ANTARA KEKUATAN TAHAJJUD DAN PESONA BOLASEPAK EURO 2016

Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji [Maksud Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 79]

Dalam usaha kita untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, kita digalakkan untuk mengerjakan solat tahajud dan solat malam yang lain (qiyamullail). Kita perlu mempunyai azam yang kuat untuk mengerjakan solat tahajud seperti mana azam kuat yang kita tanam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Eropah. Kita harus menguatkan niat dengan kata-kata berikut:’Aku berniat untuk bangun jam 3 pagi nanti. Aku ingin menghadap Allah, mencari redhaNya. Niatlah kerana Allah, jangan kerana yang lain.” Dengan mendirikan solat tahajud kita dapat menzahirkan rasa cinta dan mendekatkan diri kepada Allah di suasana yang hening dan di saat orang lain sedang lena dibuai mimpi indah.

Pada kebiasaannya, terjaga di waktu malam hari merupakan waktu yang paling sukar bagi kita untuk bangun, apatah lagi untuk melaksanakan solat tahajud.Demikianlah tabiat jiwa itu cenderung mengikut hawa nafsu,bersifat malas dan suka mencari alasan. Akan halnya bila kita terjaga kerana hendak menyaksikan bola sepak Piala Eropah yang pada hari-hari ini telah menyibukkan masyarakat kita untuk menyisakan tenaga dan waktu kita untuk bola. Hakikatnya kita sebenarnya sudah biasa terjaga pada waktu malam hari. Akan tetapi sayangnya kita terjaga dari tidur semata-mata digunakan untuk menyiapkan kerja pejabat yang tak siap, menonton film, berborak atau menyaksikan perlawanan bola sepak.

Dalam konteks Islam sendiri, bola sepak termasuk permainan yang di dalam Al Qur’an disebut dengan istilah ’laib’. Perkataan ini sendiri bermaksud permainan. Dalam Islam, sukan termasuk perbuatan yang mubah hukumnya sepanjang tiada unsur yang mengharamkannya dalam permainan itu. Kebolehan ini juga dibatasi selama tidak mengakibatkan tertinggalnya satu kewajipan sama ada yang menjadi pemainnya mahupun yang menjadi penyokongnya. Dalam hal ini, bola sepak Piala Eropah yang kebanyakannya dipertandingkan pada dini hari, telah membuka kesempatan kepada orang Islam untuk menyempurnakan aktiviti hariannya dengan ibadah.

Sudah sepatutnya demam bola sepak Piala Eropah dijadikan momentum yang tepat untuk kita memulakan lembaran hidup kita dengan secara istiqamah mendirikan solat tahajud setiap malam. Kita boleh menjadikan peristiwa Piala Eropah sebagai titik tolak meningkatkan kualiti keperluan spiritual kita dengan mendirikan solat tajahud. Tentu kita akan merasa malu kepada Allah jika kita sanggup bangun tidur pada malam hari untuk menyaksikan bola sepak, tetapi tidak berdaya jika kita hendak mengerjakan solat tahajud.Kita ambil hikmah atau pelajaran dari pergantian malam dan siang.Guna hati dan akal yang kita miliki.jangan sampai ia menjadikan kita buta hati kerana ia merupakan bencana yang paling dahsyat.Hayati maksud firman Allah yang bermaksud:”Allah mempergantikan malam dan siang.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang menpunyai penglihatan(Surah An-Nur ayat 44)

Piala Eropah bukan bermakna hanya mendatangkan keseronokan duniawi yang tiada manfaatnya. Piala Eropah juga boleh mendatangkan kebaikan sekiranya kita mampu mengawal dan menjadikannya sebagai cara kita untuk meningkatkan ketakwaan dan ibadah kita melalui program qiyamullail.Kalau sekiranya boleh kita berjaga malam atau bangun diawal pagi untuk menuntun bola sepak maka tidaklah ada sebab untuk kita melakukan solat sunat tahajud.Mengerjakan sembahyang sunat tahajud menbolekan kita mendapat ganjaran yang lebih besar disisi Allah sebagai bekal untuk kehidupan yang selanjutnya tetapi kalau menonton bola sepak kita akan berhadapan dengan dua suasana iaitu kepuasan sementara apabila pasukan yang kita minati menang tetapi kalau disebaliknya kita akan menghadapi kekecewaaan.Kekecewaan dan kegembiraan itu semuanya akan sirna tetapi ketenangan yang diperoleh melalui solat tahajud akan tetap melekat dihati.

Piala Eropah terasa semakin lengkap sekiranya selepas perlawanan bola sepak, kita tutup dengan bersujud, berdzikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.

Solat tahajud bukan hanya penting dari segi keperluan asas spiritual kita di mana orang yang mengerjakan akan mendapatkan tempat yang terpuji di sisi Allah, akan tetapi solat tahajud juga mendatangkan kebaikan dari segi kesihatan. Menurut hasil penyelidikan Profesor Soleh, pensyarah di institusi pengajian tinggi di Surabaya, menerusi solat tahajud dapat membebaskan kita dari penyakit kanser. Bagaimanapun, solat tahajud yang bertujuan demikian bukan sekadar menggugurkan kewajiban melaksanakan ibadah muakkadah sahaja, akan tetapi ia memerlukan kepada kekerapan solat tahajud secara istiqamah, ketetapan gerakan, kekhusyu’an dan keihklasan. Jika melaksanakan solat tahajud dengan ikhlas dan khusyu’, secara medikal solat tahajud menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin dan limposit yang berupa persepsi dan motivasi positif serta dapat meningkatkan kemampuan seseorang dalam mengatasi masalah yang dihadapinya.

Solat tahajud mendatangkan banyak faedah bagi yang mendirikannya samada dari segi fizikal, mental dan kesihatan (perubatan). Apabila kita melaksanakan solat tahajud, kita seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga. Dalam keadaan yang sedemikian, sebenarnya kita berada dalam keadaan antara sedar dan lena. Situasi yang kita alami ini di kalangan medik disebut frekuensi alpha. Pada paras alpha, frekuensi otak berada dalam lingkungan 7 hingga 14 kitaran per-saat.

Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Aktiviti minda membimbing kita dalam keadaan tenang, santai dan relaks yang membawa minda kita berada dalam kesedaran tahap yang tinggi sehingga kita mampu meneroka dan mengekstrak kemampuan minda kita. Dengan keadaan jiwa dan minda yang terselubungi keheningan malam sehingga minda kita berada dalam fokus yang tinggi. Fikiran kita ketika ini akan terasa terang dan mampu menjana minda bawah sedar dalam keadaan tahap tinggi.

Para ulama fikah menyebut beberapa keutamaan yang didapati oleh orang yang melakukan solat malam. Di antaranya adalah seperti berikut :

  1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat balasan baik berupa kenikmatan dari-Nya seperti yang disebut dalam surah Adz-Dzariyat ayat 15-28.
  2. Orang yang melakukan solat malam akan mendapat kesempurnaan atas kekurangan dan cacat solat fardhunya dan meningkat darjatnya menjadi maqamam mahmuda, darjat yang terpuji.
  3. Orang yang melakukan solat malam selalu mendapat pujian Allah SWT [seperti yang tercatat dalam Al-Quran surah Al-Furqan ayat 63-64], dipersaksikan sebagai orang yang beriman [surah As-Sajadah ayat 16] dan akan dibezakan darjatnya dengan orang yang malas solat malam [surah Az-Zumar ayat 9]

Solat tahajud merupakan media komunikasi yang berbeza dengan komunikasi yang lain. Ia adalah komunikasi antara Sang pencipta yang  agung dan hambaNya. Apakah engkau telah menyiapakan dirimu untuk hubungan ini? dan apakah engkau termasuk orang-orang yang berkeinginan untuk melakukan hubungan tersebut.

Dan pada sebahagian dari malam,maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepada Nya pada bahagian yang panjang di malam hari (Al-Quran surah al-Insan ayat 26)

Salat tahajud merupakan salah satu ibadah sunah yang banyak dilalaikan oleh kaum muslimin.Walhal, ibadah sunat ini berada setingkat dibawah ibadah wajib solat lima waktu. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad saw, para sahabat dan umatnya untuk melakukan solat tahajud.Allah SWT berfirman yang bermaksud:”Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Quran ini dengan perlahan-lahan (Maksud Surah Al-Muzzammil: 1-4).

Rasulullah saw mengajak kita  untuk berlumba-lumba dalam mengerjakan salat tahajud. Beliau juga mendorong kita untuk bergegas dalam hal ini. Allah swt berfirman yang bermaksd :”Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang-orang berlumba (Al-Quran Surah Al-Muthaffifin ayat 26)

Rasulullah saw tidak sahaja bersungguh-sungguh tetapi juga konsisten dalam melaksanakan solat tahajud, sekalipun dalam keadaan sakit . Pada hal dosa-dosa beliau, yang lalu dan akan datang telah diampuni. Ini menunjukan bahawa  solat tahajud sangat penting dan pahalanya sangat besar disisi Alllah SWT. Apakah kita yang banyak dosa ini tetapi malas untuk mengerjakan solat tahajud.

Orang yang mengerjakan tahajud tentunya tidak sama dengan orang yang tidak mengerjakannya. Bahkan orang yang membiasakan diri dengan tahajud tentunya pula tidak sama dengan orang yang tidak membiasakan diri.Ada banyak manfaat dan keuntungan yang akan diperolehi apabila seseorang itu rajin solat malam.Namun demikian sangat sedikit orang menyedari fadhilat solat malam.

Anugerah yang diberikan oleh AllahSWT kepada orang yang mengerjakan solat tahajud adalah mendapatkan tiket masuk syurga dan menikmati semua kebaikan yang ada di dalamnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud; (Apakah kamu hai orang Musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang-orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri,sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat tuhan nya? katakanlah,”Apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui”? Sesunggunya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”(Al-Quran Surah Az –Zumar ayat 9).

Solat tahajud dan ibadah qiyamullail yang lain adalah sarana berkomunikasi seorang hamba dengan sang Pencipta. Sang hamba merasa nikmat dan selesa di kala memohon doa dan pasrah kepada Penciptanya. Ia berdoa, beristighfar, bertasbih, dan memuji Sang Pencipta. Dan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sesuai dengan janjinya, akan mencintai hamba yang mendekat kepadanya. Kalau Allah swt. mencintai seorang hamba, maka Ia akan mempermudah semua aspek kehidupan hambaNya. Dan memberi berkah atas semua aktiviti sang hamba, baik aktiviti di bidang dakwah, pendidikan, ekonomi, sosial, budaya, mahupun politik. Sang hamba akan dekat dengan Rabbnya, diampuni dosanya, dihormati oleh sesama, dan menjadi penghuni surga yang disediakan untuknya.

Seorang muslim yang istiqamah mengerjakan qiyamullail, pasti dicintai dan dekat dengan Allah swt. Karena itu, Rasulullah saw. menganjurkan kepada kita, “Lazimkan dirimu untuk shalat malam karena hal itu tradisi orang-orang shalih sebelummu, mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa, menolak penyakit, dan pencegah dari dosa.” (HR. Ahmad)

Jika Anda ingin mendapat kemuliaan di sisi Allah dan di mata manusia, amalkanlah qiyamullail secara istiqamah. Dari Sahal bin Sa’ad r.a., ia berkata, “Malaikat Jibril a.s. datang kepada Nabi saw. lalu berkata, ‘Wahai Muhamad, hiduplah sebebas-bebasnya, akhirnya pun kamu akan mati. Berbuatlah semaumu, pasti akan dapat balasan. Cintailah orang yang engkau mahu, pasti kamu akan berpisah. Kemuliaan orang mukmin dapat diraih dengan melakukan shalat malam, dan harga dirinya dapat ditemukan dengan tidak minta tolong orang lain’.

Pada hakikatnya, satu kerugian besar dan penyesalan tidak berkesudahan, manakala kita tidak memotivasikan diri untuk mencintai solat tahajud. Kerugian besar itu akan semakin menjadi bertambah besar tatkala kita sudah dipanggil-Nya memasuki kehidupan yang  hakiki. Kehidupan abadi setelah kematian. Dalam kehidupan setelah kematian itulah takbir-takbir kebenaran dahsyatnya pahala solat tahajud dan segala amal soleh kita dulu yang didustakan orang akan terbukti benar.Keutamaan-keutamaan tahajud dan berbagai ibadah yang dulu diabaikan ternyata kini begitu nyata besar pahala dan kemuliannya. Itu semua akan menjadi sahabat setia sekaligus penolong dari murka malaikat Munkar dan Nakir. Penangkal dahsyatnya himpitan bumi dan ganasnya siksa kubur sehingga di alam barzah tidur kita bagai tidurnya pengantin baru.

Penyesalan setelah kematian adalah penyesalan yang sia-sia, tiada erti. Penyesalan yang mengiris-ngiris kalbu dan hati.Beruntunglah kita kerana saat ini belum meninggal dunia.Kita masih hidup,masih sihat walafiat.Masih banyak kesempatan untuk menperbaiki diri.Hari ini,malam ini,sekarang juga,bertekad kuatlah untuk memulai menegakan solat tahajjud.Setidaknya,kita telah mengawalinya dengan niat yang terbaik.

Dari Abu Malik Al-Asyari,Nabi bersabda:”Sesungguhnya didalam syurga ada ruanganyang luarnya terlihat dari dalamnya dan dalam nya kelihatan dari luarnya,yang di persiapkan Allah bagi orang yang menyedekahkan makanan,lembut dalam bicara,diikuti dengan puasa dan solat malam ketika manusia tidur.”(Riwayat Ahmad)

Oleh Mohd Shauki Majid

No Comments

    Leave a reply