Allah tidak salah dan zalim

ALLAH TIDAK TERSALAH DAN ZALIM

Tahukah anda, Allah SWT memasukan seorang wanita ke syurga hanya kerana menolong seekor anjing dan Dia juga menghumban seorang wanita lain ke neraka kerana menyeksa kucing. Wanita pertama adalah wanita pelacur dari bani Israil yang memberi seekor anjing kehausan. Maka Allah mengampuni semua dosa dan memasukkannya ke dalam syurga kerana dia melakukan perbuatan itu dengan penuh ikhlas. Manakala wanita kedua adalah seorang wanita yang mengurung seekor kucing dalam bilik tanpa diberi makan dan minum. Kucing itu terpaksa makan seranggah yang ada di rumah. Oleh kerana perbuatan zalim itu, Allah masukkan dia ke dalam neraka. Cerita ini memberi manfaat yang besar dan memberi kedamaian dalam hati kerana kita akhirnya tahu bahawa Allah tetap membalas sekecil manapun amalan

Dalam Sahih Bukhari disebutkan: “Terdapat 40 budi pekerti, paling tinggi adalah wanita yang memberi makan kambing betinanya. Tidaklah seseorang mengerjakan satu daripada budi pekerti ini kerana mengharap sesuatu dijanjikan Allah dan membenarkan pahala bakal diterima kecuali Allah memasukkannya ke syurga”. Allah berfirman: “Maka sesiapa berbuat kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah az-Zalzalah: 7-8).

Justeru itu, bantulah mereka yang ditimpa bencana, orang tidak mendapat rezeki dan dizalimi. Berilah makan kepada orang kelaparan, berilah minum orang kehausan, jenguklah orang sakit, hantarkan jenazah, hiburkanlah orang yang mendapat musibah. Nilai-nilai yang baik dan sifat-sifat yang tinggi tersebut akan membawa kepada kebahagiaan dan kedamaian, menghalau kesediahan, kesusahan dan keresahan.

Oleh: Utusan Online 3Julai 2019

No Comments

    Leave a reply