ALAMAK! PEGUAM NEGARA LAGI!!

ORANG CINA bertepuk ‘gumbira’ apabila Peguam Negara, Tomy Thomas mengumumkan bahawa UEC, iaitu sijil pendidikan Cina yang dikendalikan oleh komuniti pendidikan swasta boleh diterima masuk sebagai memenuhi syarat kelayakan menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) mulai 1 Januari 2021.

Pejuang pendidikan nasional yang sekian lama mengkritik sistem pendidikan pelbagai aliran mungkin akan kembali mengusung ‘keranda 152’ sebagaimana pernah dilakukan ketika Dr Mahathir memperkenalkan PPSMI dan Tan Sri Muhyiddin Yasin bercadang melaksanakan Dual Language Programme (DLP) ketika beliau dalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan.

Sudah sekian lama pejuang-pejuang pendidikan nasional mahukan hanya terdapat satu aliran pendidikan di Malaysia kerana ia adalah proses pembinaan negara bangsa yang rakyatnya boleh menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan penyatuan kaum di Malaysia. Akibat sistem pendidikan yang semakin bercapah, sebilangan besar pelajar yang mengikuti sistem pendidikan Cina saperti tidak mempunyai wahana untuk bergaul, berkomunikasi dengan mereka yang berpendidikan aliran kebangsaan.

semakin sempit

Lorong yang membawa proses perpaduan antara kaum menerusi bahasa kebangsaan saperti semakin sempit kerana pelajar yang mengikuti pendidikan Cina akan meneruskan pendidikan mereka sama ada dalam bahasa Inggeris mahupun dalam bahasa Mandarin. Mereka boleh memilih untuk melanjutkan pendidikan tinggi ke Taiwan ataupun mana-mana institusi luar negara yang menerima UEC.

Mereka sebenarnya tidak resah dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka tidak mengharapkan pekerjaan dalam sektor awam. Mereka boleh bekerja dalam firma-firma yang dimiliki oleh orang Cina ataupun firma asing yang sebahagian besar pengurusannya dikuasai oleh orang Cina di Malaysia.

Seringkali kita mendengar ‘rungutan’, mana-mana firma yang dikuasai oleh orang Cina meletakkan syarat ‘mengikat’ yang merugikan pencari kerja lulusan IPTA dan IPTS dalam kalangan orang Melayu dan India. Bahkan, beberapa kajian telah menjelaskan bahawa graduan Melayu dan India sukar untuk dipanggil temuduga oleh firma yang dikuasai oleh orang Cina, kerana mereka ‘mengikat’ dengan kebolehan berbahasa Mandarin. Bagaimanapun, peluang bagi orang Melayu dan India yang boleh berbahasa Mandarin juga terhad, sebab pengurus-pengurus Cina lebih mengutamakan etnik mereka.

dibelasah warganet

Apabila Peguam Negara mula menyatakan ‘OK’ kepada pemegang UEC, maka teruklah keputusan tersebut dibelasah oleh warganet. Akibat ‘terperangkap’ dengan halatuju politik yang diperjuangkan oleh DAP, maka Peguam Negara akhirnya memadamkan posting tersebut dalam akaun media sosialnya.

CLP bukan bawah kementerian, CLP bawah undang-undang. Anda tidak boleh menyuruh saya bercakap bagi pihak peguam negara,” Dr Mazlee Malik, Menteri Pendidikan, Free Malaysia Today, 31 Mac 2019.

Meskipun kenyataan itu sudah dipadamkan, ia tidak bermakna kenyataan itu terus terpadam dalam media sosial. Sekurang-kurangnya, netizen masih boleh membacanya dalam akuan media sosial milik Timbalan Menteri Pendidikan, orang yang tegar dan terus berjuang untuk mendapat pengiktirafan UEC. Beberapa hari selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, beliau sudah memberikan imbasan bahawa UEC akan diiktiraf dan usaha kea rah itu tidak pernah terputus.

Dasar Pendidikan Kebangsaan kini dilihat telah diperkotak-katikkan apabila Sekolah Persendirian Cina yang menolak bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu, sebagai bahasa pengantar sukatan pelajaran, telah diiktiraf” Shahir Adnan, Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia, 1 April 2019.

Sabtu lalu, Teo Nie Ching dalam kenyataan ringkasnya dalam akaun facebook menulis: Terima Kasih Peguam Negara. Ia disusuli dengan ikon ‘tepuk tangan’. Ia turut dipadamkan kemudiannya selepas dikeronyok oleh warganet, tetapi, pautan berbahasa Cina masih dikekalkan.

rais-yatim-thomas-thommy-uec

Bukan sahaja warganet mempersoalkan kewajaran Tomy Thomas membuat keputusan ‘gumbira’ bahkan bekas penasihat sosio-budaya kerajaan terdahulu, Rais Yatim, yang kini menyertai PPBM, mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir.

mendahului Jemaah Menteri

Rais merasakan Tommy Thomas sudah mendahului Jemaah Menteri. Sepatutnya, Jemaah Menteri berkuasa untuk menentukannya, bukan Peguam Negara, kerana ia bukanlah ‘core business’. Peguam Negara bukanlah individu yang boleh membuat keputusan untuk mengiktiraf atau menolak UEC, kerana ia adalah soal yang ada hubungan yang jelas dengan sistem pendidikan negara, dan dasar kerajaan terhadap pelbagai sijil pendidikan dari seluruh dunia.

“Diharap beliau (Tommy) sedar akan risiko kenegaraannya dan keutuhan jurusan pendidikan nasional,” Rais Yatim, https://www.msn.com , 1 April 2019.

Bagi Rais, (1) mengiktiraf UEC untuk diterima sebagai syarat kelayakan mengambil CLP sepaturnya dibuat menerusi perbincangan dan perundingan oleh Jemaah Menteri; (2) Situasi tersebut membayangkan Malaysia mempunyai dua jenis sistem pendidikan; (3) Peguam Negara sedang membuka ruang eksploitasi mengenai kedudukannya; (4) Peguam Negara sepatutnya tidak terburu-buru memberikan ‘pengiktirafan’ dan memberi masa kepada kerajaan untuk memutuskan yang terbaik.

Komuniti maya menerjah Peguam Negara yang bekerja untuk DAP. Peguam Negara yang dilantik menerusi cadangan kuat DAP sebelumnya berjaya ‘membebaskan’ Lim Guan Eng daripada dakwaan rasuah terhadap pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran. Penjualnya juga ‘dibuang kes’ walaupun secara moralnya ada kaitan dengan beberapa projek yang diberikan oleh Lim Guan Eng kepadanya semasa masih berjawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“KOD ETIKA HAKIM 2009; Bahagian 8 (2); Seseorang Hakim hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesion perundangan secara INDIVIDU, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan sedemikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah.”

Tommy Thomas bekerja untuk memudahkan DAP memenuhi perjuangan politik, bukannya untuk rakyat Malaysia dan juga Kerajaan PH. Akibatnya, imej Kerajaan PH semakin dipersoalkan dengan tindakan terbaharu Tommy Thomas. Ia bakal menjadi ‘bola tanggung’ yang boleh menjejaskan peluang PKR untuk ‘membunuh UMNO dan BN’ dalam PRK DUN Rantau yang akan berlangsung 13 April 2019. Anwar terpaksa berhempas pulas bekerja untuk menangkisnya.

politik partisan

Akibat tindakan itu, Tommy Thomas dikhabarkan sedang berusaha menutupi kelemahannya sendiri kerana belum berjaya menyelesaikan siasatan terhadap Najib Razak. Menurut beberapa maklumat, kertas siasatan mengandungi beberapa kesilapan yang boleh diketepikan oleh peguam Najib.

UEC diiktiraf

Tommy terus dilabelkan sebagai seorang Peguam Negara yang tidak bebas dengan keyakinan politik partisan. Kecenderungan tersebut telah memberikan sedikit sebanyak persepsi negative terhadap Kerajaan PH. Antaranya, isu siasatan terhadap Lim Guan Eng. Peguam Negara telah membuat keputusan menggugurkan dakwaan, yang sepatutnya dibuat oleh mahkamah. Apabila kes tersebut digugurkan ketika Kerajaan PH mentadbir negara, ia menebalkan semula persepsi bahawa badan kehakiman tidak bebas, sedang dikawal oleh elit politik Kerajaan PH.

Kes ‘joget’ Peguam Negara bersama-sama lain-lain peguam, yang bagi seorang timbalan menteri ia adalah perkara biasa, belum lagi terpadam sepenuhnya. Sebagai Peguam Negara, Tommy tidak sepatutnya ikut serta berjoget, ia dilihat sebagai satu pembabitan yang boleh mencemarkan imejnya sendiri. Peguam Negara tidak mengamalkan etika guaman yang baik bagi menjarakkan dirinya dengan lain-lain strata keguaman. Ia masih dipertikaikan.

lenyapkan semangat kebangsaan

Lebih menyedihkan ialah apabila Rais menggambarkan tindakan Tommy Thomas itu boleh mendorong kepada perpecahan antara kaum. Dua sistem pendidikan, tidak pernah berlaku dalam mana-mana negara di dunia, kecuali Malaysia. Jika sistem pendidikan menjurus kepada sesuatu kaum, ia akan melenyapkan semangat kebangsaan, sedangkan Malaysia masih terlalu jauh perjalanannya untuk bersatu dalam ertikata sebenar. Menerusi dualisma dan pengiktirafan UEC dikhuatirkan akan melenyapkan semangat kebangsaan secara perlahan-lahan, bahasa kebangsaan hanya dihormati dalam perspektif dasar, tapi pemakaiannya tidak.

Bagi saya ini adalah tidak adil kepada lepasan SPM dan STPM yang berada dalam sistem pendidikan negara sejak Tahun Satu lagi berbanding UEC yang hanya mahu menyertai terus di peringkat tertinggi atau IPT sahaja,” Profesor Teo Kok Seong, Berita Harian, 31 Mac 2019.

Sejak Kerajaan PH, sudah muncul keinginan pemimpin-pemimpin politik untuk menggunakan bahasa Mandarin dan bahasa Tamil dalam menjelaskan pendirian rasmi kerajaan. Pernah Timbalan Menteri Pendidikan membentangkan slaid sepenuhnya dalam bahasa Mandarin dalam sebuah program media. Bahkan, status media sosial rasminya turut dipenuhi dengan bahasa Mandarin, seolah-olah beliau bukan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, tetapi Timbalan Menteri Pendidikan Etnik Cina Malaysia.

“Tuntut iktiraf UEC bagai barah tahap 4” Berita Harian, 12 Julai 2018.

Begitu juga dengan Menteri Kewangan. Beliau pernah mengeluarkan kenyatan akhbar dalam bahasa Mandarin dengan alasan, untuk kegunaan wartawan yang tidak fasih berbahasa kebangsaan. Itu bukan suatu alasan yang boleh diterima, kerana rakyat Malaysia sepatutnya boleh berbahasa kebangsaan dengan baik, bukan sahaja dalam percakapan, bahkan menulis dan mengungkapkan pandangannya secara berkesan.

Malaysia versi Taiwan

Warganet mempersoalkan, sekiranya Kerajaan PH tidak melakukan orientasi secara jelas mengenai pengupayaan bahasa kebangsaan, maka, Malaysia mungkin akan bertukar menjadi negara Malaysia versi Taiwan.

Benar bahawa bahasa Mandarin merupakan bahasa yang sedang berkembang dan semakin penting dalam perdagangan semasa, tetapi, tidak bermakna semuanya perlu menghilang jati diri Malaysia sebagai sebuah negara yang berteraskan Melayu, Islam dan bahasa Kebangsaan. Untuk keperluan domestik, walaupun khalayaknya adalah sebahagian besar adalah keturunan Cina, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai wahana komunikasi amat penting, ia adalah semangat yang ingin terhasrat dalam Perlembagaan Persekutuan, bahasa yang diutamakan dan menjadi bahasa kebangsaan.

Memang bahasa-bahasa ibunda dibenarkan, tetapi ia tidak mencakupi dalam urusan pentabdiran negara. Ia adalah bahasa yang hanya wajar digunakan untuk kepentingan budaya dan komunikasi dalam kalangan mereka sahaja, bukan untuk mengambilalih ataupun alternatif kepada bahasa kebangsaan.

UEC bukanlah sijil peperiksaan yang dikendalikan secara berpusat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. UEC bukanlah sebahagian daripada sistem pendidikan arus perdana. UEC adalah sistem yang hanya dicipta oleh huatuan-huatuan Cina untuk melahirkan semangat ‘perkauman’ dan mengisolasikan pendidikan mereka dengan pendidikan kebangsaan. Kurikulumnya tidak berjiwa Malaysia, bahkan ada di antaranya mengekalkan kurikulum pendidikan Taiwan. Sebab itulah UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan terdahulu, kecuali beberapa negeri yang terdesak untuk mengekalkan kuasa politiknya.

ada ikhtiar untuk dijauhi

Politikus yang tidak mengutamakan ‘semangat kebangsaan’ sepatutnya tidak wajar dipilih oleh pengundi, kerana mereka akan terus memperjuangkan keutamaan dan kepentingan bahasa dan budaya mereka. Sebaliknya, budaya dan bahasa yang diiktiraf sebagai rasmi, akan sentiasa ada ikhtiar untuk dijauhi, sebagaimana sebahagian masyarakat menolak bahasa kebangsaan.

Bolehkan mereka menafikan. Apakah kegagalan menguasai bahasa kebangsaan itu suatu ‘kebanggaan’ sebagaimana Tommy Thomas sendiri. Beliau tidak fasih berbahasa kebangsaan, tapi masih dilantik sebagai Peguam Negara. Apakah keutamaan beliau di Malaysia sebagai golongan professional yang mempunyai kedudukan tinggi dalam bidang kehakiman ‘tidak merasa malu’ dengan kelemahannya? Apakah beliau ‘tidak hormat’ atau merasa ‘berdosa’ dengan kegagalan tersebut?

Benar, bahasa bukanlah faktor tunggal untuk memahami dan menghayati semangat kebangsaan. Tetapi, dengan tidak berusaha menguasainya secara bersungguh-sungguh dan mengamalkan ‘bahasa kebangsaan’ ia saperti tidak menghormati statusquo negara, sama saperti ‘mempersendakan’ asas kenegaraan. Secara Perlembagaan, bahasa Melayu (Malaysia) adalah bahasa kebangsaan, dengan tidak menguasainya bukankah ia berkontradiksi dengan semangat Perlembagaan?

Tentunya, banyak alasan akan diberikan. Tetapi, alasan itu tidak boleh dianggap memadai kerana kita adalah warganegara yang lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, berkerjaya di Malaysia, dan membina kehidupan di Malaysia. Maka, kegagalan berbahasa kebangsaan sudah boleh dianggap ‘mengetepikan’ salah satu perkara yang menjadi teras bernegara dan bermasyarakat menurut semangat Perlembagaan.

huatuan-huatuan

Begitu juga dengan ‘mengiktiraf UEC’ selagi UEC tidak berada dalam sistem pendidikan arus perdana dijadikan peperiksaan berpusat di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan ataupun Majlis Peperiksaan Malaysia. Dua agensi itu telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan sistem penilaian dalam pendidikan di peringkat asas. Peperiksaan lain yang berbentuk professional dikendalikan oleh badan professional masing-masing, tetapi, perlu menjadikan kelayakan asas ialah sijil-sijil yang dikeluarkan oleh LP, MPM ataupun diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), bukannya huatuan-huatuan ataupun pertubuhan sosial tertentu.

Kali ini, kita sekali tersedak dengan keputusan Peguam Negara.

Alamak! Peguam Negara lagi!!!!!

 

Mahanor Saleha.

No Comments

    Leave a reply