AKADEMI JIHAD DAN KEMUNCULAN IS (bahagian 2)

Michel Henin ditawan oleh pejuang IS di sebuah jalan di Raqqa, Syria. Pada awal penahanannya, dianggap sebagai mimpi ngeri.Bagaimanapun, jelas Henin, “this nightmare is nothing compare to the scale of the tragedy being suffered by the people of Syria and Iraq. It is great powers who have manufactured the conditions for this nightmare to come true, and who, at home, are creating the losts fanatics who willingly set off to fight in a war which is not theirs and whose issues they cannot grasps.”

Sehinga kini, IS dikatakan merupakan kumpulan yang paling cekap dan kaya sehingga mampu membayar gaji bulanan kepada pejuangnya. Kekayaan diperoleh menerusi penjualan minyak, dan IS menjadikan kawasan telaga minyak sebagai daerah sasarannya. IS dikatakan berjaya merekrut lebih 30,000 orang anggota di Syria dan Ira manakala lebih 12,000 orang lagi daripada pelbagai negara.

Keanggotaan IS dibantu oleh pakar dalam pelbagai bidang, termasuk teknologi maklumat. Sebab itulah propaganda IS berjaya menari minat pelbagai pihak, termasuk wanita dan remaja. Is menggunakan teknologi maklumat ketika menyebarkan ideologinya dengan mentafsirkan mana jihad dalam konteks memperjuangkan pemerintahan berkhalifah, kerana ia adalah kehendak Islam. Beberapa peraturan baharu dibangunkan termasuk menyeru wanita untuk bersama memberikan semangat kepada para pejuang, iaitu menerusi “jihad seks”.

Menurut Henin, pengaruh IS di Syria  begitu cepat berkembang disebabkan oleh kelemahan pemerintahan Bashar al-Assad sendiri, yang memasarkan sekularisme seluas-luasnya sebagai tindakan mengekalkan kuasa. Pada bulan November 2011, Assad secara terbuka menyatakan kesal kerana melaksanakan dasar antiagama dan sebagai tindakan pembetulan melancarkan saluran tv satelit Islam, Nour al-Sham.

Assad juga dikatakan tidak menghormati hak-ha minoriti, di mana sentiasa dibohongi. Kekejaman Bashar, dengan menggunakan kod Ceasar, merupakan katalog jenayah yang disembunyikan identiti mangsa sebenar. Henin mengutip beberapa bukti, seperti apa yang berlaku di dua buah hospital tentera di Tishrine dan Mezzeh, di Damaskus: “The bodies he photographed (by military police) came from twenty-four centres under the supervision of the security services of the city’s governorate.Nearly all the corpses showed signs of torture…two years later after the revolution began, he managed to send 55,000 pintures out of the country, documenting the fate nearly 11,000 victims.These pinctures prove in disturbing detail that the regime has indeed attacked minorities.” (hal.9)

Usaha membunuh dua musuh dengan satu peluru merupakan kaedah yang dilakukan oleh Bashar bagi mengekalkan kuasa, “getting rid of potentially violent youths to prevent them from taking action in Syria, and also using them as a tools in a policy destabilisation in Iraq. The same kind of reasoning—which is not only immoral but also ineffective from security viewpoint.” (hal. 14)

Assad juga dikatakan bukan sahaja membuka pintu penjara membiarkan pelampau bebas dan tindakan berkenaan menyebabkan keganasan semakin berkembang dan subur (hal.17). Tindakan ini dilihat sebagai “to tell the world is was fighthing al-Qaeda but in fact the revolution was peaceful in the beginning, so it had to create an armed Islamic revolts. There were strong Islamic tendencies to the uprising, so it was easy just to encourage them…You release just a few people and you create the violence, It will then spread by contagion.” (hal.17)

Keluarga Assad sentiasa mempertahankan kedudukan politiknya menerusi slogan “saya atau kelam kabut –me or chaos” dan  kerana itulah tidak pernah bersungguh-sungguh menentang kumpulan Jihad, sebaliknya “concentrate its military operations on those it sees as presenting the greatest danger, the moderates who legitimately clain to represent a political alternative.” (hal.18).

Pengalaman Henin, bulan Jun 2013, ketika di Raqqa, beberapa minggu selepas kumpulan jihad menguasai bandar tersebut, askar-askar rejim mula menggugurkan bom ke arah orang awam sehingga menyebabkan kemusnahan besar manakala pemimpin dan pejuang terselamat. (hal.19-20).

Pada tahun 2014 pihak barat mula melancarkan tindakan lebih besar untuk membersihkan kumpulan jihad, misalnya,  9 September mula melakukan serangan ke atas kumpulan Salafi, Ahrar ash-Sham berhampiran Idlib. Antara Oktober hingga November, puak lain yang disokong oleh Barat mengalami kekalahan bila bertembung dengan pejuang IS di Idlib, Aleppo dan Jebel Zawiya. Kumpulan Barisan Revolusi (Free Syrian Army) dan Gerakan Hazem kemudiannya melarikan diri ke bahagian utara.

Sikap berlengah Assad dalam menangani kumpulan pemberontak adalah disebabkan sebahagian besar mempunyai kaitan dengan rejim, kumpulan berkenaan berupaya menyogokkan tentera dan bergiat cergas dalam perniagaan, di mana Emma Sky, penasihat British kepada tentera Amerika Syarikat di Iraq menganggapnya sebagai “symbolic relationships.” (hal. 25). Sebab itulah Bashar dianggap mengorientasikan sebahagian besar perniagaan secara kroni, “everything accured to his family”, “he only reformed the banking system when family structure were in place to absorb” dan “treats entire country like his own house.” (hal.27).

Buku setebal 150 halaman ini berjaya memberikan kita satu gambaran jelas bagaimana kumpulan IS begitu cepat berkembang di Syria berbanding Iraq, walaupun asalnya, perjuangan ialah untu menentang pencerobohan Amerika Syarikat. Penulisan Nicholas Henin pastinya sebelum Tony Blair membuat pengakuan dan permohonan maaf atas persetujuannya menyokong Amerika Syarikat menjarah Iraq.

Bagaimanapun, sikap barat dan iklim politik di Syria telah menyebabkan IS cepat berkembang, sehingga Henin memanggilnya “lebuhraya jihad” yang membentuk “Akademi Jihad”. Assad yang mengamalkan propaganda ketakutan kepada rakyatnya, tetapi bukan kepada kumpulan tertentu kerana beliau mahu kekal berkuasa dan menguasai sumber ekonomi menjadi milik keluarga, dan ini menjadi punca pemberontakan oleh kumpulan- kumpulan lain sebelum dirampas oleh IS.

Nicholas Henin menyifatkan IS sebagai “cross-fertilisation” dua kumpulan, iaitu pejuang jihad tanpa sempadan dan “kelompok Sunni yang baran” –jihadist without borders and angry Sunnis—yang kemudiannya bergabung di Iraq dan Syria sebagai Sunnistan. Aktiviti ganas digerakkan dalam dua tahap yang berbeza, peringkat individu dan peringkat diplomatik. Henin mencadangkan agar Barat tidak memandang sepi kepada apa yang berlaku di Syria, kerana kelengahan akan membolehkan IS semakin berpengaruh dan mengancam keselamatan antarabangsa.

Usaha yang dilakukan oleh Malaysia misalnya, mempertemukan pakar dalam memerangi keganasan untuk mencari satu kaedah menanganinya, menerusi sebuah persidangan deradikalisasi di Kuala Lumpur dan dengan tegas menyekat pembabitan rakyat menyokong IS wajar dicontohi.

Terbaharu, polis menahan tujuh orang lelaki tempatan, tujuh lelaki tempatan dalam operasi di lima negeri kerana disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas IS, yang juga dikenai sebagai Daesh. Lima lelaki terbabit berusia dalam lingungan 26 hingga 50 tahun, ekoran penahanan seorang individu di stesen LRT Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 15 Januari 2016.

IS ditentang kerana tindakan ganas, manakala penyebaran ideologinya boleh menyebabkan Islam akan terus dipandang serong dan menyalahgunaan konsep jihad. Kemahirannya menggunakan teknologi, menyebabkan proses perekrutan anggota cepat mendapat perhatian, tetapi sayangnya, IS sengaja mencipta permusuhan dengan cara membunuh demi mencapai hasratnya, meruntuhkan rejim dan membangunkan sistem pemerintahan khalifah, suatu bentuk penyelewengan jihad.

IS disifatkan oleh Nicholas Henin sebagai Negara Baharu yang “barbarity”, kejam, ganas dan bertindak keras demi kelangsungan ideologinya, seolah-olah menampilkan semula gagasan politik Micheavelli dan dua sistem teori politik George Orwell, kompleksiti ketakutan dan penipuan.

##Catatan dari buku Jihad Academy: The Rise of Islamic State oleh Nicolas Henin.

No Comments

    Leave a reply