Amalan Malam Nisfu Sya’ban Malam Ini

Malam ini merupakan malam Nisfu Sya’ban atau tepat pertengahan bulan Sya’ban 1439 Hijriah. Selain memperbanyak puasa, ibadah yang digalakkan pada bulan ini adalah menghidupkan malam pertengahan bulan Sya’ban atau Nisfu Sya’ban. Disebabkan keutamaan bulan ini, sebahagian ulama menyerukan kepada umat Islam pada malam mulia ini untuk meningkatkan membaca doa, memperbanyak dua kalimat syhahadat, dan istighfar.

 

Sayyid Muhammad bin Alwi bin Abbas Al-Maliki, Ma Dza fi Sya‘ban mencatat bahawa para salafus shalih (ulama klasik) mentradisikan tadarus Al-Qur’an dan mengeluarkan harta mereka untuk membantu golongan lemah (duafa) dan orang-orang miskin selama bulan ini.

 

Malam nisfu sya‘ban menjadi peristiwa yang ditunggu masyarakat. Mereka memanfaatkan waktu setelah sembahyang Maghrib untuk membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali. Aktiviti ini biasanya diiringi dengan berdoa kepada Allah agar diberikan umur panjang, rezeki yang halal, meninggal dalam keadaan husnul khatimah, atau lainnya.

 

Selain diyakini sebagai peristiwa muhasabah keseluruhan amal kepada Allah, Sya’ban juga mengandungi jejak sejarah penting dalam Islam. Di antaranya, pergantian arah kiblat yang pada mulanya menghadap ke Masjidil Aqsha ditukar ke arah Masjidil Haram serta turunnya ayat gesaan untuk bershalawat untuk Nabi Muhammad, iaitu Surat Al-Ahzab ayat 56.

 

Sya’ban merupakan bulan kelapan dalam kalender qamariyah. Sya’ban berasal dari kata syi’ab yang ertinya jalan di atas gunung. Bulan ini menjadi jalan umat Islam untuk kian mempersiapkan diri menghadapi bulan paling istimewa sesudahnya, yakni Ramadan. (nu.or.id)

No Comments

    Leave a reply