AGAMA BUKAN PENGHALANG

Gambar: Rudi ketika mencium tangan ayahnya yang beragama kristian.

Papua- Inilah salah satu  akhlak yang diajarkan oleh semus agama. Sebagaimana yang kita ketahui semua agama mengajar kasih sayang sesama manusia, kelembutan dan penghormatan khusus terhadap orang tuanya dengan penuh kesabaran. Seperti tergambar dalam gambar di atas betapa kasihnya  seorang anak  ke atas orang tuanya meskipun mempunyai perbezaan agama.

Walaupun berbeza agama hubungan anak dan orang tuanya di Papua ini tidak sedikit pun menimbulkan sebarang masalah dalam kehidupan sehari. Bahkan Rudi juga diizinkan oleh ayahnya untuk menimba ilmu di Pondok Pesantren Al Payage. Lihatlah betapa perbezaan suatu agama tidak menjadi penghalang dalam keluarga. Rudi yang setiap hari mengaji dan belajar dengan KH. Saiful Islam Al Payage di Pondok tersebut memahami betapa pentingnya  akhlak seseorang itu terhadap orang tuanya meskipun berbeza agama.

Petikan – Cyber Dakwah.

#TANWIR – Syurga juga di bawah telapak kaki bapa.

Artikel berkaitan: Dakwah Penuh Hikmah

No Comments

    Leave a reply