Adakah agenda LGBT isu tandas sahaja

SUNGGUH pendek dan dangkal pemikiran sebahagian dari orang kita bila mana bercakap hal-hal yang berkaitan dengan LGBT kitarannya hanya kepada tandas tempat buang najis. Di mana tandas untuk mereka. Adakah ini hak utama yang perlu disediakan oleh mereka yang bertanggungjawab tanpa melihat kepada siapa yang berada dibelakang kumpulan ini. Apa matlamat mereka yang sebenar meletuskan perjuangan LGBT. Tidak lain dan tidak bukan dalang mereka adalah kumpulan yang didokong oleh Yahudi untuk merosakan generasi baru umat Islam. Jangan melihat kepada LGBT secara individu tetapi perlu dilihat kepada agenda besar dalang mereka yang berusaha untuk merosakan umat secara halus dan berpanjangan. Mereka bergerak secara terancam dan teratur kononnya hak keadilan dan kebebasan individu. Pada masa yang sama mereka menyalahkan Islam kerana menyekat kebebasan individu bahkan menyalahkan Tuhan kerana menjadikan mereka sedemikian tanpa ada pembelaan.

Agenda besar mereka ialah merosakan akhlak dan aqidah umat secara halus kerana takdir yang menjadikan mereka sedemikian tapi membiarkan mereka hidup dizalimi tanpa pembelaan. Kesempatan ini diambil oleh musuh-musuh Islam dengan meletuskan perjuangan hak untuk LGBT. Tapi malangnya ada sebahagian dari umat Islam yang terkeliru dan kabur dengan isu ini terus memperjuangkan hak LGBT dengan menjadikan agenda utama untuk diluahkan kepada umat seolah-olah selama ini umat telah menzalimi LGBT.

Mari kita cuba menyelinap secara mudah dan ringkas jika LGBT diberi hak sebagaimana yang dilaungkan belakangan ini. Sebelum ini tiada kedengaran mereka didiskriminasi dalam rawatan perubatan, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain tetapi mereka perlu mengikuti syarat-syarat umum sebagaimana dikenakan juga kepada orang lain. Sebagai contoh dalam pendidikan mereka dibenarkan untuk mengikuti pendidikan dari awal persekolahan sehingga ke menara gading tetapi perlu mengikuti syarat sebagaimana orang lain juga. Kalau mereka lelaki maka dikekalkan identiti mereka sebagai lelaki dalam berpakaian dan pergaulan.

Apakata jika berlaku ada LGBT lelaki memasuki sekolah rendah tetapi ingin berpakaian perempuan dan bergaul dengan murid perempuan kerana merasakan ini hak kebebasan peribadi mereka. Bayangkan suasana sekolah waktu itu terutama bila mereka sudah berada di tahun yang lebih tinggi seperti tahun enam. Usia yang telah ada nafsu syahwat berada dalam pergaulan yang songsang kerana LGBT akan ikut kecenderungan masing-masing. Mungkin ada kelompok murid yang boleh menerima mereka dan mungkin ada yang menolak kerana berlainan jantina. Kesannya kita cuba bayangkan sendiri. Suasana ini akan berterusan untuk pendidikan seterusnya sehingga ke alam pekerjaan dan bermasyarakat. Tidak dapat bayangkan kerosakan yang akan berlaku dalam masyarakat secara halus tetapi kesannya amat besar.

Apakata jika kumpulan ini berpeluang menjadi seorang pendidik anak bangsa jika mereka diberi kebenaran untuk mengamalkan kehidupan songsang mereka. Apa yang akan terjadi kepada akhlak dan jati diri anak bangsa kita pada masa akan datang. Kupasan ini secara santai tetapi perlu dilihat secara meluas dan mendalam kesan buruk terhadap anak bangsa kita. Jangan isu ini dilihat hanya sekitar penggunaan tandas untuk buang najis sahaja.

Terlalu dangkal dan cetek minda kita dalam memahami sesuatu agenda yang dibawa oleh musuh-musuh Islam. Agenda besar musuh Islam yang didalangi oleh Yahudi untuk merosakkan umat ini sehingga hingga zaman. Kerosakan terpahat di dalam Al Quran kisah kaum Nabi Lut yang dibinasakan oleh Allah Taala dan terukir dalam bentuk mukabumi dunia tempat mereka dimusnahkan.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh
Merangkap 
Ahli Majis Syura Isma Malaysia

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply