Al Zamakhsyari, Ulama Tafsir Kurang Upaya

Dalam dunia tafsir, ulama dan intelektual muslim tidak asing lagi dengan nama ini, Abu al-Qosim Mahmud bin Umar az-Zamakhsyari al-Khowarizmi al-Mu’tazili yang lahir Rabu 27 Rajab 467 H atau 18 Mac 1075 M.

 

Beliau juga memperoleh gelar Jaarullah (tetangga Allah). Nama itu diberikan kerana beliau lama tinggal berhampiran dengan Makkah.

 

Beliau merupakan ulama produktif dalam menulis dengan pelbagai tema, terutama bahasa, kalam, dan tafsir. Beliau juga sebagai ulama yang terbuka dengan berbagai corak pemikiran kala itu.

 

Beliau turut dikenali sebagai  tokoh besar Mu’tazilah dan mengakui secara terbuka mengikuti aliran bermu’tazilah. Dikatakan pada masa berziarah ke rumah sahabatnya, ia selalu berkata:

 

قل له : أبوا القاسم  المعتزليبالباب

 

Tiada orang hebat lahir tanpa dapat kita pelajari kehidupannya. Telah diketahui bahawa Az-Zamakhsyari Al-Mu’tazili tidak mempunyai fisik yang utuh. Dia termasuk ulama orang kurang upaya yang bermental baja.

 

Keadaan tersebut terjadi akibat kemalangan yang mengakibatkan kakinya patah. Peristiwa itu terjadi ketika beliau menempuh perjalanan untuk keperluan belajar. Latar belakang kurang upaya ini terdedah, setelah ada ulama yang bertanya keadaan beliau.

 

Az-Zamakhsyari menjawab:

 

“Pada masa kecil, aku pernah menangkap seekor burung, dan aku juga mengikat kakinya dengan benang, selanjutnya aku pun melepaskan dia dari tanganku dan kemudian burung tersebut masuk ke lubang, dan aku menarik kakinya yang terikat dengan benang sehingga menyebabkan kakinya patah.

 

Kemudian ibuku memarahiku dan berkata kepadaku:

 

قالت : قطع الله رجل الأبعد كما قطعت رجله

 

Ibu berkata: Semoga Allah memutuskan kaki yang jauh sebagaimana engkau memutuskan kakinya (si burung).

 

Lanjut Az-Zamkhsyari bercerita, “maka ketika aku menempuh perjalanan ke Bukhara untuk menuntut ilmu, aku terjatuh dari kendaraanku kemudian patah kakiku”.

 

Bagaimanapun, ada riwayat lain yang mengatakan, “musim sejuk menimpa dirinnya saat masih berada di tengah perjalanan, dan kerana sejuk yang melampau membuat dia menggigil dan tersungkur jatuh ke tanah, hingga membuat kaki beliau patah. Dan dia memakai alat bantu kayu sebagai gantinya”.

 

Beliau selain terkenal dengan karangan al-Kasysyaf, juga karangan lain seperti wa Athwaqu adz-Dzahab, wa Nawabighul Kalam, wa Rabi’ul al abror, wa Asas al Balaghoh dan lain-lain. (والله اعلم بالصواب)

 

www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply