalam salasilah (garis kerohania ) guru sufi dalam banyak tarekat.

Seorang sufi terkenal, al-Junid, pernah menterjemahkan ucapan al-ustami ke dalam bahasa Arab yang disertai ulasan dalam kitab al-Luma’al-Sarraja melalui seorang murid yang juga anak saudara al- Bustami, iaitu Abu Musa Isa bin Adam.

Pengalaman rohani al-Bustami dikumpulkan, disimpan dan disebarkan oleh muridnya kerana beliau tidak meninggalkan suatu karya pun.

Menurut pandangan sufi, kata-kata yang diucapkan al-Bustami bukanlah kata-kata yang keluar daripada diri sendiri tetapi daripada Allah s.w.t melalui pertuturan al-Bustami ketika beliau sedang dalam keadaan ittihad.

MENERIMA KECAMAN

Ajaran al-Bustami mendapat kecaman sejumlah ulama. Bagi mereka, ajaran al-Bustami tentang ittihad merupakan ajaran yang sesat dan menyimpang daripada syariat dan akidah.

Mereka menganggap ucapan al-Bustami sebagai cercaan terhadap Tuhan. Antara ucapannya adalah: “Sesungguhnya aku adalah Allah. Tidak ada Tuhan selain aku. Maka sembahlah aku. “

Ucapan ini secara harfiah bererti al-Bustami ialah Tuhan, sehinggalah beliau dianggap kafir. Meskipun mendapat kecaman, tasawuf al- Bustami kemudian dikembangkan oleh pengikutnya dengan membentuk satu aliran terekat bernama Taifuriyah.

PEMBELAN

Menurut tafsiran yang membela al- Bustami, ucapan aneh al-Bustami ketika mencapai tingkat ittihad adalah pengalaman rohaninya yang diliputi perasaan bahawa dirinya bersatu dengan Tuhan.

Dalam ittihad, yang dirasakan hanyalah satu kewujudan yang berbeza, iaitu sufi dan Tuhan Pada peringkat ini, sufi tidak sedarkan dirinya dan segala sesuatu selain Tuhan, Fahaman ini tetap mempertahankan perbezaan di antara Tuhan dengan manusia.

 

Susunan oleh Ibnu Umar

No Comments

    Leave a reply