Asy Syarawi

Muhammad Mutawalli Sya’rawi telah dilahirkan di Mitaghamr Daqhiliayah, Mesir pada tahun 1911 M. Beliau juga turut digelar sebagai Ketua dari fakulti bahasa Arab Universiti Al-Azhar pada tahun 1941 M dan biasa dipanggil dengan nama Asy-Sya’rawi.

Beliau memiliki ijazah serta menjadi tenaga pengajar pada tahun 1943. Pernah menjadi tenaga di Madrasah Diniyah di Thantha, Iskandariah dan Zaqaziq. Selain itu beliau turut memegang jawatan sebagai pensyarah di fakulti Syariah, Universiti Malik Ibnu Abdul Aziz,  Makkah Al-Mukaramah.

Pada tahun 1961, beliau dilantik sebagai Pengarah Dakwah di Kementerian Wakaf, Pengawas Bahasa di Al-Azhar tahun 1962 M, Pengarah Perpustakaan Syaikh Al-Azhar tahun 1964, Pengarah Utama Al-Azhar tahun 1975, serta sebagai  Menteri Perwakafan dan Urusan Al-Azhar tahun 1976.

Asy-Sya’rawi juga terpilih sebagai  anggota Majlis Bahasa Arab pada tahun 1987, anggota Gerakan Pendiri Rabithah Alam Islami di Mekkah, malah dianggap sebagai tetamu kehormat di Universiti Malik Abdul Aziz di Mekah.

Menjadi khatib pada khutbah Arafah di Mekah pada musim haji tahun 1979. Selain daripada itu, beliau juga telah menghadiri ratusan seminar dan simposium bertaraf antarabangsa bagi memberikan pencerahan kembali kepada Islam terutama yang menyentuh aspek  kehidupan kaum Muslimin.

Asy-Sya’rawi turut mendapat anugerah Daulah Takdiriyah tahun 1988. Beliau juga turut mendapat gelaran Doktor Kehormat dari Universiti Mansurah, Mesir, pada tahun 1980. Selain itu, turut terlibat sebagai pembicara dalam siaran langsung Tafsir al-Quran pada setiap hari Jumaat di televisyen Mesir.

Di antara syairnya tentang hijrah Rasulullah s.a.w adalah:

Mohon istirahatlah wahai cahaya yang mulia,

Dan ketampanan agung bagimu tak terlarang segala rahsia,

Katakanlah bagi pencari-Nya, sungguh kamu pemburu kemuliaan,

Mendapatkan petunjuk pada genggaman Jabbar,

Kamu adalah pembela, pejuang yang diharap oleh kaum tertindas,

Setiap sendi duniawi yang tidak dibangun atas agama,

Sesungguhnya bangunan di atas lumpur akan roboh.

Terdapat lagi beberapa karya-karyanya yang lain seperti Al adalah Al-Fatwa Kubra, Min Faidi al-Rahman fi Mu’jizati Al-Quran, Tafsir Al-Quran al-Adzim, Aqidatu al-Muslim, serta Labbaika Allahuma Labaik.

Beliau telah meninggal dunia di Kaherah pada 17 Jun 1998 dan dikebumikan di tempat kelahirannya di Daqhiliyah.

Susunan oleh Ibnu Umar

No Comments

    Leave a reply