AUTORITI KRITIK FILEM KONTROVERSI

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu diiktiraf sebagai badan yang berautoriti untuk mengeluarkan kritikan dan pandangan terhadap filem-filem yang menimbulkan kontroversi.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata, Finas boleh mengkritik filem antarabangsa misalnya filem Muhammad s.a.w yang dihasilkan oleh pengarah terkenal Majid Majidi dengan menelan belanja RM 164 juta.

Bahkan katanya, filem tersebut telah mendapat bantahan umat Islam di seluruh dunia kerana bertentangan dengan prinsip agama, walaupun ia tidak ditayangkan di dalam negara.

Tambahnya, rakyat boleh memuat turun dari internet dan ia juga perlu garis panduan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menetapkan mana-mana filem yang boleh dan tidak boleh ditonton terutama bertentangan dengan prinsip agama.

Di dalam soalan asal Marzuk meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kerajaan bersedia untuk memanfaatkan fungsi Lembaga Penapisan Filem memastikan filem yang ditayangkan kepada umum menepati syariat Islam.

Petikan Harakah Daily pada 4 April 2016

#TANWIR – Minat filem daripada Iran!

Artikel berkaitan: Drama Melayu Tiada Kualiti

No Comments

    Leave a reply