Adakah Hukuman Sebat Hari Ini Dikira Sebagai Hukuman Islam?

Setiap kesalahan perlu kapada hukuman sebagai pencegahan, sama ada kesalahan itu dengan Allah sw atau dengan manusia atau dengan haiwan atau dengan makhlok lain. Maka hokuman perlu dilaksanakan terhadap penjenayah tersebut. Hukuman sama ada dilaksanakan di dunia atau di akhirat, jika tidak dilaksanakan didunia, maka hukuman itu akan dilaksanakan di akhirat nanti sebab kesalahan telahpun dilakukan, bahkan hukuman di akhirat lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan hukuman di dunia, kecualai penjenayah memohon maaf dengan Allah jika kesalahan itu melibatkan hak Allah, tetapi jika kesalahan itu melibatkan hak manusia penjenayah misti memohon maaf dengan mereka yang dianiyaya, sama dengan memulangkan barang yang diambil tanpa kebenaran atau bayaran ganti rugi atau dimaafkan tanpa pembayaran apa-apa. Sebagai contoh seseorang tidak boleh masuk Syurga, walaupun pahlanya banyak dan mahkamah Allah sw telah memjatuhkan hukuman ke Syurga, tetapi sayang tidak kesamapaian, kerana masih mempunyai hutang didunia yang belum diselesaikan, maka dengan sendirinya dihalang daripada masuk Syurga, walaupn mati syahid sekalipun tetap tidak dapat ke Syurga kerana hutang di dunia belum dijelaskan. Oleh itu segala kesalahan perlu diselesaikan di dunia sebelum pergi ke alam akhirat (mati).
Islam telah membahagikan Jenayah dan hukumannya kepada tiga katagori, Hudud, Qisas dan Tazir. Jenis jenayah Hudud dan Qisas serta hukumannya telah ditetapkan oleh Allah sw. begitu juga cara pensabitan dan pelaksaan hukumannya. Antara jenayah Hudud ialah; mencuri, merompak, berzina , menuduh seseorang berzina tanpa bukti, minum arak dan murtad. Hukuman Hudud adalah hak Allah dan hak manusia, manakala hukuman Qisas pula adalah hak manusia semata-mata. Oleh itu hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan jika telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, manakala hukuman Qisas adalah hak mereka yang dianiyaya, mangsa atau waris jika melibatkan nyawa berhak memaafkan penjenayah sama ada dengan ganti rugi atau tidak. Jenayah Tazir dan hukumannya pula ditentukan oleh masyarakat (pihak berkuasa) jenis jenayah dan hukumannya, termasuk juga jenayah Hudud dan Qisas yang tidak dapat dilaksanakan hukumannya kerana sesuatu sebab seperti tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah sw., maka boleh dikenakan hukuamn Tazir. Jenis hukuman Tazir sama bunuh atau penjara atau sebatan atau denda atau seumpamanya asalkan hukuman itu boleh memberi pengajaran kepada penjenayah dan juga masyarakat

Pembahagian Hukuman Sebat dalam perundangan Islam
Islam telah membahagikan hukuman ini kepada dua katagori; Sebat pada kesalahan Hudud dan sebat pada kesalahan Tazir
Hukuman Sebat adalah sebahagian daripada hukuman Hudud yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta manusia dan Alam sejagat untuk kepentingan masyarakat manusia.

Hukuman sebat Hudud adalah ditetapkan terhadap beberapa kesalahan tertentu sahaja, bukan semua kesalahan hudud dikenakan hukuman sebat. Antara kesalahan hudud yang dikenakan hukuman sebat ialah; jenayah zina yang dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin secara sah 100 sebatan , menuduh seseorang berzina tanpa sebarang bukti 80 sebatan dan kesalahan minum arak/ perkara yang memabukkan 40 sebatan/ 80 sebatan. Hukuman ini boleh dilaksanakan setelah disabitkan kesalahannya di hadapan pengadilan (mahkamah) sama ada sabit dengan saksi ataupun dengan pengakuan yang dibuat oleh mereka yang melakukan jenayah tersebut.

Hukuman sebat Tazir pula adalah terhenti di atas budi bicara pihak berkuasa (Pemerintah) menentukan apakah jenis kesalahan yang perlu kepada hukuman sebat asalkan hukuman tersebut boleh memberi pengajaran kepada penjenayah dan juga kepada masyarakat umum supaya tidak melakukan kesalahan sedemikian. Hukuman Tazir boleh dilakukan terhadap kesalahan hudud atau qisas yang tidak memadai dengan hukuman itu, hukuman Tazir juga boleh dikenakan terhadap sebarang kesalahan hudud atau qisas yang tidak boleh disabitkan kesalahannya atau tidak menepati syarat-syarat pelaksanaannya, begitu juga hukuman Tazir boleh dikenakan terhadap sebarang kesalahan selain daripada kesalahan Hudud atau qisas, sama ada hukuman sebat atau lain-lain, seperti meragut, menipu, membuat fitnah dan sebagainya. Hukuman ini adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut. Hukuman ini terhenti di atas budi bicara pihak berkuasa jika difikirkan hukuman itu sama ada sebat atau lain-lain hukuman yang akan memberi pengajaran kepada pesalah dan juga masyarakat umum, kerana kesalahan telahpun berlaku

Perbezaan antara Sebat Hudud dan Sebat Tazir

Sebat Hudud telah ditetapkan oleh Allah SW sama alat dan caranya sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Manakala Sebat Tazir pula terpulang kepada pihak berkuasa menentukannya.

Antara berbezaannya ialah; Sebat Hudud
Alatnya ialah rotan yang sederhana saiznya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, tidak berbuku dan tidak pecah-pacah ditakuti akan melukakan kulit mereka yang disebat kerana tujuan hukuman sebat bukan untuk melukakan mereka yang disebat. Mereka yang disebat berpakaian supaya tidak mengenai kulit secara langsung, kecuali pakaian terlalu tebal. Sebatan secara duduk bagi perempuan dan berdiri bagi lelaki. Sebatan secara sederhana tidak terlalu kuat dan tidak terlalu ringan. Sebatan menganai seluruh anggota kecuali kepala dan faraj, sebatan tidak ditumpukan pada anggota tertentu sahaja kerana sebatan sedemikian akan melukakan mereka yang disebat. Penyebat tidak boleh mengangkat tangan melebehi paras bahunya. Sebatan dilakukan di khalayak ramai. Tidak diikat semasa pelaksanaan sebat jika sabit dengan pengakuan dan sebaliknya jika sabit kesalahan dengan saksi. Sebatan dengan sebelah tangan. Tidak boleh sebat semasa penjenayah yang sedang sakit atau mengandung atau menyusus bayinya. Begitu juga suasana udara diambil kira, sejuk atau panas.

Manakala sebat Tazir pula terpulang kepada pihak berkuasa melaksanakannya dari segi alat, cara, bilangan dan lain-lain dengan syarat hukuman itu mengandungi tiga ciri penting; ciri pendidikan, memberi pengajaran kepadanya dan juga orang lain dan cirri kemanusian tidak boleh memalukannya seperti menanggalkan pakaiannya,

Pelaksanaan hukuman ini setelah sabit kesalahan di mahkamah sama ada dengan saksi atau pengakuan.

Sabit kesalahan dengan saksi dan saksi perlu kepada beberapa syarat tertentu. Antaranya ialah;
Bilangan saksi , bagi kesalahan arak memadai seorang sahaja, zina 4 saksi dan tuduh zina dua saksi. Beragama Islam, tidak termasuk saksi bukan Islam. Sampai umur, tidak termasuk kanak-kanak di bawah umur syara. Lelaki, tidak termasuk saksi perempuan. Berakal, tidak termasuk saksi yang tidak waras fikiranya (gila). Saksi boleh melihat dan mendengar serta faham. Boleh bercakap untuk menceritakan peristiwa yang disaksi. Mempunyai ingatan yang baik. Bersifat adil dan berkekalan sifat ini sehingga dilaksanakan hukuman. Tiada halangan masa yang lama antara peristiwa dengan pendakwaan saksi. Penyaksian peristiwa dalam satu keadaan atau suasana (mahkamah). Semua saksi hadir ke mahkamah semasa perbicaraan. Saksi menyaksi peristiwa secara langsung, bukan saksi atas saksi atau rakaman vidio dan sebagainya. Saksi tidak menarik balik penyaksiannya sehingga pelaksanaan hukuman.
Halangan sabit kesalahan dengan saksi: Tiada hubungan darah antara saksi dan mereka yang disaksikan. Tiada permusuhan antara mereka berdua. Tiada susuatu kepentingan atau sebarang syak wasangka atau tumahan.
Manakala sabit dengan pengakuan oleh mereka yang melakukan jenayah itu; Pengakuan minum arak hanya memadai dengan sekali pengakuan sahaja, dan tuduh zina dua kali, jenayah zina 4 kali pengakuan. Pengakuan tersebut hendaklah dibuat di hadapan pihak berkuasa (mahkamah). Pengakuan dibuat secara sukarela. Pengaku adalah seoarang yang waras akalnya. Pengakuan dibuat oleh seorang yang sampai umurnya. Tidak terlalu lama antara peristiwa dan pengakuan. Pengaku tidak menarik balik pengakuannya sehingga pelaksanaan hukuman.

Jika tidak menepati syarat-syarat tersebut sama ada dengan saksi atau pengakuan, maka hukuman Sebat Hudud tidak boleh dilaksanakan. Walupun gugur Sebat Hudud, hukuman Tazir masih boleh dilaksanakan sama ada sebat atau tahanan atau lain-lain, jika difikirkan memberi kebaikan kepada masyarakat kerana kesalahan minum arak atau zina atau tuduh zina memang telahpun berlaku, cuma syarat sahaja tidak menepati. Oleh itu hukuman Tazir perlu dilaksanakan.

Jika saksi menarik balik penyaksiannya atau pengaku menarik balik pengakuannya, maka hukuman Sebat Hudud digugurkan. Walaupun hukuman asal digugurkan, maka hukuman Tazir masih boleh dilaksanakan terhadap saksi yang manarik balik penyaksiannya atau penjenayah yang menarik pengakuannya.

Pelaksanaan hukuman ini dilakukan oleh pihak berkuasa ( Pemerintah ) dan pihak berkuasa boleh menyerahkan tugas ini kepada badan tertentu. Masyarakat umum tidak berhak melaksanakan hukuman ini secara langsung bahkan bertanggungjawab menyerahkan penjenayah yang terlibat kepada mereka yang berkuasa ( Pemerintah) untuk pengadilan dan pelaksanaan hukuman bagi mengelakkan kekacauan.

Terdapat sesetengah pendapat ulama menyatakan bahawa jika kesalahan itu disabitkan dengan saksi, maka saksi sepatutnya memulakan tanggungawab menyebat penjenayah berkenaan sebagai tanda bahawa saksi bukan sahaja sanggup menjadi saksi, bahkan sanggup melaksanakan tugas tersebut. Tetapi jika saksi tersebut teragak-agak atau takut melaksanakan tugas itu, maka saksi perlu dikenakan hukuman sebat, kerana seolah-olah panyaksian itu tidak benar.

Merujuk kepada peristiwa di Pahang suatu masa dahulu yang mana dua orang yang meminum arak mangaku di mahkamah dan di dijatuhkan hukuman sebat. Masyarakat masih kurang jelas tentang pelaksanaan hukuman sebat tersebut, adakah Sebat Hudud atau sebaliknya, sebab tugas pelaksanaan diserahkan kepada pihak berkuasa penjara. sebatan yang dijalankan dalam penjara pada hari ini adalah Sebat Tazir, dan kesalahan minum arak adalah kesalahan hudud, kalau dilaksanakan Sebat Hudud, maka perlu dilaksanakan seperti di atas. Jika sebatan di penjara mengkin Sebat Tazir, maka terpulang kapda pihak berkuasa melaksakannya. Cara sebatan Tazir yang berbeza dengan sebat Hudud. Walaubagaimanapun masyarakat masih keliru di antara Sebat Tazir dengan Sebat Hudud, mereka masih menganggap bahawa Sebat Hudud sama dengan Sebat Tazir. Cuba kita bayangkan, jika sabit kesalahan zina terhadap mereka yang belum pernah berkahwin dan hukumannya ialah Sebat Hudud dengan 100 sebatan. Jika dilaksanakan sebatan tersebut sebanyak 100 kali sebagaiman sebatan Tazir yang dilakukan di penjara pada hari ini, maka sudah tentu mereka yang disebat akan mati sebelum sempai 100 sebatan yang ditetapkan oleh undang-undang Islam, kerana sebatan yang dilaksanakan dalam penjara adalah Sebat Tazir (360 darjah), maka terbayanglah dalam kepala masyarakat bahawa undang-undang Hudud Islam adalah satu hukuman yang amat zalim, sedangkan hukuman Hudud Islam tidak sekeras demikian. Oleh itu, masyarakat perlu didedahkan apakah Undang-undang Jenayah Islam sebenarnya; pengertian, syarat-syaratnya dan cara pelaksanaannya dengan lebih jelas bukan sekadar bercakap-cakap dengan tujuan tertentu sahaja.

Manakala sabit kesalahan dengan pengakuan penjenayah berkenaan hendaklah memenuhi beberapa syarat tertentu dan berbeza mengikut jenayah, antaranya pengakuan hendaklah dibuat secara sukarela bukan dibawah tekanan, waras akalnya, sampai umur, mengetahui apakah yang dimaksudkan jenayah yang dilakukan itu dan bilangan pengakuan pula empat kali, dalam majlis yang berbeza bagi jenayah zina, sekali bagi jenayah munum arak dan dua kali bagi jenayah hudud yang lain.

 

Halangan pelaksanaan hukuman sebat
Jika penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman sebat sama ada sebat Hudud atau sebat Tazir itu berada dalam keadaan yang menghalang hukuman dilaksanankan seperti sakit, mengandung, dan seumpamanya, maka hukuman sebat tersebut terpaksa ditanggunghkan sehingga hilang sebab-sebab tersebut, jika dilaksanakan juga hukuman dalam keadaan tersebut boleh menyebabkan kematian, kerana hukaman sebat bukan untuk membunuh. Begitu juga jika dilaksanakan hukman semasa mengandung menyebabkan bayi yang tidak bersalah dalam kandungan akan mati atau gugur. Bukan salah bayi yang dikandung, tetapi salah ibu yang mengandung. bayi tidak pernah meminta dia dilahirkan, oleh itu perlu ditangguhkan hukuman sehingga melahirkan kandungan dan sehingga tamat penyusuan, jika dilaksanakan hukuman selepas kelahiran kemungkinan besar akan terganggu kesuburan bekalan susu ibu kepada bayi yang tidak bersalah.
Hukuman Sebat Tazir terhadap penjenayah berikut berdasarkan kepada hadis Rsulullah saw, malah pemerintah Islam terdahulu serta pandangan ulama Islam.

* Jenayah Pembunuhan Dengan Sengaja dan Tidak Dapat Dilaksanakan Hukuman Qisas Sebab Halangan

Mazhab Maliki dan Ibnu Hazmi al Zahiri menyatakan bahawa penjenayah tersebut perlu dihukum Tahanan/penjara setahun dan 100 sebatan apabila gugur hukuman Qisas dengan sebab tiada persamaan darah antara penjenayah dengan mangsa, seperti penjenayah seorang merdeka dan mangsa pula seorang hamba, atau penjenayah seorang Islam dan mangsanya seorang kafir zimmi atau kafir mustaman. Pandangan ini berdasarkan apa yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar ra. Seorang lelaki telah membunuh hambanya dengan sengaja, maka Rasulullah saw mengenakan hukuman sebat dan tahanan/penjara serta Baginda mengarahkannya supaya memerdekakan seorang hamba perempuan dan tidak melaksanakan hukuman Qisas.

* Jenayah Pembunuhan Dengan Sengaja Yang Dimaafkan

Para ulama mempunyai pandangan yang berbeza tentang penjenayah membunuh dengan sengaja yang digugurkan hukuman Qisas dengan sebab pengampunan waris yang berhak Qisas:

Mazhab Maliki pandangan (Imam Malik sendiri); menyatakan bahawa penjenayah tersebut perlu dikenakan hukuman 100 sebatan dan ditahan selama setahun, bedasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Umar al Khattab ra, dan padangan ulama Madinah, Al Laith bin Sad, Al Auzaii dari kalangan ulama silam

* Jenayah Murtad (Wanita)
Mazhab Hanafi menyatakan bahawa seseorang perempuan Islam yang murtad hanya ditahan selama-lamanya sehingga bertaubat, tidak perlu dibunuh, berdasarkan pendapat Ibnu Abbas ra, menyatakan bahawa perempuan yang murtad hanya ditahan dan dibolehkan sebat pada setiap hari sehingga kembali kepada Islam, begitu juga khuntha yang tidak ternyata kelakiannya, hukumnya sama dengan perempuan tersebut. Larangan ini berdasarkan larangan Nabi saw melarang membunuh wanita.

* Jenayah Penghinaan Maqam Nabi saw.
Para ulama menyatakan bahawa sesiapa yang menghina Maqam Nabi saw walaupun tidak kufur, perlu ditahan. Sesiapa yang menghina rumah Nabi saw juga boleh ditahan dalam tempoh yang lama, dan disebat di samping diarak sebagai perisytiharan manusia yang menghina Maqam Nabi saw kerana memperlekehkan kedudukan Rasulullah saw. Begitu juga mereka yang mencaci Bangsa Arab atau memaki mereka atau Bani Hashim atau disandarkan kepada rumah Baginda Saw ditahan dan disebat sehingga bertaubat

* Jenayah Meninggal Sembahyang Secara Main-Main ataupun Tidak Mengambil Berat Menunaikannya

Para Ulama mempunyai pandangan yang berbeza tentang mereka yang meninggal sembahyang secara main-main atau ambil mudah.
Imam Abu Hanifah dan Al Muzani salah seorang sahabat Syafiee menyatakan bahawa mereka yang meninggal sembahyang secara malas boleh ditahan/penjara dan tidak boleh dibunuh bahkan boleh disebat semasa dalam tahanan/penjara tersebut berdasarkan hadith Rasulullah saw Tidak halal darah seseorang muslim kecuali salah satu dartipada tiga sebab; nyawa dengan nyawa, mereka yang mohsan berzina dan meninggal jamaah, manakala mereka yang meninggalkan sembahyang kerana malas tidak termasuk dalam salah satu golongan tersebut, oleh itu tidak boleh dihalalkan darahnya, hanya boleh ditahan/penjara sehingga menunaikan sembahyang dan tahanan tersebut pula adalah kerana keengganan menunaikan sembayhang.

* Jenayah Pencabulan Bulan Ramadhan Dengan Jenayah Zina.

Sebahagian daripada ulama Mazhab Hanafi menyatakan, bahawa mereka yang berzina pada Bulan Ramadhan dengan dakwaan kekeliruan (persetubuhan dengan sangkaan isterinya), maka gugur hukum Hudud dan perlu dikenakan hukuman Tazir dan penjara. Pada zahirnya hukuman Tazir ialah sebat atau seumpamanya bagi mereka yang berzina secara syubahah, manakala hukuman tahanan/penjara pula dilakanakan kerana mencabul kehormatan bulan Ramadhan serta mencabar Syiar Islam.

* Jenayah Minum Arak Pada Bulan Ramadhan Selepas Dilaksanakan Hukuman Sebat Hudud

Sebahagian daripada ulama Mazhab Hanafi dan Hanbali menyatakan bahawa satu riwayat daripada Ali ra pernah menjatuhkan hukuman sebat 80 kali dan ditahan satu malam dan pada keesokan harinya dikeluarkan dan disebat 20 sebatan lagi terhadap seorang lelaki yang minum arak pada bulan Ramadhan dan Ali berkata; sesungguhnya aku sebat kamu 20 sebatan ini, adalah kerana kamu berani melawan hukum Allah dengan tidak berpuasa Ramadhan

* Jenayah Berperangai Ganjil (Seksual).
Terdapat sesetengah pendapat ulama yang menyatakan, bahawa jika mereka melakukan jenayah sedemikian sebagai satu kebiasaan terpulang kepada Hakim menentu hukumannya, jika perlu, boleh dihukum bunuh atau tahanan/penjara dan sebatan semasa ditahan/penjara sehingga mati atau sehingga bertaubat.

Manakala sesetengah pendapat yang lain pula menyatakan bahawa kedua-duanya (yang meliwat dan yang diliwat) perlu dipenjarakan pada tempat yang seburuk-buruknya sehingga mati ,
Penahanan sedemikian sebagai pembalasan terhadap jenayah yang dilakukan adalah sangat buruk. Berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Qadi al Madinah Hisham bin Abdul al Malik terhadap seseorang lelaki yang terkenal dengan perangai jahat, senentiasa mengikuti kanak lelaki pada tempat yang sibuk sehingga berlaku jenayah demikian , maka Hisyam mengutus wakil berjumpa Imam Malik untuk mendapat pandangannya dengan katanya; adakah kamu berpendapat, patutkah aku bunuhnya, jawab Imam Malik, Jangan, aku berpendapat kamu hukumkannya dengan hukuman yang mengerikan, maka Hisyam mengarahkan hukuman sebat sebanyak 400 kali kemudian di tahan/penjarakan sehingga mati dan Imam Malik tidak membantah tindakan Hisyam tersebut.

* Jenayah Sumbang dan Merosakkan Akhlak Termasuk Merangsang Melakukan Perkara Sedemikian.

Para ulama menyatakan babawa sesiapa yang melakukan dan merangsang sebarang perkara yang boleh membawa kepada kerosakan akhlak, boleh ditahan/penjara sehingga bertaubat berdasarkan firman Alla sw
ان الله يآمر بالعدل والاحسـن وايتــآء ذى القربى وينهى عن الفحشـاء والمنكـر والبغـى
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat baik, serta menbantu
kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang
keji dan mungkar serta kezaliman.
Al Nahl:90

perkara yang merosakan ialah sebarang perkara yang tidak baik sama ada dilakukan dengan perbuatan atau perkataan, pada akhirnya membawa kepada zina . Oleh itu Umar al Khattab ra mengambil berat tentang penjagaan kebaikan akhlak masyarakat umum dan menentang sebarang perkara yang membawa kepada kerosakan. Antara perkara yang menyentuh moral/akhlak seperti menyentuh perempuan asing sama ada dengan berdakapan, berdua-duan, berciuman atau sebarang perkara yang melibatkan perasaan nafsu. Maka para ulama menyatakan bahawa adalah menajadi tanggungjawab pihak berkuasa mengikuri kumpulan yang melakukan kerosakan dan perlu mengambil tindakan segera untuk memulihkan mereka, bahkan mereka yang melakukan perbuatan sedemikian boleh ditahan/penjara sehingga bertaubat,
Antara contoh mereka yang melakukan perbuatan tersebut ialah mereka yang senentiasa memasukki rumah seseorang perempuan yang menjadi pasangannya, boleh ditahan/penjara dan sebatan di samping hukuman Tazir.
Al Qadhi al Maliki pernah mengikat perempuan yang berkelakuan sedemikian dan tidak akan membebaskannya sehingga mengaku akan mengubah perangainya (taubat). Begitu juga seorang perempuan yang dikenali sebagai Hakimah dibawa mengadapnya dalam keadaan tertambat , perempuan tersebut senentiasa bergaul bebas dengan kaum lelaki tanpa batasan sehingga tersebar meluas secara keadaan tersebut, maka Hakim memerintahkannya supaya ditahan/penjara dan disebat serta ditutup rumahnya dengan timbunan tanah dan batu-batu. Begitu juga pendangan yang sama daripada Ibnu Taimiyyah.
Ulama Qurtubah pernah ditanya tentang seorang lelaki dari kalangan mereka yang berperangai sumbang dan menggalakkan kaum wanita dan anak gadis melakukan sedemikian, dan tidak pula mengahalang perbuatan tersebut, apakah hukum terhadap lelaki berkenaan?. Jawab ulama Qurtubah, ditahan/penjara dalam tempoh yang lama dan disebat semasa dalam tahanan.

* Jenayah Mencaci, Bukan Mengkafir dan Merendah-rendah Para Sahabat ra .

Sesiapa yang mencaci, mengkafir atau merendah-rendahkan para sahabat atau salah seorang daripada mereka, maka perlu dikenakan hukuman yang paling berat di dalam penjara kerana melakukan dosa besar, bahkan terdapat pandangan yang mengatakan perbuatan sedemikian dikatakan kafir dan berdosa besar Mengikut pandangan al Syairazi mereka tersebut perlu dikenakan hukuman bunuh.
Sesiapa yang mencaci orang Arab atau mencerca mereka atau Bani Hashim atau mereka yang disandarkan kepada rumah Rasulullah saw, maka mereka tersebut perlu dikenakan hukuman tahanan/penjara dan sebatan, kerana menghina hak Rasulullah saw.

* Jenayah Mencuri Tidak Dapat Dilaksanakan Hukman Hudud

Sebagaimana yang diketahui bahawa pengertian mencuri mengandungi enam syarat utama untuk menentukan jenayah berkenaan, antaranya: penjenayah seorang yang mekallaf, mengambil harta yang dimiliki oleh orang, berlaku jenayah tersebut dalam keadaan senyap, harta yang dicuri sampai nisab, mengambilnya dari tempat simpanannya, pengambilannya tanpa sebarang syubahah atau keragaun.
Apabila tidak menepati syarat-syarat tersebut, maka penjenayah itu tidak boleh disabitkan mencuri, maka dengan sendirinya tidak sabit hukuman Hudud. Walaupun hukuman Hudud tidak disabitkan, tetapi tidak menghalang pihak berkuasa melaksanakan hukuman Tazir yang sesuai dengan kesalahannya dan terpulang kepada budi bicara pihak berkuasa.
Para ulama telah menyatakan terdapat beberapa kesalahan yang tidak boleh dilaksanakan hukuman Hudud, kerana terdapat halangan tertentu dan tidak menghalang dilaksanakan hukuman Tazir tahanan, antaranya;
Penahanan penjenayah mencuri yang membiasakan dirinya dengan jenayah mencuri pintu masjid, mencuri selipar dan sebagainya di masjid, mencuri tong-tong simpanan air dalam masjid, mereka yang memasuki sesebuah rumah dan menghimpun barangan belum sempat mengeluarkan barangan tersebut dari rumah berkenaan. Penjenayah tersebut boleh dihukum Tazir dengan hukuman tahanan/penjara.
Hukuman seperti ini pernah dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz terhadap penjenayah penipu dikenakan hukuman sebat dan penjara.

* Jenayah Keengganan Membayar Zakat dan Tidak Mengingkari Kewajipan Zakat.

Sesiapa yang enggan menunaikan pembayaran zakat dan masih yakin bahawa zakat adalah wajib dan berdosa jika tidak menunaikannya, maka boleh dianggap masih lagi beragama Islam hanya telah melakukan dosa besar, kerana tidak menunaikan zakat tersebut sebagai kewajipan setiap muslim.
Berdasarkan pandangan ulama Mazhab Empat, menyatakan bahawa pihak berkuasa boleh mengambil zakat tersebut dengan kekerasan di samping boleh dikenakan hukuman Tazir dengan hukuman yang difikirkan sesuai dengan kesalahan tersebut. Mengikut pandangan Mazhab Maliki, mereka yang tidak menunaikan zakat tidak boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara. Manakala pandangan ulama lain menyatakan bahawa mereka yang tidak menunaikan zakat boleh dikenakan hukuman tahanan/penajara dan sebatan, jika terkenal dengan kejahatannnya sehingga ternyata dengan harta yang disembunyikan dan tidak menunaikan zakat yang wajib. Hukuman ini sesuai dengan pandangan kebayakan ulama menyatakan bahawa mereka boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara tersebut sehingga menunaikan tanggungjawab yang diwajibkan ke atasnya, kerana keengganan melaksanakan tanggungjawab membayar zakat adalah menyekat hak mereka yang berhak menerima zakat, oleh itu hukuman yang paling sesuai ialah tahanan/penjara sehingga menunaikan hak orang lain yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Oleh itu, berlaku satu perkara yang nyata bahawa kebanyakan Negara Islam tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak membayar zakat sebagai tanggungjawab agama yang perlu ditunaikan, ini membawa kepada kelemahan jaminan kemasyarakatan di kalangan umat Islam sendiri dan menyebabkan merebaknya hidup suburnya Felsafah Kebendaan dan prinsip ekonomi yang telah menyelewing daripada landasan agama Islam.

* Jenayah Keengganan Ibubapa Membayar Hutang Anaknya

Kedua ibubapa tidak boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara dengan sebab hutang anaknya, tetapi Hakim berhak menjual hartanya yang boleh dialih yang dimiliki oleh bapanya, tidak termasuk harta yang tidak boleh dialih. Penjualan harta tersebut, jika anaknya enggan membayar hutang tersebut. Mengikut pandangan Imam Malik menyatakan bahawa bapa boleh dikenakan hukuman sebat dengan sebab hutang anaknya sebagai memberi pengajaran kepadannya dan menyelamatkan harta orang lain.

* Jenayah Keengganan Membayar Hutang

Para ulama membincang dengan panjang lebar tentang cara untuk menentukan seseorang mampu membayarkan hutangnya dan Hakim berhak menjual hartanya untuk menjelaskan hutangnya. Mereka juga menyatakan bahawa pengurusan dan layanan terhadap mereka yang ditahan dengan sebab hutang berbeza dengan tahanan dengan sebab kesalahan lain seperti jenayah mencuri dan sebagainya yang boleh dikenakan hukuman sebat untuk mendidik dan menghalangnya keluar dari tempat tahanan/penjara. Manakala penahanan/penjara mereka yang berhutang hanya sekadar membayar hutangnya daripada hartanya, jika diketahui dimanakah tempat hartanya berada , hukuman tahanan/penjara tidak boleh diteruskan apabila hutang telah dijelaskan. Begitu juga mereka yang mengupah orang lain mengerja sesuatu untuknya, tetapi tidak mampu menjelaskan upahan tersebut, maka hukuman tahanan/penjara hanya sekadar sebelum penjelasan upahannya. Mereka yang enggan membayar hutangnya, maka boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara dan diwajib bekerja semasa dalam tahanan/penjara untuk menjelaskan hutangnya yang lalu.
Jabir bin Abdullah menyatakan bahawa Ali Abi Talib ra pernah Manahan seseorang dengan sebab tidak menjelaskan hutangnya

* Jenayah Penipuan Urusan Jualbeli

Penipuan ialah tingkah laku penjual menyembunyikan sesuatu keaipan barang yang hendak dijual kepada pembeli, penipuan ini pada kebiasaannya berlaku pada barang buatan atau hasil ciptaan manusia, atau barang yang melibatkan timbangan atau sukatan atau ukuran dan sebagainya.
Allah sw telah memberi amaran dan ingatan khusus tentang penipuan dengan pembalasan neraka.
ويل للمطففين الذين اذا اكتالوا على الناس يستوفون واذا كالوا أو وزنوهم يخسرون
Kecelakan besar bagi orang curang (menipu dalam timbangan dn sukatan), iaitu apabila mereka menerima sukatan daripada orang lain mereka diminta dipenuhi dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain mereka menguranginya

dan berdasarkan hadis Rasululla saw menyatakan
من غش فليس منــا
“sesiapa yang menipu bukan daripada umatku”.
Para ulama’ menyatakan bahawa Hakim bertanggungjawab memusnahkan barangan tipuan dihadapan tuan ampunyanya atau dijual dan perlu diberitahu kepada pembeli tentang penipuan yang dilakukan terhadapnya atau barang tersebut disedekah sahaja. Mereka yang menipu tidak sepatutnya dibiarkan melakukan perbuatan itu secara berleluasan, bahkan perlu dikenakan hukuman yang sesuai untuk memberi pengajaran kepadanya.
Ulama terkemuka daripada Mazhab Maliki (Abdul Malik bin Habib dan Ibnu Majistun) pernah ditanya tentang mereka yang menipu, sama ada timbangan atau seumpamanya? Jawab mereka berdua mereka perlu dikenakan hukuman sebat dan tahanan/penjara serta dikeluarkan daripada pasar, jika terkenal dengan perangainya yang suka menipu. kerana penipuan memberi kesan besar dalam kesetabilan urusan seharian di kalangan masyarakat dan akan membawa kepada perkelahian dan pergaduhan.

* Jenayah Pemonopolian Sesuatu Barang
Pemonolian sesuatu barang dengan tujuan mengaut keuntungan yang besar atau menunggu kenaikan harga dan akan mendapat keuntungan yang besar. Pemonopolian ini adalah diharamkan oleh Islam, berdasarkan hadis Rasulullah saw mereka yang melakukan pemonopolian adalah dilanat oleh Allah sw. dan berdosa besar, mereka yang bertindak melakukan monopoli adalah termasuk dalam golongan mereka yang buruk perangainya, kerana mementingkan dirinya semata-mata.
Para ulama menyatakan bahawa pihak berkuasa bertanggungjawab memaksa mereka yang melakukan pemonopolian mendedahkan barangan yang dimonopolinya, untuk dijual dengan harga yang sepatutnya, dan boleh memaksanya supaya mematuhi arahan tersebut, jika masih enggan melakukannya, kerana tindakan yang dilakukan oleh mereka yang memonopoli itu adalah memberi kemudaratan kepada masyarakat umum, atau menjual barangan tersebut dengan harga sepatutnya, dan dipulangkan harga jualan tersebut kepada tuannya. Jika tindakan sedemikian telah diambil, dan masih lagi mengulangi perbuatan yang sama, maka pihak berkuasan boleh mengenakan hukuman tahanan/penjara dan sebatan sebagai pengajaran kepadanya, tetapi jika tidak memberi kemudaratam kepada masyarakat, maka tidak perlu dipaksa menjual barangan yang dimonopoli tersebut, sebaliknya jika terdapat pelanggan yang ingin membelinya barangan tersebut dan enggan pula menjualnya, maka perlu dikenakan hukuman Tazir dengan nasihat, ingatan dan amaran. Dengan tindakan sedemikian masih lagi tidak berkesan, maka boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara. Sebagaimana berlaku di Andalus, Qadi Yahya bin Umar telah menjatuhkan hukuman supaya menjual makanan yang dimonopoli dalam pasar yang boleh memberi kemudaratan kepada masyarakat umum dan keuntungan disadaqahkan secra paksaan sebagai memberi pengajaran kepadanya, jika masih lagi mengulangi perbuatan sedemikian, maka boleh dikenakan hukumam sebat dan diarak mengeliling pasar di samping hukuman tahanan/penjara . Mudah-mudahan dengan hukuman tahanan/penajara sahaja, tidak termasuk lain-lain hukuman akan memberi pengajaran kepadanya, kerana mereka yang menopolikan makanan adalah menyekat keperluan masyarakat, dan dengan makanan mereka akan merasai kerehatan dan ketenangan, maka hukuman yang paling sesuai terhadap mereka yang memonopolikan makanan, ialah merehatkannya dalam tahanan/penjara. Tamabahan pula mereka yang melakukan pemonopolian, ialah ingin mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Maka untuk menghalang mereka yang memonopoli barangan keperluan itu adalah dengan menyekatkan rancangan buruknya yang boleh memberi kesan besar kepada masyarakat dengan hukuman tahanan/penjara.

* Jenayah Keengkaran Menyimpan Barang Yang Diamanah (Sebagai Wakil Menjaga Harta).

Mereka yang diamanahkan menyimpan sesuatu barang kepadanya adalah bertanggungjawab menyerah atau memulangkan semula barang tersebut kepada tuannya, semasa diminta berbuat demikian berdasarkan
ان الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات الى أهلها
Sesungguny Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya)

Seiapa yang mengkhianati amanah atau engkar penerima amanah boleh dikenakan hukuman Tazir sehingga mengaku tidak akan melakukan perkara sedemikian lagi dan memberi pengajaran kepadanya dan juga orang lain. Jika terdapat keterangan atau kenyataan bahawa mereka yang menerima barang yang diamanahkan dan mereka yang dituduh hanya berdiam diri, ataupu tidak mengaku dan tidak juga engkar, maka boleh ditahan sehingga melakukan sesuatu, sama ada mengaku atau engkar tuduhan tersebut. Tetapi jika mengaku bahawa barang yang diamanahkan itu telah rosak ataupun telah dipulangkan kepada tuannya, maka boleh diterima dakwaannya dengan bersumpah, maka pihak yang mendakwa tidak berhak mendakwakannya lagi dan dianggap telah selesai. Jika engkar, maka boleh ditahan sehingga mengaku dan membuktikan dengan keterangan yang menyokong keengkaran itu , tetapi jika tidak mengaku, diminta mereka yang memberi amanah bersumpah menyatakan bahawa barang yang sama berada di tangan mereka yang diberi amanah dan berhak mengambil barang tersebut daripada mereka yang diberi amanah tersebut. Bahkan para ulama menyatakan bahawa mereka yang diberi amanah boleh di sebat semasa dalam tahanan/penjara sehingga ternyatakan hakikat sebenarnya yang disembunyikan.

* Jenayah Keengganan Suami Melakukan Pembahagian Giliran Secara Adil.Di Anata Isterinya.

Mazhab Hanafi menyatakan bahawa seseorang suami yang enggan melakukan pembahagian giliran antara isteri-isetrinya dengan adil boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara, jika masih bedegil boleh dihukum sebatan, hukuman ini adalah untuk mengelakkan kemudaratan yang diterima oleh isteri-isterinya yang lain, berdasarkan kaedah Syara , kemudaratan yang berat boleh dihapuskan dengan kemudaratan yang ringan.
28/5/09 330 ptg
* Jenayah Keengganan Anak Lelaki Yang Mampu Menanggung Nafkah Kedua Ibubapanya

Para ulama bersependapat menyatakan, bahawa tanggungan nafkah kepada kedua ibubapa yang miskin adalah wajib ke atas anak lelakinya ke bawah, kecuali Mazhab Malik, menyatakan bahawa tanggungan nafkah tersebut hanya diwajibkan ke atas anaknya sahaja tidak termasuk cucunya ke bawah. Pandangan ini berdasarkan ketetapan Syara yang menyatakan bahawa anak cucu boleh ditahan dengan sebab hutang datok nenek moyang ke atas. Maka penahanan anak cucu yang enggan menanggung nafkah ibubapanya adalah lebih utama iaitu boleh ditahan/penjara kerana nafkah adalah satu keperluan mereka untuk hidup bahkan Mazhab Hanafi menyatakan bahawa mereka boleh ditahan/penjara dan disebat kerana enggan memberi nafkah kepada keluarganya yang terdekat. Pandangan ini berdasarkan hadis Rasulullah saw; yang bermaksud: kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu

* Jenayah Keengganan Bapa Yang Mampu Menanggung Nafkah Anaknya

Para ulama bersependapat menyatakan bahawa bapa bertanggungjawab menanggung nafkah anaknya. Dan para ulama menghuraikan tentang umur mereka yang ditanggung. Tetapi mereka mempunyai pandangan yang berbeza tentang hukum penahanan/penjara bapa yang mampu dan enggan melaksanakan tugasnya yang diwajibkan. Mazhab Maliki dan Mazhab Syfiee menyatakan bahawa bapa tidak boleh ditahan/penjara diatas keenganan tersebut, hanya boleh memaksanya untuk melaksanakan tugasnya dengan cara yang lain, kerana mejaga kehormatannya sebagai seorang bapa
Manakala Mazhab Hanafi dan Mazhab Zaidiyyah menyatakan bahawa bapa yang enggan melaksanakan tugasnya memeberi nafkah kepada anaknya boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara demi mejaga keselamatan anak daripada binasa, kerana jika tidak dikenakan hukuman tahanan/penjara akan memeberi kemudaratan yang lebih besar kepada anaknya dan kemungkinan anaknya mati kelaparan. Penahanan/penjara tersebut adalah satu hukuman memberi pengajaran kepada bapa demi kepentingan anaknya, ini adalah satu perkara yang harus, sebagaimana jika bapa membunuh anaknya, maka hukumannya ialah hukuman Tazir.
Imam Malik menyatakan bahawa bapa boleh di sebat dengan sebab hutang anaknya demi menjaga hak Allah sw dan sebagai satu usaha menghalang supaya tidak berulang kejadian yang sama dan sebagai memberi pengajaran kepada bapa demi menjaga harta orang ramai . sebagaimana juga pandangan Mazhab Hanafi, Mazhab Hanbali dan satu pandangan Mazhab Syafiee menyatakan bahawa adalah dibolehkan menahan/penjara bapa kepada seseorang kanak-kanak yang masih kecil kerana keengganannya menangggung nafkah isteri anakanya yang masih kecil, kerana nafkah, adalah diwajib ke atas kanak-kanak (suami) dan bepanya pula adalah sebagai wali yang bertanggungjawab bagi menunaikan tanggungjawab tersebut

* Jenayah Keengganan Melaksanakan Wasiat Yang Diterima

Bagi mereka yang menerima wasiat berhak menarik diri sebelum berlaku kematian mereka yang memberi wasiat dan tidak sebaliknya ditakuti berlaku penipuan terhadap si mati, Wasiat perlu dilaksanakan dengan cara yang baik dan bertujuan kebajikan . Apabila mereka yang menerima wasiat enggan melaksanakan wasiat yang diterima tanpa sebarang keuzuran, maka perlu dikenakan hukuman sebagaimana keengganan melaksanakan hak awam, jika masih enggan, maka boleh ditahan/penjara dan sebatan.

* Jenayah Keenggan Memegang Jawatan Hakim

Kehakiman adalah satu tanggungjawa yang amat besar dan sebaik-baik tanggungjawab, kerana melaksanakan kebenaran dan keadilan di samping memberi keinsapan kepada mereka yang dizalimi dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman. Hukum memegang jawatan ini adalah sebagai fardhu kifayah, kecuali telah ditentukan kepada seseorang, maka adalah telahpun menjadi fardhu ain yang terpaksa memegangnya, jika berlaku keengganan, maka keengganan tersebut akan mengganggu kepantingan masyarakat umum.,
Mazhab Maliki menyatakan bahawa adalah menjadi hak pihak berkuasa menahan/penjara seseorang yang enggan memegang jawatan Hakim dan penahanan tersebut sehingga sanggup menerima jawatan tersebut dan penahanan/penjara ini adalah kerana keenganannya melaksanakan tanggungjawab agama, demi menjaga kepentingan masyarakat umum.
Imam Malik menyatakan bahawa telah menjadi hak pihak berkuasa menahan/penjara seseorang yang enggan memegang jawatan Hakim dan penahanan tersebut sehingga menerima jawatan itu. Penahanan/penjara ini juga kerana keengganan menunaikan tanggungjawan yang misti dilaksanakan olehnya, dan demi mejaga kepentingan masyarakat umum. Imam Malik pernah ditanya, adakah boleh dikenakan hukuman tahanan/penajara terhadap mereka yang enggan memegang jawatan Hakim?, jawabnya; tidak, kecuali tidak ada orang lain yang sanggup menggantinya, maka boleh ditahan, dan adakah boleh disebat semasa dalam tahanan?. jawabnya memang boleh..
Berdasarkan prinsip yang sama menyebabakan Khalifah al Mansor menahan/penjara Imam Abu Hanifah, kerana enggan memegang jawatan Hakim, begitu juga seorang muridnya Muhammad al Hasan ditahan/penjara, kerana enggan memegang jawatan yang sama bahkan diikat semasa ditahan dalam penjara sehingga menerima jawatan itu . Mereka berdua benpendapat bahawa mereka adalah tidak layak memegang jawatan itu, kerana seseorang boleh menilai diri masing-masing, begitu juga didapati dalam sejarah menyatakan terdapat dari kalangan ulama silam yang tidak sanggup memgeng jawatan sedemikian.

* Jenayah Kecuaian Seseorang Hakim Menjalankan Tugas Dengan Betul

Seburuk-buruk kejahatan ialah pengkhianatan kepada keadilan. Pengkhiatan itu adalah amat bahaya kepada kehidupan masyarakat seharian oleh itu; Asbigh dan al Lukhami daripada Mazhab Maliki menyatakan bahawa Hakim yang terkenal dengan kejahatannya atau melakukan kecurian boleh dihukum penjara seumur hidup dan sebat dari masa ke semasa dalam tahanan/penjara. Keadaan sedemikian tidak menghalang pihak Badan Tertinggi Perundangan mengawasi tindakan yang dilakukan oleh seseorang Hakim bawahannya, sehingga tidak tercemar nama baik Badan Kehakiman yang disanjung tinggi dan harapan masyarakat dalam pelaksanaan keadilan.
Tindakan sedemikian pernah dilakukan terhadap Ibnu Abi al Jawwad, Hakim al Qairawan yang dilucutkan jawatannya dan ditahan/penjara kerana didapati menipu atau menyalahgunakan harta pusaka dan ditahan/penjara, di samping itu memaksa supaya memulangkan harta yang diambil secara tidak sah. Ibnu Abi al Jawwad masih enggan memulangkan harta tersebut dan mati dalam tahanan/penjara, tempatnya digantikan oleh seorang ulama (Shanun) terkenal dari kalangan Mazhab Maliki…

* Jenayah Keengganan Seseorang Yang Didakwa Hadir Majlis Perbicaraan

Keputusan mahkamah (keadilan) adalah terhenti di atas kehadiran mereka yang didakwa atau saksi dalam Majlis Perbicaraan. Para ulama menyatakan bahawa sesiapa didakwa perlu hadir dalam majlis perbicaraan untuk menjawab sebarang pertanyaan, kecuali dengan alasan yang boleh diterima, kerana pelaksanaan sesuatu hukuman tidak akan tercapai tanpa kehadiran mereka yang terlibat, demi menjaga kepentingan masyarakat dan memberi pengajaran kepada mereka yang melakukakan jenayah. Jika mereka yang didakwa enggan datang ke mahkamah, maka Hakim berhak memaksanya hadir untuk perbicaraan, jika difikirkan perlu dan tidak sepatutnya Hakim menjatuhkan sesuatu hukuman tahanan/penjara tanpa kehadiran mereka yang didakwa, kecuali keadaan tertentu seperti menceraikan seseorang isteri semasa ketiadaan suaminya ( suami hilang). Jika mereka yang didakwa hadir kemudian menghilangkan diri tanpa sebarang sebab, maka boleh dihukum tahanan/penjara kerana merendah-rendahkan Mahkamah atau menghina Mahkamah. Begitu juga saksi yang enggan menjadi saksi perbicaraan boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara dan sebatan.

* Jenayah Penghinaan Mahkamah
Islam telah meletakkan taraf kedudukan Institusi Kehakiman (Mahkamah) pada tempat yang paling tinggi, dan mengangap mereka yang menghina Intitusi ini sebagai satu jenayah yang perlu kepada hukuman yang sewajarnya. Tindakan sedemikian adalah untuk menjaga kehormatan dan mejaga kedudukan Hakim serta kehormatan individinya, ini berdasarkan peristiwa Rasulullah saw berubah air muka Baginda, kerana marah kepada seorang yang melimparkan kata-kata pilih kasih kepada sepupu baginda al Zubair semasa memutuskan hukuman tentang pertikaian pengaliran air dalam tanahnya. Oleh itu, para ulama menyatakan sesiapa yang berkelahi memaki hamun, mempertikaikan hukuman yang diputuskan oleh Hakim di hadapan Hakim perlu kepada hukuman tahanan/penajra dan sebatan, kerana mencabar keputusan yang telah diputuskan.
Para ulama manyatakan bahawa Hakim mempunyai hak menjatuhkan hukuman terhadap mereka merendah-rendahkan kedudukan Mahkamah seperti mengata-ngatakan Hakim menjatuh hukuman tidak adil atau memakinya, maka Hakim berhak memerintahkan hukuman tahanan/penjara dan sebatan terhadap sesiapa yang berkata; aku tidak percaya pendakwaan kepada kamu atau meperendahkan Institusi Kehakiman atau melemparkan kata-kata yang tidak sepetutnya dan Hakim juga berhak mengeluarkan perintah tahanan/penjara terhadap mereka yang berkelahi, memaki hamun di Mahkamah di samping hukuman sebatan terhadap mereka

* Jenayah Keengganan Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Saksi Semasa Dipanggil Memberi Keterangan.

Kesaksian ialah pemberitahuan kepada Hakim tentang maklumat yang diketahui, untuk menentukan hukuman dengan kesaksian tersebut. Kesaksian tersebut adalah penting demi menjaga kepentingan umum, menunaikan tanggungjawab ini adalah satu kewajipan fardhu ain ke atas setiap mereka yang mengetahuinya, maka sesiapa yang tidak melaksanakan tugas tersebut adalah berdosa , berdasarkan firman
ولاتكتمـوا الشهادة ومن يكتمهــا فانـه آثم قلبــه
Janganlah kamu (mereka yang menjadi saksi)menyembunyikan perkara yang disaksikan itu,
sesiapa yang menyembunyikannya, mak sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya.
(al Baqarah: 283),
Bahkan tindakan menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya dimaklumkan tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar
Mazhab Maliki berpendapat menyatakan bahawa sesiapa yang dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi dihadapan Hakim (di Mahkamah) dan enggan melakukan demikian boleh dipaksa dengan sebatan dan tahanan/penjara sehingga menunaikan tanggungjawabnya sebagai saksi , kerana keengganan tersebut menyebabkan kehilangan hak orang lain dan menyalahi perintah Allah sw di samping memberi kemudaratan kepada masyarakat. berdasarkan firman

تحبســونهمــا من بعد الصــلاة
(Kalau kamu meragui kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu
tahan mereka selepas selesai solat.

Ibnu al Arabi menyatakan bahawa ayat tersebut mengarahkan hukuman tahanan/penjara terhadap mereka yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sehingga menunaikan tanggungjawab tersebut, di samping berpegang kepada perinsip asal agama sedemikian. Panahanan kedua-dua saksi di dalam ayat tersebut adalah sebagai satu tuduhan dan tidak menunaikan tanggungjawab agama, manakala saksi yang menunaikan tanggungjawabnya tidak perlu ditahan.

Jenayah Kepalsuan Saksi
Saksi palsu ialah seseorang yang memberi keterangan ke atas orang yang tidak diketahui hakikat sebenarnya, walaupun peristiwa itu memang berlaku, . Saksi palsu termasuk juga kenyataan bertulis, seperti sengaja mengemukakan kenyataan doktor secara bertulis atau seumpamanya yang bercanggah dengan hakikat sebenarnya atau menyatakan sesuatu yang tidak diketahui hakikat sebenarnya, dikatakan saksi pelsu seperti penyelewingan terjemahan, sedang mengetahui berlawaan dengan hakikat sebenarnya atau memberi cop mohor pengesahan sesuatu dokumen yang berlawanan dengan hakikat sebenarnya.
Saksi palsu adalah sebesar-besar dosa yang diharamkan oleh Islam berdasarkan larangan yang disebut di dalam al Quran sama dengan larangan menyembah berhala

فاجتنبوا الرجس من الآوثات واحتنبوا قول الزور
Maka jauhi kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala,
serta jauhilah perkataan dusta

Sebagaimana juga Nabi saw melarang dengan sekeras-kerasnya, sehingga para sababat berkata lebih baik diam di antara kesan kerosakannya ialah membantu atau menyokong atau menggalakkan mereka melakukan kezaliman, menghancur kebenaran, menyelewangkan system pengadilan, maka para ulama bersependapat menyatakan bahawa mereka yang melakukan saksi palsu perlu dikenakan hukuman Tazir, kecuali Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa mereka yang melakukan kesaksian palsu perlu di heboh-hebohkan atau diiklankan kepada umum dan tidak perlu dikenakan hukuman Tazir
Manakala terdapat di dalam kitab Mazhab Empat menyatakan bahawa saksi palsu perlu dikenakan hukuman sebat dan diheboh-hebohkan atau isytiharkan di samping hukuman tahanan/penjara dalam tempoh yang lama, mengikut budi bicara Hakim , begitu juga Ibnu Taimiyyah menyatakan, bahawa saksi palsu perlu disebat dan penjara antara sebab hukuman berat tersebut, kerana melakukan kesaksian palsu itu memberi kemudharatan yang amat besar dan menyebabkan hilang kepercayaan umum dan hancur hak masyarakat, sebagai mana berlakua pada zaman Umar al Khattab ra; beliau mengenakan hukuman sebat terhadap saksi palsu dan dibotakkan rambutnya (kepalanya) di samping dihitamkan mukanya serta diarah supaya diarak mengelilingi pasar, kemudian ditahan dalam tempoh yang lama
Begitu juga tindakan yang dilakukan oleh Ali Abi Talib terhadap saksi palsu beliau mengheboh-hebohkankan saksi dan menahannya dalam penjara . Tindakan yang sama diambil oleh Khalid bin Taliq Al Harithi, Qadhi Basrah, selepas dilaporkan bahawa seorang lelaki mengemukakan saksi palsu menyebabkan masyarakat takut dengan tindakan lelaki tersebut, menyebabkan Qadhi tersebut mengambil tindakan mengheboh atau mengisyiharkan kepada umum tentang lelaki tersebut, setelah didapati benar melakukan saksi palsu dan dihukum tahanan/penajra

* Jenayah Keengganan Bersumpah Dengan Dakwaan Wasiat.

Jika seseorang didakwa menerima wasiat harta dan manfikan dakwaan tersebut di samping itu enggan pula bersumpah untuk penafian wasiat berkenaan, maka mereka yang didakwa boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara sehingga bersumpah atau sehingga membuat pengakuan di atas dakwaan tersebut.
Pada keseluruhan keadaan yang dibincangkan tentang penahanan mereka yang didakwa yang enggan melakukan sumpah adalah satu perkara yang panjang perbincangannya. Para ulama hanya membuat ketetapan berdasarkan kepada perinsip umum sahaja; bahawa hukuman penahanan/penjara mereka yang enggan bersumpah untuk penapian dakwaan yang dikemukakan kepadanya adalah dibolehkan, walaupun tahanan/penjara tersebut selama-lamanya atau sehingga bersumpah adalah dibenarkan oleh syara pada dasarnya sesuatu dakwaan perlu kepada dua orang saksi untuk menguatkan dakwaan tersebut, tetapi jika hanya dengan mengemukakan seorang saksi sahaja, maka pihak yang didakwa perlu bersumpah menafikan dakwaan terhadapnya, jika ennggan bersumpah, maka boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara . Mengikut pandangan ulama Mazhab Maliki menyatakan, bahawa Hakim berhak menahan mereka yang didakwa, apabila membuat kenyataan semasa perbicaraan; saya tidak mengaku dan tidak menafikan dakwaan tersebut dan berpegang dengan kenyataan tersebut secara berterusan, manakala pihak pendakwaan pula tidak dapat membawa saksi kedua
Perlu diberi perhatian bahawa penggunaan cara bersumpah dalam syariat Islam (perundangan Islam) tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, terutamanya kepada mereka yang dituduh atau ditahan yang berani melakukan sumpah bohong, demi untuk melepaskan dirinya daripada tuduhan yang dihadapi, atau dari tahanan/penjara yang dikenakan terhadap dirinya Berdasrkan kepada satu riwayat daripada Umar bin Abdul Aziz tentang suatu barang bersama seorang lelaki yang terdiri daripada mereka yang disyakki mencuri, apabila ditanya, jawabnya, dia telah membeli barang tersebut. Maka Umar berkata, aku akan siksakan kamu dalam tahanan/penjara dengan ikatan dan tidak akan melepaskan seseorang yang tidak dihalalkan oleh Kitab Allah melakukan sedemikian sehingga datangnya perintah Allah . Dalam peristiwa yang lain, apabila seorang Gobnor bertanya seorang ulama Mazhab Hanafi Isam bin Yusuf tentang pencuri yang menafikan tuduhan melakukan kesalahan mencuri terhadapnya, jawab Isam, mereka yang dituduh perlu bersumpah menafikan tuduhan terhadapnya, dengan mengatakan bahawa dia tidak melakukan kesalahan mencuri itu, Jawab Gobnor dengan kehairanan; pencuri perlu bersumpah? kerana seseorang pencuri tidak pedulikan dengan bersumpah untuk mengelakkan daripada hukuman, maka Gobnor meminta sebatang rotan dan memukulnya sebanyak sepuluh sebatan, maka mereka yang dituduh membuat pengakuan, bahawa dia telah mencuri dan mebawa barang yang dicurinya, maka ulama tersebut terkejut dengan tindakan Gobnor tersebut, dan memuji tindakan sedemikian yang telah diambil oleh Gobnor untuk menentukan kesalahan mencuri

* Jenayah Penyembunyian Penjenayah Dari Muka Pengadilan

Islam mengaharamkan penyembunyian penjenayah untuk mengelakkan daripada dihadapkan ke muka pengadilan, kerana perbuatan sedemikian dianggap bersyubahah melakukan jenayah, berdasarkan hadith Rasulullah saw: Allah sw melaknat mereka yang melakukan jenayah atau menyembunyikan penjenayah Bertitik tolak dari sini, Syariat Islam melaknat dan menghukum mereka yang melakukan jenayah yang berdosa dan terkutut termasuk juga mereka yang menyembunyikan pennjenayah
Para ulama bersependapat menyatakan bahawa sesiapa yang menyembunyikan penjenayah atau seumpamanya yang perlu kepada hukuman Hudud atau seumpamanya, boleh dikenakan hukuman tahanan/penjara. Ibnu Taimiyyah berkata; bahkan dibolehkan hukuman sebat semasa ditahan/penjara, sehingga mendapat maklumat tentang penjenayah yang disembunyikan itu, atau menunjukkan tempat penjenayah itu disembunyikan.
Berdasarkan pandangan Ibnu Taimiyyah itu, dapat disimpulkan bahawa hukuman penahanan/penjara tersebut merangkumi juga penyembunyian sebarang peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah dan sebagainya, kerana tindakan sedemikian adalah berlawanan dengan perinsip Islam membenteraskan sebarang perkara yang boleh membawa kepada kejahatan dan jenayah bedasarkan firman

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الاثم والعدوان
Hendaklah kamu Bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat)

dan berdasarkan kepada tindakan yang telah diambil oleh Qadhi Suwar bin Abdullah al Tamimi pernah Manahan Hammad bin Musa seorang kerani kepada Gobnor Basrah, kerana membebaskan seorang yang ditahan dari penjara dan menyekatnya daripada dihadapkan ke muka pengadilan di samping itu tidak dibebaskan sehingga kerani tersebut membawa balik mereka yang dibebaskan. Begitu juga dilakukan oleh Qadhi Syurak bin Abdullah al Tamimial Nakhaii

* Jenayah Penipuqn Dokumen atau Pemalsuan Maklumat

Penipuan atau pemalsuan dokumen termasuk cop mohor atau tandatangan seseorang dan seumpamanya, dikatakan pemalsuan dokumen adalah diharam oleh Islam, termasuk dalam katagori dosa besar mengikut pandangan sebahagian daripada Ulama Mazhab Maliki menyatakan bahawa penjenayah penipuan pemalsuan dokumen boleh dihukum potong tangan, jika melibatkan harta manakala Mazhab Syafiee pula menyatakan bahawa penjenayah tersebut boleh dihukum Tazir, kerana melakukan satu maksiat/ kesalahan yang ditegah oleh Islam Bedasarkan Umar al Khattab ra. pernah Manahan penjenayah penipuan dokumen berdasarkan satu riwayat Man bin Zaidah bekerja sebagai tukang buat cop mohor Baitul Mal, didatangi oleh seorang penjaga harta Kharaj (zakat tanaman) pada zaman pemerintahan Umar dan menggunakan cop tersebut untuk mengambil harta Baitul Mal dan sampai berita tersebut kepada Khalifah Umar, beliau berbincang dengan para sahabat, kemudian dikenakan hukuman tahananan/penjara dan sebatan berkali-kali di atas penjenayah tersebut . Begitu juga dilakukan oleh Muawiyah Abu Sufian pernah menahan Amar bin al Zubair, kerana bermain-main dengan menandatangani surat permohonan bantuan sebanyak 100,000 dirham dan disimpan untuk 200 dirham, tahanan tersebut tidak akan dibebaskan sehingga diselesaikan wang sejumlah tersebut oleh saudaranya Abdullah . Tambahan pula pada zaman sekarang pelbagai penipuan dengan pelbagai cara, mereka berlumba-lumba mengejar kekayaan sehingga sanggup melakukan penipuan sedemikian dengan mengemukakan dokumen pelsu
* Jenayah Pengamalan Pengubatan Tidak Professional

Mazhab Maliki manyatakan; bahawa seseorang, jika doktor yang terdiri daripada mereka yang tidak professional dan melakukan kesalahan semasa menjalani pengubatan boleh dihukum sebat dan penjara.
Hukuman sebat perlu dilaksanakan terhadap penjenayah yang disebut diatas, disamping jenayah-jenayah lain yang berlaku berulangkali walaupun kecil, tetapi menyusahkan masyarakat, seperti; peragut, mat remit, penagih dadah dan lain-lain yang difikirkan sesuai sebagai langkah pencegahan. Begitu juga pelaksanaan hukuman sebat perlu dilaksanankan dihadapan khlayak ramai sebagai pengajaran kepada penjenayah dan masyarakat.

Sebagai kesimpulan bahawa hukuman Islam tidak sezalim yang digambarkan dalam kepala kita dan tujuan sebenarnya pelaksanaan hukuamn Islam termasuk sebatan adalah bertujuan mendidik masyarakat supaya menjauhkan diri dari sebarang kesalahan yang bercanggah dengan naluri manusia. Sebab itu hukuman sebat Hudud dilaksnakan dihadapan khalayak ramai. Manakala sebat Tazir terpulang kepada pihak berkuasa, sama ada pelaksanaan itu di khalayak ramai atau sebaliknya, tetapi keberkesanannya adalah perlu dilaksanakan dikhalayak ramai sebagai pengajaran, terutama jenayah yang dilakukan oleh jenerasi remaja sekarang yang amat ketara seperti mat rempit, mereka melakukan lumba haram bukan atas kehendak nalurinya sendiri, bahkan terpengaruh dengan kawan-kawan. oleh itu jika dikenakan hukuman perjara, maka sudah tentu masa depannya amat gelap, kerana dikira sebagi bekas banduan penjara. Maka hukuman yang paling sesuai adalah sebatan sebagai pengajaran. Ataupun sebagaiman dalam laporan akhbar tempatan, pada suatu ketika dahulu polis Johor menahan beberapa orang Mat Rempit dan dibawa ke hospital (bilik bedah) melihat kawannya yang sama-sama terlibat dan meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, mereka diberi peluang melihat sendiri dengan mata lendernya bagaimana ngerinya, siksannya, sedihnya kawan baik sendiri telah mati sebagai mangsa kemalangan lumba haram. Semoga dengan cara sedemikian juga sebahagian daripada pengajaran kepada Mat Rempit supaya tidak mengualangi lagi. Yang paling sesuai sebagai pencegahan ialah pengedar dadah yang telah disabitkan kesalahan perlu diisytiharkan pemlaksanaan hukumannya secara besar-besaran melalui medi-masa dan seumpamanya , kalau boleh hukumannya hendaklah dilaksanakan dihadapan khalayak ramai, sama hukuman bunuh atau sebagainya. Ini adalah cara yang paling berkesan sebagai pencegahan pengedaran dadah, kerana sebab utama merebaknya penagih dadah ialah ramai pengedarnya. Kita tidak sudah setakat memerangi nyamuk yang merayau-rayau sedang kolam pembiakan tidak dihapuskan dengan lebih berkesan.
Begitu juga jenayah-jebayah lain yang disebut dalam kertas ini, termasuk juga kecuaian anak menanggung nafkah kepada kedua ibubapa yang memerlukannya begitu juga kecuaian bapa menanggungan nafkah terhadap anaknya yang masih memerlukannya untuk membesar dan kecuaian suami membahagikan giliran antara isterinya dengan adil Kecuaian ini boleh dikenakan hukuman sebat sebagai pengajaran.

 

Oleh

Prof. Madya Dr. Muhd Fauzi Muhamad
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
RUJUKAN:
1. Al Aabii: Saleh Abdul Sami, ulama Mazhab Malik (1340 h), Jawahir al Iklil, syarh mukhtasar Khalil, Mustafa al Babi al Halabi Mesir 1947.

2. Ibnu Abidin: Muhammad Amin Umar bin Abdul Aziz (1252), Raddul al Mukhtar ala al Dar al Mukhtar, Hasyiah Ibnu Abidin, Mustafa al Babi al Halabi Mesir 1966.

3. Ibnu al Arabi: Muahammad bin Abdullah, Abu Bakr ulama Mazhab Maliki (543h), Ahkam al Quran, Mustafa al Babi al Halabi 1957

4. Ibnu al Farj: Muhammad bin Farj al Qurtubi, Abu Abdullah, ulama Mazhab Maliki (497h), Uqdhiah Rasulullah saw, Darl al Wayu Halb, Matbah al Majd, Kahirah 1396 h.

5. Ibnu Firhaun: Ibrahim bin Ali, Burhanuddin, ulama Mazhab Maliki (799h), Tabsirah al Hukkam fi Usul al Uqdhiyah wa manahij al Ahkam. Masir 1937

6. Ibnu al Juzi: Abdul Rahman bin Ali, Jamaluddin Abu al Faraj, ulama Mazhab Hanbali (597 h), Zad al Masir fi Ilmi al Tafsir, Maktabah al Islami Bairut 1965.

7. Ibnu Hajr: Ahmad bin Ali al Asqa;ani, Syihabunddin Abu al Fadhl, ulama mazhab Syafiee, (1379 h) Al Isabah fi Tamyiiz al Sahabah, Musawwarah Bairut. Bulugh al Muram fi Jam Adillati al Ahkam, Subulussalam, Fath al Bari Syarh Sahih al Bukhari: matbaah al Salafiyah Kahirah

8. Ibnu Hazm: Ali bin Ahmad bin Said al Zahiri al Andalusi Abu Muhammad (456 h), Al Mahalla.Dar al Fikr Bairut.

9. Ibnu Nujaim: Zaoinul Abidin bin Ibrahim, ulama mazhab Hanafi (970h), Al Asybah wa al Nazair , Matbaah al Qahirah 1968

10. Ibnu Qudamah: Abdullah bin Ahmad bin Muhammad, Muwaffiquddin, Abu Muhammad, ulama Hanbali ( 620), al Mughni fi al Fiqh , Maktabah al Riyadh al Hadithah.

11. Ibnu Rushd: Muhammad bin Ahmad al Qurtubi, al Masyhur , bil Hafid, Abu Walid, ulama Mazhab Maliki, Bidayatul al Mujtahid wanihayatul al Muqtasid. Dar al Marifah, Bairut.

12. Ibnu Taimiyyah: Ahmad bin Abdul Halim Taqyuddin Abu al Abbas, Ulama Mazhab Hanbali (728 h) al Hisbah fi al Islam, al Salafiyah al Kahirah 1980, al Siasah al Syariyyah fiIslah al RaI wal Raiyyah. Dar al Kitab Bairit 1969, Majmu al Fatawa Ibnu Taimiyyah: Abdul Rahman bin Qasim al Asimi, muswwir ai Rayadh, 1398 h.
13. Abu Yusuf: Yaqub bin Ibrahim, sahabat Abu Hanifah ( 182 h), al Kharaj, Maktabah al Salafiah Masr 1392.

14. Al Bukhari: Muhammad bin Ismail, Abu Abdullah (256 h), Sahih al Bukhari, Maktabah al Islamiah Istanbul 1979.

15. Al Bahuti: Mansur bin Yubus, ulama Mazhab Hanbali (105 h), Kisyaf al Qina An Man al Iqna LilHijjawi, Maktabah al Nasr ak Hadith, Riyadh, Saudi.

16. Al Baidhawi: Abdullah bin Umar, Nasiruddin, Abu Al Khair (791 h) Anwar al Tanzil Wasrar al Tawil, Mustafa al Babi al Halabi 1968.

17. Al Baihaqi: Ahamad bin Husain (458 h), Al Sunan al Kubra, Dairatul al Maarif al Uthmaniyah Haidrabad India 1353 h.

18. Al Baqi: Muhamad Fuad, Al Lulu wal Marjan fima itafaqa alahi Al Syaikhan, wazarah al Auqaf Kuit. 1977. Al Mujam al Mufahras Lialfaz al Quran al Karim. Darul al Syaab al Qahirah (1378h).

19. Al dardei:Ahmad bin Muhammad al Adawi, Abu barakat, ulama Mazhab Maliki (1301 h), al Sarh al kabir limukhtasar Khalil Matbu bi Hamisy Hasyiat al dasuqi; Unzur al dasuqi.

20. Al Dasuqi: Muhammad bin Ahmad bin Arafah (1230 h), Hasyiah al Dasuqi Ala Syarh al Kabir Lil Dardir. Isa al Babi al Halabi, Masr..

21. Al Fatawa al Hindiyyah: Manqulah min Jamaah Fuqaha al Hanafiyyah fi al Hind. 1973, Matbaah al Amiriyyah Masr 1310h.

22. Al Haskafi: Muhammad bin Ali bin Muhammad, Alauddin, ulama Mazhab Hanafi 1088h), Al Dar al Mukhtar Syarh Tanwir al Absar, Ibnu Abidin.

23. Al Kasani:Alauddin bin Masud, Abu Bakr al Musamma bimilk al Ulama ulama Mazhab Hanafi (587h), Badaik al Sanaik fi Tartib al Syaraik, Matbaah al Jamaliah Masr 1910.

24. Al Murghinani: Ali bin Abi Bakr al Farghani, Burhanuddin, ulama Mazhab Hanafi (593 h), al Hidayah Syarh Bidayatul al Mubtadi, Matbaah al Khairiyyah Masr 1326.

25. Al Mawardi Ali bin Muhammad Habib, Abu al hasan, ulama Mazhab Syafiee (450h), al Ahkam al Sultaniyyahwal Wilayat al Diniyyah. Mustafa al Bibi al Halabi 1973.

26. Al Musli: Abdullah bin Mahmod bin Maudud, Abu al Fadhl, ulama Mazhab Hanafi (683h), al Ikhtiyar Litalil al Mukhtar, Mustafa al Babi al Halabi 1951.

27. Al Nawawi: Yahya bi Syaraf, Mahyuddin Abu Zakaria, ulama Mazhab Syafiee (676 h), Tahzib al Asma wal Lughat, Matbaah al Munirah al Qahirah, Raudhah al Talibin wa Umdtul al Mufti: Taba al Matabah al Islami Dimasyq, al Majmu Syarh al Muhazzab, Taba al Qahirah, al Minhaj Syarh Sihih Muslim bin al Hujjaj , Taba al Qahirah, Mihaj al Talibin Matbu maa Syarhihi al Mahalla Bihamisy al Qalyubi.

28. Al Sayuti: Abdul Rahman bin abu Bakr bin Muhammad, Jalaluddin abu al Fadhli, ulama Mazhab Syafiee (911 h), Al Ashbah wal Nazair fi Qawaid wa furu fiqh aL Syafieyyah, Mustafa al Babi al Halabi 1959.

29. Al Tarablusi: Alauddin Abu Al Hasan, ulama Mazhab Hanafi (844h), Muinul al Ahkam fima Yataradda bain al Khasmain mina al Ahkam, Tab Masr 1973.

30 Al Wansyarisi: Ahmad bin Yahya, ulama Mazhab maliki (914 h)al Miyar al Murab wal Jame an Fatawa Ulama Afriqia wal Andalusi wan Maghrab, Matbaah Dar al Ghrabi al Islami 1981.

31. Al Zahabi: Muhammad bin Ahmad bin Uthman, Syamsuddin Abu Abdullah, ulama mazhab Syafiee (748 h). al Kabair, Matbaah al Tijarah Kahirah 1378h

32. Al Zamakhsyari: Mahmud bin Umar, JarulAllah Abu al Qasim (538h), Al Kasyaff an haqaiq Ghawamidh al Tanzil, Mustafa al Babi al Halabi, Masr.

33. Amir,:Dr. Abdul Aziz, 1976 al Tazir fi a;l Syariat al Islamiyyah al Qahirah

34. Waki: Muhammad bin Khalaf bin Hayyan al Maruf Waki (306 h), Akhbar al Qudhah: Taliq Abdul Aziz al Maraghi, Matbaah al Istiqamah Qahirah..

35. Al Wansyarisi: Ahmad bin Yahya, ulama Mazhab Maliki (914 h), al Miyar al Murab wal Jame an Fatawa Ulama Afriqia wal Andalusi wan Maghrab, Matbaah Dar al Ghrabi al Islami 1981.

36. Humid: Dr Abdul Wahhab, 1978 Al Ijram al Duawali, Jamiah Kuait

37. Iyadh: Iyadh bin Musa alyahsabi al Sabti, Abu al Fadhl, ulama Mazhab Maliki (544h), al Syifa bitarif Huquq al Mustafa . Matbaah al Masyhad al Husaini masr.

Ulaisy: Muhammad bin Ahmad Ulaisy, ulama Mazahab Maliki (1299h), Manhul Jalil ala Mukhtasar Khalil,Matbaah al Kubra Kahirah 1924, Fath al ali al Malik fi Faywa al Mazhab al Maliki, Matbu maal Tabsiratul al Hukkam Libni Fihaun.

39. Abdul Raziq: Ibnu Humam al Sanani, Abu Bakr (211 h) Al Musannif , al Tabah al ‘Ulaa (1970-1390h)

 

 

 

No Comments

    Leave a reply