1MDB dalam satu kenyataan memaklumkan, Asri merupakan Timbalan Ketua Setiausaha yang menyelia pelaburan kerajaan di Perbendaharaan.

Turut diumumkan ialah pelantikan jawatankuasa eksekutif baharu yang dianggotai oleh Datuk Mohammad Faiz Azmi, Datin Rashidah Mohd. Sies dan Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman.

“Exco tersebut telah diamanahkan oleh Lembaga Pengarah 1MDB untuk menguruskan operasi entiti tersebut,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE