#ApaMaluBossku vs CilakePunyaOrang

 

Nampaknya heboh #ApaMaluBossku bukannya sekadar trivia bahkan ikut menimbulkan fobia kepada sesetengah orang yang terasa pedasnya cili dari spesies dikejar “rindu bayangan”.

Walaupun skrip #ApaMaluBossku bukanlah refleksi budaya “brutal” ia akan tetap dianggap bakal memusnahkan persepsi terhadap kelenturan frasa jika menang, semuanya akan selesai.

#ApaMaluBossku bukanlah satu bentuk ancaman ideologi yang perlu ditakuti sebagaimana telah memungkinkan Perang Dingin antara Barat dan Timur. Ideologi yang subur berkembang di Timur dianggap sebagai musuh yang wajib dimusnahkan kerana ia meruntuhkan tamadun nyah manusiawi. Lahirnya tamadun Barat adalah untuk kepentingan kapitalisma dan kerana itu falsafahnya terbina atas landasan rasional dan kehendak hati.

Itulah juga menyebabkan #ApaMaluBossku cepat melekat di hati orang awam kerana ia membumikan nilai-nilai diri jauh daripada gaya elit dan keterlaluan kawalan, protokol dan resam occasional.

#ApaMaluBossku adalah refleksi ketika berada di ruang awam yang boleh diterima dengan mudah dan sesuai dengan pranata sosial setempat. Ia bukan dalam bentuk tujahan dan paksaan dari atas ke bawah yang kadangkala terlihat saperti paradok.

Kalaupun ada fatwa #ApaMaluBossku dikaitkan dengan perilaku seseorang, ia masih boleh dipertikaikan. Ini kerana kaitan yang cuba dilakukan belum dibuktikan dengan jelas, ia masih dalam kesamaran. Ia umpama meraba dalam gelap dan kebiasaannya, si peraba dalam gelap berkemungkinan tidak ketemu jalan pulang yang terang dan mungkin tersesat arah. Ia telah melanggar prinsip dan peraturan yang dipersetujui sebagai norma hidup, kemasyarakatan dan bernegara. Ia hanyalah sekadar tuduhan yang mungkin betul atau sebaliknya. Orang awam tidak mempunyai keupayaan untuk menghukum, kerana hukuman itu perlu diperkukuhkan dengan bukti dan hak membela diri. Proses ini belum selesai, maka #ApaMaluBossku tidak boleh dikaitkan dengan apa-apa bentuk celaan, culaan dan spekulasi.

Sumber : Facebook Abdul Kahar Harun

No Comments

    Leave a reply