AKIBAT MEMBELA BIAWAK HIDUP

Kenyataan kurang ajar seorang Senator yang berada di Kementerian Pendidikan, perlu dipandang serius oleh kerajaan dan semua rakyat Malaysia. MCA katanya akan menolak bantuan kerajaan SJKC jika kurang daripada RM50 juta seperti amalan biasa.

Beruntung sungguh mereka ini. Duduklah dalam parti pusat dan kerajaan negeri mana sekalipun, mereka tetap untung. Tidak cukup dengan itu, mereka turut bergerak bertemu PBT-PBT dan ADUN ADUN untuk mendapatkan bantuan tambahan.

Tidakkah kita sedar bahawa kebanyakan akaun PIBG mereka yang berakhir setiap tahun melebihi RM1 juta. Ada yang berbaki RM 5juta. Itu yang saya tengok. Yang saya belum tengok mungkin melebihi daripada itu. Mohon pihak berkuasa melakukan siasatan. Daripada manakah wang sebanyak ini diperolehi? Itupun mereka terus mendesak dan mengugut kerajaan. Malangnya, kita terus tunduk.

Saya juga hendak tengok di mana ultra kiasu yang bergelar senator ini akan bertanding dalam PRU akan datang. Pasti ultra kiasu ini akan mencari kawasan selamat untuk menang dan seterusnya dilantik ke jawatan yang lebih tinggi dalam kabinet. Di manakah kawasan kalau bukan kawasan majoriti Melayu.

Jika MCA boleh menang di kawasan ultra kiasu dalam PRU ke-14 nanti, usahkan RM50 juta. Saya akan sarankan kepada kerajaan supaya beri lebih daripada itu. Realitinya adakah perkara ini berlaku? Ultra kiasu DAP terus menang di kawasan majoriti Cina, MCA (termasuk Gerakan dan MIC) tetap bungkus.

Malangnya kita terus menyimpan biawak hidup. Jika saya menjadi pemimpin sudah lama saya terajang muka tidak tahu malu ini daripada parti komponen. Dasar belanda minta tanah. Beri betis nak peha. Apa yang Melayu dapat daripada kemenangan yang diberi bila menang di kawasan Melayu.

Satu persoalan lagi, apakah dengan pemberian RM50 itu nanti juga, undi Cina akan beralih kepada MCA dan BN. Mereka boleh berlagak sombong sebab mereka ada kewangan yang kukuh. SJKC akan terus megah berdiri tanpa bantuan kerajaan kerana mereka mendapat sokongan penuh daripada ahli perniagaan dan hartawan mereka.

Orang Melayu bila kaya, sibuk kahwin tambah isteri sana sini. Bagi yang tidak boleh menambah suami, sibuk menaja program realiti hiburan TV, mengajak dan merosakkan Melayu dengan budaya hedonisme. Bukannya hendak menolong anak bangsa supaya berjaya dalam bidang pendidikan.

Bandingkan dengan ultra kiasu. Pada mereka pendidikan anak bangsa mereka amat penting berbanding yang lain. Saya ingatkan pimpinan negara supaya sedar akan permainan licik ultra kiasu. Mereka akan tuntut dengan seekstrem-ekstremnya sehingga tidak masuk akal. Mereka tahu kerajaan tidak akan beri sepenuhnya. Tetapi mereka tahu, kerajaan akan tetap beri juga atau tunduk kepada mereka, konon boleh menambah undi dan mengekalkan kuasa.

Maka bila kerajaan beri nanti, walaupun tidak sepenuhnya, pemberian yang kerajaan itu sudah lebih daripada mencukupi. Misalnya, ugutan menolak jika diberi kurang daripada RM50 juta. Saya amat yakin kerajaan kurang sedikit sahaja, mungkin tidak memberi RM50 juta seperti mana yang diminta. Tetapi kerajaan akan beri RM40 juta katanya. RM40 juta sudah lebih daripada mencukupi. Inilah strategi ultra kiasu sekian lama saya perkatakan.

Inilah strategi ultra kiasu. Tekan kerajaan sehingga tidak masuk akal. Mereka tahu, UMNO atau pimpinan orang Melayu akan bertindak balas. Marah, kecam dan kata-kata macam-macam. Tetapi, pengakhirnya nanti, mereka akan dapat juga.

Malang sungguh politik Melayu. Nasib bangsa sendiri tidak terbela. Nasib bangsa lain dibela menggila. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Asyik memikirkan undi dan kuasa bukannya necara keadilan yang berpaksikan kepada perlembagaan dan siapa penduduk asal bumi bertuah ini.

Sepatutnya, dalam keadaan ekonomi gawat hari ini, MCA tampil dengan bantuan dan solusi untuk meringankan beban kerajaan. Tetapi perkara ini tidak berlaku. Saya cadangkan jika MCA menolak pemberi tersebut, jangan beri lagi melalui mereka selepas ini. Jika mahu juga menjaga keadilan dan hak, beri sahaja kepada Hua Zong iaitu Persatuan Cina seluruh Malaysia. Saya yakin mereka akan berlari mengambil peruntukan tersebut.

Nasihat saya kepada mereka jangan jadi seperti Belanda minta tanah. Asyik kata ini tidak adil, itu tidak adil. Kita beri jawatan tersebut kepada Cina-Cina lain yang baik-baik dan tidak ultra kiasu.

Catatan: Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah

No Comments

    Leave a reply