Arab Saudi Pecat Ribuan Imam Penyebar Kebencian

Menteri Luar Negeri Arab Saudi Adel Al-Jubeir, pada Ahad (9/10), kepada wartawan Rusia di Moskow, mengatakan pihaknya telah memecat ribuan imam masjid kerana menyebarkan fahaman keganasan.

“Kami tak akan membiarkan siapa pun menyebarkan ideologi kebencian, mengeluarkan dana untuk ideologi keganasan,” katanya sebagaimana dipetik Arab News. Bagaimanapun beliau tidak menyebut jumlah sebenar imam yang dipecat.

Bagi menangkal fahaman keganasan, ia mengaku negaranya menggunakan pendekatan yang sangat ketat, dengan apa yang Al-Jubeir sebut sebagai “memodenisasi sistem pendidikan guna menghindari kemungkinan salah tafsir terhadap teks agama.”

Al-Jubeir mengatakan, Riyadh akan bekerja sama dengan Moskow dalam perang melawan terorisme. Menurutnya, banyak militan dari kedua negara tersebut yang menjadi pengikut dan bergerak bersama ISIS.

“Mereka menimbulkan ancaman bagi negara kita dan negara-negara lain dari mana saja. Jadi kita perkukuh kerja sama antara kedua negara,” katanya.

Menteri Luar Negeri tersebut juga menuduh Qatar membiayai aktiviti keganasan dan mencampuri urusan negara lain.

“Kami yakin bahawa ada beberapa prinsip yang harus dipatuhi oleh semua negara: Katakan ‘tidak’ pada terorisme, pendanaan terorisme, ideologi dan penyebaran kebencian, dan cubaan untuk mengganggu urusan dalam negeri di negara-negara lain,” katanya.

Dipetik dalam www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply