BAHANA PANAS

Musim panas melampau yang berpanjangan akibat fenomena El Nino mula memberi impak apabila enam buah empangan air di seluruh negara dilaporkan surut kritikal.

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, “kesemua empangan tersebut merekodkan paras air kritikal iaitu hanya penuh 20.14 peratus dan 33.9 peratus sehingga akhir Mac lepas. Sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau paras air dan jumlah air diproses untuk kegunaan rakyat di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa 2016 di Putrajaya semalam.

Petikan akhbar Kosmo pada 6 April 2016

#TANWIR – Bumi semakin tua!

Artikel berkaitan: Manusia Punca Bencana Alam

No Comments

    Leave a reply