BANGSA PALING ANGKUH ADALAH YAHUDI

Malaysia mengutuk dan menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, sebaliknya mengiktiraf sepenuhnya bandar suci itu sebagai ibu kota Palestin. Serentak itu, Perdana Menteri menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersatu dan senada bagi memastikan sebarang percubaan mengubah status quo serta keadaan bandar suci umat Islam itu tanpa restu rakyat Palestin, dihalang dan ditolak sekeras-kerasnya.

Tindakan Amerika Syarikat menjejaskan semua usaha mencapai penyelesaian yang adil, komprehensif dan berpanjangan dalam konflik Palestin-Israel. Berikutan itu, penyelesaian masa depan dua negara terbabit terus terumbang-ambing dan rapuh. Sebarang percubaan mengiktiraf Baitulmaqdis atau sebarang perubahan persempadanan sebelum tahun 1967, adalah pelanggaran terhadap hak menentukan masa depan rakyat Palestin.

Dunia mengetahui bahawa tiada bangsa yang lebih jahat dan kejam melainkan Yahudi yang dilaknati Allah SWT itu. Berdasarkan ajaran dan ideologi Zionisme bahawa mereka mempercayai membunuh bangsa lain itu akan beroleh pahala dan ganjaran daripada Tuhan mereka. Ia dilakukan sesuai dengan slogan yang masyhur, “tujuan menghalalkan cara”.

Dalam hal menggambarkan sikap dan perilaku penganut agama Yahudi, ungkapan al-Quran lebih banyak bernada negatif daripada positif. Sejarah membuktikan seperti mana yang dirakamkan di dalam al-Quran, bagaimana penganut agama Yahudi mengalami banyak perubahan dan penyimpangan khususnya dari segi akidah.

Betapa banyak Nabi dan Rasul yang diutus kepada golongan Bani Israel sehingga merasakan merekalah bangsa yang disayangi Tuhan.

Bangsa Yahudi satu-satunya bangsa yang digambarkan di dalam al-Quran yang paling sukar untuk dibentuk, bersifat eksklusif dan suka membangkang. Di samping itu, Yahudi juga terkenal sebagai bangsa yang sombong dan zalim sehingga mereka sewenang-wenangnya membunuh para Nabi daripada golongan mereka sendiri.

Lebih daripada itu mereka menolak mempercayai ayat-ayat Allah dan melanggar perjanjian dengan-Nya. Justeru, kecaman yang terdapat di dalam al-Quran lebih banyak tertuju kepada orang Yahudi.

Bahkan Allah SWT berkali-kali mengingatkan kaum Muslimin untuk tidak mengangkat mereka sebagai pemimpin atau teman-teman akrab (tempat menyimpan rahsia). Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada penganut agama Yahudi sudah tidak asli lagi dan telah mengalami banyak perubahan kerana mengikut hawa nafsu mereka yang jahat.

Implikasi paling utama dalam perubahan kehidupan keagamaan penganut agama Yahudi ialah penyelewengan akidah tauhid kerana pengakuan penganut Yahudi yang menganggap bahawa Uzair adalah anak Allah.

Kedegilan terus menerus kaum Bani Israel dirakamkan di dalam al-Quran tentang pelanggarannya terhadap hukum-hukum Allah SWT yang berkaitan dengan ibadah pada hari Sabtu. Hari yang dianggap hari kelepasan kepada kaumnya seperti disebut di dalam kitab Taurat. Allah SWT kemudian ingin menguji iman mereka dengan mengadakan ikan yang begitu banyak pada hari Sabtu dan telah menjadikan mereka lupa dan menjadi tamak, serta mengikut hawa nafsu dengan menangkap ikan pada hari Sabtu yang dilarang itu. Akibat perbuatan itu akhirnya golongan yang derhaka ini disumpah oleh Allah menjadi kera. (maksud surah al-Baqarah ayat 65).

Demikian juga keengganan ahli al-kitab khususnya Yahudi menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW walaupun sebelumnya mereka menunggu kedatangannya, tetapi disebabkan oleh sifat dengki dan rasa superior yang begitu mendalam menguasai diri, mereka mudah berubah.

Di sebalik bangsa yang paling banyak mendapat bimbingan para Nabi dan Rasul, mereka juga banyak memperoleh nikmat yang tidak pernah dirasai oleh umat lain seperti Allah SWT menurunkan makanan dari syurga iaitu manna (manisan lazat dari syurga) dan salwa (daging burung kecil yang enak). Di samping itu mereka juga diselamatkan daripada ancaman Firaun. Namun mereka tetap tidak berubah dan bersyukur.

Selain daripada itu kaum Bani Israel mempunyai sikap mengutamakan kehidupan materialistik dan menganggap ia adalah segala-segalanya yang boleh menyelamatkan mereka daripada ancaman yang berbahaya.

Sejarah juga mencatat perdebatan, dialog dan polemik keagamaan sering terjadi antara umat Islam dan Yahudi. Sebagaimana berlangsung antara Islam dan Kristian, dialog dan polemik keagamaan antara Islam dan Yahudi juga berlangsung pada abad ke-8 dan ke-9 di Istana Kekhalifahan Abbasiyah (Bani Abbas) di Baghdad.

Sejak akhir abad ke-19, di pelbagai belahan dunia Islam mulai berkembang perasaan dan sikap anti-Yahudi yang amat mempengaruhi hubungan umat Islam dan Yahudi selanjutnya.

Hal ini pada awalnya bersumber daripada kekhuatiran kaum Muslim akan implikasi Zionisme, sebuah ideologi politik yang didirikan oleh para pemuka Yahudi sekular sebagai reaksi atas sikap anti-Semitisme (sikap anti-Yahudi) di Eropah.

Sebagai reaksi terhadap anti-Semitisme itu, para pemimpin Yahudi sekular mendirikan gerakan Zionisme. Theodore Herzl yang disebut sebagai pengasas Zionisme, menulis bukunya, Der Judenstaat (Negara Yahudi) pada tahun 1896. Muktamar Zionis pertama diadakan di Bassel, Switzerland pada tahun 1897. Para perintis gerakan ini terdiri daripada orang Yahudi sekular dari Jerman dan Austria.

Bagi mereka, keyahudian merupakan identiti nasional, bukan agama dan Zionisme adalah nasionalisme daripada suatu bangsa yang belum mempunyai negara. Cita-cita mereka ialah mendirikan sebuah negara nasional sekular bagi umat Yahudi.

Kelahiran gerakan Zionisme tidak ada sangkut-pautnya dengan Yahudi sebagai agama. Faktor pendorong utamanya adalah keberadaan umat Yahudi yang hanya dianggap sebagai paria di Eropah. Tujuan Zionisme hendak dicapai melalui dua cara utama.

Pertama, membebaskan orang Yahudi daripada pemaksaan agama dengan memberi mereka sebuah tanah air, tempat mereka dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan keamanan politik. Kedua, membangun sebuah kebudayaan yang murni Yahudi, tempat umat Yahudi dapat mengekspresikan semangat keyahudian mereka.

Namun pilihan Zionisme akan Palestin sebagai rumah nasional bagi bangsa Yahudi telah mengaitkan cita-cita mereka dengan sejarah sakral (suci) Yahudi yang tercantum dalam kitab suci Taurat. Inilah yang menyebabkan gerakan Zionisme semakin diwarnai simbol keagamaan.

Dengan perisytiharan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1948, perasaan anti-Yahudi di kalangan kaum Muslim mulai kuat. Sejak tarik itu terusirlah warga asli Palestin yang sebahagian besarnya adalah Muslim.

Perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali tanah air mereka yang diduduki Israel berlangsung hingga sekarang.

Oleh Mohd Shauki Majid

No Comments

    Leave a reply