ASTRONOMI DI TANAH MELAYU

Dulu sebelum merdeka British melantik ahli astronomi menjadi Surveyor General untuk Jabatan Ukur dan Pemetaan (sekarang JUPEM).

Walau bagaimanapun, British enggan/tidak mahu mendirikan satu pun balai cerap di Malaya kerana British sangat kedekut untuk memajukan bidang astronomi di Malaya. 

Mungkin British beranggapan bahawa orang Melayu tidak perlu belajar dan mengetahui apa itu astronomi.

British membawa masuk peralatan teleskop untuk mencerap gerhana matahari di Malaya pada 9 Mei 1929 tetapi menghantar pulang semua peralatan kemudiannya.

Tetapi British menyumbang peralatan teleskop kepada kerajaan Siam selepas gerhana ini memandangkan Raja Mongkut adalah seorang peminat dan pelajar astronomi.

Begitu juga Raja Chulalongkorn turut meminati astronomi. Raja Melayu yang meminati astronomi hanya seorang saja iaitu Sultan Zainal Abidin Terengganu (di mana kursus ilmu falak kemudiannya diadakan di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin).

Jika British sangat kedekut menyumbang secebis ilmu astronomi untuk orang2 Melayu tetapi tidak sepertimana Belanda di Pulau Jawa.

Belanda telah mendirikan Balai Cerap Bosscha yang sekarang ini terdapat di Institut Teknologi Bandung, Indonesia. Belanda juga membina Tugu Khatulistiwa di Pontianak, Kalimantan.

Semua legasi Belanda di Indonesia adalah bertujuan untuk memberikan sebahagian sumbangan astronomi di Indonesia pada waktu itu dan sekarang hasilnya dapat kita lihat orang Indonesia sangat mahir dalam ilmu falak dan astronomi.

Buku-buku ilmu falak sangat banyak diterbitkan di Indonesia dan purata penerbitan buku ilmu falak di Indonesia melebihi puluhan bahkan ratusan judul dalam masa enam bulan.

Ditambah lagi kebanyakan pesantren dan SMA (Sekolah Menengah Agama) mempunyai silibus ilmu falak dan mempraktikkan ilmu-ilmu falak di sana.

Itulah betapa bezanya legasi tinggalan British di Tanah Melayu dan legasi tinggalan Belanda di Indonesia.

Legasi tinggalan Belanda di Tanah Melayu yang terkenal hanyalah Stadthuys di Melaka, itupun untuk tujuan missionary.

Oleh Dr. Azam Noor

No Comments

    Leave a reply