AGENDA YAHUDI TRAGEDI 911?

 

Utusan Malaysia (9.1.2019) menyiarkan hasil penyelidikan seorang ahli akademik Amerika Syarikat, Dr Kevin Barret bahawa dua orang ahli perniagaan Yahudi, Larry Silverstein dan Lewis Eisenberg telah memperoleh keuntungan yang besar dari kemusnahan dua menara berkembar New York pada 9 November 2001.

Silverstein dan Eisenberg merupakan rakan karib Perdana Menteri Israel, Benyamin Neetanyahu manakala Kevin Barret adalah pengasas Panel Saintifik Penyiasatan 11 September.

Kevin mendedahkan perkara itu dalam satu temubual dengan Press TV ketika mengulas ancaman Dark Overlord untuk mendedahkan ribuan dokumen sulit berkaitan tragedi tersebut.

Silverstein, 87 merupakan seorang ahli perniagaan hartanah dan pada tahun 1980 beliau membida tender membina 7 WTC  di bahagian utara WTC dari Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey. Silverstein juga berminat untuk menguruskan bangunan berkembar WTC dan berjaya memperoleh tender tersebut yang kemudiannya ditandatangi pada 24 Julai 2001, iaitu dua bulan sebelum Tragedi 911.

NEW YORK - SEPTEMBER 11, 2001:  (SEPTEMBER 11 RETROSPECTIVE) Smoke pours from the twin towers of the World Trade Center after they were hit by two hijacked airliners in a terrorist attack September 11, 2001 in New York City.  (Photo by Robert Giroux/Getty Images)

Dr. Kevin Barrett yang juga pengasas penubuhan Panel Saintifik Penyiasatan 11 September itu membuat kenyataan tersebut dalam temu bual bersama Press TV ketika mengulas ugutan Dark Overlord untuk mendedahkan ribuan dokumen sulit berkaitan tragedi tersebut.

Menurut Kevin, Dark Overlord mengistilahkan dokumen rahsia mengenai serangan 911 sebagai The 911 Papers dan kumpulan tersebut telah melaporkan dalam laman web RT sebanyak 650 dokumen daripada 18,000 dokumen rahsia.

Dokumen itu mungkin dicuri daripada syarikat insuran, firma undang-undang dan agensi kerajaan yang kemudiannya dinyahkan ‘kunci sulit’. Pendedahan dokumen itu disifatkan oleh Kevin sebagai menarik kerana orang ramai perlu mengetahui ‘mengapa dokumen-dokumen syarikat insuran itu penting’.

Menurut Kevin lagi, kompleks WTC dan menara berkembar yang itu sebenarnya telah mendatangkan masalah besar kepada pihak berkuasa di mana ia dipenuhi dengan asbestos kalis api yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Silverstein yang mendapat kontrak penyewaan kompleks WTC dan menara berkembar berhadapan dengan kesukaran untuk menukarkan kesemua asbestos itu sebagaimana telah diputuskan oleh mahkamah pada awal tahun 2001.

Kos penukaran kesemuanya dijangka menelan belanja berbilion-bilion dolar. Pihak berkuasa telah mencari cara untuk merobohkan menara itu kerana kosnya adalah lebih murah berbanding menggantikan kesemua asbestos kalis api yang digunakan di keseluruhan bangunan tersebut.

Menurut Kevin, mereka tidak dapat melakukannya kerana tiada cara untuk merobohkannya secara ekonomik. Menara berkembar itu juga mempunyai kadar kekosongan yang tinggi dan dilengkapi peralatan komunikasi yang usang.

Silverstein juga merupakan ‘tokoh jenayah terancang’ yang mendapat kontrak tawaran rendah dua bulan sebelum kejadian daripada Eisenberg yang mengetuai Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey.

Silverstein membeli seluruh WTC dengan pajakan selama 100 tahun dengan menggunakan wangnya sendiri sejumlah AS$15 juta (RM 62 juta) dengan sokongan seratus juta rakan kongsi.

Menurut Kevin, jika WTC tidak dirobohkan maka itu merupakan pelaburan hartanah terburuk dalam sejarah tetapi Silverstein menggandakan wang insurans yang dipegang Pihak Berkuasa Pelabuhan apabila memperoleh AS$5 bilion (RM21 bilion).

“Beliau telah berunding untuk mendapatkan wang tunai daripada syarikat insurans dan kemudian membuat tuntutan ganti rugi berganda dengan mendakwa berlaku serangan pengganas berasingan membabitkan dua buah pesawat.

“Jadi beliau mendapat wang yang banyak. Persoalannya, syarikat insurans hilang berbilion dolar kepada Silverstein dan Eisenberg disebabkan ‘jenayah penipuan’ 11 September,” jelasnya.

Sebelum pendedahan tersebut, telah muncul beberapa teori konspirasi mengenai WTC termasuklah dakwaan pembabitan Larry Silverstein sebagai perancang utama memandangkan tidak dapat menanggung kos penukaran asbestos kalis api dan peralatan komunikasi yang usang berdasarkan pungutan sewaan yang bakal diterima.

Dalam teori konspirasi itu, dikatakan dua bangunan menara berkembar itu sudahpun dipasangkan dengan bom dan beberapa hari sebelum tragedi itu berlaku, sejumlah wang yang banyak telah dilaburkan ke dalam put options (pelaburan yang menguntungkan bila harga stok jatuh) syarikat penerbangan American Airlines dan United Airlines.

Pesawat American Airlines yang diberikan kod 11 dan United Airlines 175 telah merempuh dua menara WTC. Dua lagi pesawat yang berjaya dirampas ialah United Airlines 93 (UA 93) dan American Airlines 77 (AA 77). UA 11 melanggar menara utara pada jam 8.46 pagi manakala UA 175 melanggar menara selatan pada jam 9.03 pagi. UA 93 terhempas di Pensylvania pada jam 10.03 pagi dan AA 77 melanggar bangunan Pentagon pada jam 9.37 pagi.

teori konspirasi

Berdasarkan rentetan serangan empat buah pesawat komersial milik dua buah syarikat penerbangan itu ada pihak percaya ia bukanlah sesuatu yang boleh dikaitkan dengan tindakan kumpulan perampas yang didakwa, ia adalah suatu perancangan  North American Aerospace Defence Command (NORAD) untuk membangunkan agenda permusuhan dengan Arab Saudi dan umat Islam.

Teori itu muncul selepas Amerika Syarikat dianggap telah gagal dalam banyak perkara untuk menentukan peranannya di Timur Tengah, termasuk memaksa negara-negara Arab menerima Israel sebagai sebuah negara yang sah.

Amerika Syarikat juga mempunyai dendam yang lama dengan Iran selepas Reza Shah Pahlavi digulingkan oleh Ayatullah Khomeini yang mendapat perlindungan di Perancis pada tahun 1979. Revolusi Iran telah mempengaruhi geopolitik antarabangsa apabila kebangkitan semula Islam di seluruh dunia mula dianggap sebagai ‘musuh sebenar Amerika Syarikat’.

Sebelumnya, Amerika Syarikat lebih banyak menghabiskan perbelanjaan untuk mengeksport slogan demokrasi ke banyak negara dan berusaha untuk menyekat kemaraan komunisma menerusi doktrin Teori Domino. Imej Amerika Syarikat tercalar apabila terpaksa berundur dari kemelut politik Indochina dan disusuli dengan Revolusi Iran.

Beberapa tahun sebelumnya, Amerika Syarikat tercalar dengan Skandal Watergate. Tiga peristiwa besar itu telah menyebabkan beberapa orang pemikir dan ahli akademik merangka semula geopolitik antarabangsa sehinggalah Samuel P Huntington berjaya mengemukakan tesis, musuh utama peradaban barat ialah Islam dan budaya-budaya dari Timur, termasuk Confucianisme.

Disebabkan ramai pemikir dan ahli strategik Amerika Syarikat lebih memahami masalah yang dihadapi oleh negara-negara Arab dan kedudukan Israel yang begitu agresif menjarah bumi Palestin, menjadikan Islam sebagai musuh utama adalah lebih mudah berbanding Confucianisme. Ini kerana negara-negara Arab semakin berpecah dan sebahagian hasil minyak adalah dikuasai oleh syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat dan Eropah.

Tragedi 911 menjadi titik-tolak yang lebih besar untuk mencaturkan geopolitik negara-negara Islam yang pada pertengahan tahun 1990-an dianggap bakal menggantikan tamadun Eropah, termasuklah Amerika Syarikat. Sebahagian negara-negara Arab yang memiliki ‘kekayaan emas hitam’ telah menyebabkan negara-negara industri tersintak apabila menggunakan petrol sebagai ‘strategi politik’.

OPEC yang dikuasai oleh negara-negara Arab mula menyedari bahawa petrol boleh digunakan sebagai senjata yang kuat. Amerika Syarikat perlu mencari jalan bagaimana untuk melemahkan ‘senjata’ tersebut dengan tindakan campur tangan di negara-negara Arab yang bermasalah. Penghujung tahun 1980-an, Kuwait dan Iraq mula bermusuhan. Iraq akhirnya mula menyerang Kuwait pada bulan Ogos 1990.

Pencerobohan Iraq itu menyebabkan Amerika Syarikat bertindak balas dengan memperoleh mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membantu Kuwait. Amerika Syarikat mengetuai Pasukan Bersekutu akhirnya berjaya mengusir tentera Iraq dari Kuwait pada bulan Januari 1991. Akibatnya, Kuwait merasa terhutang budi dengan pertolongan Pasukan Bersekutu, terutama Amerika Syarikat.

Sebelumnya, Iran dan Iraq berperang atas dakwaan kebimbangan Saddam Hussein mengenai kebangkitan Syiah ekoran kejayaan Revolusi Iran. Irak mula memasuki sempadan Iran pada bulan September 1980 dan berakhir pada tahun 1988.

Akibat dendam Amerika Syarikat terhadap Islam, Tragedi 911 telah dijadikan faktor penting untuk memulakan siri menjarah negara-negara Islam dengan mendakwa bahawa Iran dan Irak merupakan dua buah negara yang menjadi ‘paksi kejahatan’. Dakwaan itu dilakukan kerana Iran dan Irak mempunyai kekuatan ketenteraan yang lebih besar berbanding negara-negara Arab yang lain dan operasi penggerudian telaga minyak tidak dikawal oleh syarikat asing.

Ketika Reza Pahlavi memerintah Iran, syarikat-syarikat petroleum dari Amerika Syarikat dan Eropah diberikan konsesi dan kontrak penggerudian minyak. Selepas Reza Pahlavi disingkirkan, pemimpin Revolusi Iran memiliknegarakan semua industri minyak. Begitu juga dengan Irak, selepas Saddan Hussein menerajui pemerintahan Irak, pembabitan syarikat-syarikat asing semakin menguncup.

Inilah sebenarnya yang menjadi penyebab Iran dan Irak dikatakan sebagai ‘paksi kejahatan’. Bagi menghalalkan serangan ke atas Irak, Amerika Syarikat menggunakan dakwaan bahawa mereka boleh ke mana sahaja untuk memburu ‘pengganas’ dan Tragedi 911 menjadi titik permulaan ‘melawan terorisme’ peringkat global dengan menuduh kumpulan al-Qaeda. Kumpulan inilah juga dikatakan ‘perampas’ empat buah pesawat komersial di mana dua buah telah meranapkan WTC.

Jika mengambil kira pendedahan Kevin Barret, mungkin satu kesimpulan boleh dibuat bahawa serangan WTC adalah berpunca daripada pemilik atau penyewa bangunan berkembar itu sendiri. Jika merobohkan secara biasa, tanpa dikaitkan dengan keganasan, Silverstein tidak boleh membuat tuntutan insurans ke atasnya.

Dua menara berkembar itu sebenarnya memerlukan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan dan menukarkan asbestos serta peralatan komunikasi sedangkan kadar kekosongannya adalah tinggi. Jika diselenggarakan, kos penyelenggaraannya tidak akan dapat dikutip sepenuhnya dalam tempoh 10 atau 20 tahun.

Kemungkinan-kemungkinan itulah menyebabkan ‘serangan’ ke atas WTC merupakan ‘jenayah terancang’ yang dilakukan oleh hartawan Yahudi yang menyewa atau beribupejabat di dua buah bangunan berkembar itu. Asasnya ialah pada hari kejadian, tidak ada seorang pun pekerja keturunan Yahudi datang ke pejabat pada hari tersebut, walhal tarikh 11 September 2001 adalah hari Isnin, bukannya hari kelepasan umum atau cuti mingguan.

Silverstein dan anak-anaknya juga mempunyai ruang pejabat di WTC dan pada hari kejadian, mereka tidak hadir. Dalam satu temubual tidak lama selepas Tragedi 911, Silverstein turut meberitahu bahawa WTC sebenarnya telah diputuskan untuk dirobohkan sebelum itu.

Misteri siapakah yang memberikan kelulusan untuk merobohkan WTC itu akan terus dihubungkaitkan dengan keputusan Silverstein yang mendapat pampasan insurans sebanyak US$4.55 bilion yang kini semakin menghampiri kepada satu kesimpulan muktamad sama ada Tragedi 911 itu dilakukan oleh ‘pengganas’ atau ‘dirancang’ oleh pihak tertentu yang meraih wang yang banyak dengan merancang ‘serangan’ dan mengkambinghitamkan al-Qaeda?

Monosin Sobri.

 

 

 

No Comments

    Leave a reply