Beberapa Penyakit Yang Menyebabkan Terbatalnya Perkahwinan

Pernikahan merupakan sesuatu yang sangat dinantikan dalam hidup. Harapan yang melambung tentang indahnya pernikahan dan kebahagiaan yang akan didapatkan di masa depan seringkali menghinggapi hati sepasang insan yang akan membina mahligai rumah tangga.

 

Namun demikian, ada beberapa kejadian ketika harapan tidak sesuai dengan kenyataan. Ketidakseimbangan harapan dan kenyataan itu seringkali menjadi punca kepada beberapa pasangan suami istri untuk memilih berpisah.

 

Tidak boleh sewenang-wenang membuat alasan dalam membatalkan pernikahan. Dalam literatur fiqh klasik, alasan yang menjadi asas kepada terbatalnya pernikahan disebut sebagai aib nikah.

 

Dipetik daripada Imam Abu Suja’ dalam Matan al-Ghâyah wa Taqrîb, berikut ini adalah beberapa aib nikah yang boleh menjadi alasan terbatalnya pernikahan.

 

وترد المرأة بخمسة عيوب بالجنون والجذام والبرص والرتق والقرن ويرد الرجل بخمسة عيوب بالجنون والجذام والبرص الجب والعنة.

 

“Seorang perempuan terbatal pernikahannya disebabkan lima aib, yakni: gila, judzam, barash, rataq, dan qarn. Sedangkan lelaki terbatal pernikahannya disebabkan lima aib, yakni gila, judzambarashal-jubb, dan al-‘anat.”

 

Dari keterangan di atas dapat difahami bahawa ada lima macam aib yang boleh mengakibatkan seorang perempuan terbatal untuk dinikahi, yakni:

 

  1. Gila, baik penyakit gila ini bersifat tetap atau sementara. Dalam hal ini, hilangnya akal akibat penyakit epilepsi, pingsan, atau tidak siuman tidak termasuk dalam kategori gila.

 

  1. Judzam, ialah sejenis penyakit ketika organ tubuh seseorang memerah, kemudian menghitam, dan organ tersebut terputus. Penyakit ini boleh menyebar ke seluruh organ tubuh.

 

  1. Barash, ialah sejenis penyakit kulit yang membuat kulit menjadi memutih. Memutihnya kulit tersebut merupakan akibat dari matinya sel-sel darah pada kulit.

 

  1. Rataq, ialah keadaan ketika faraj seorang perempuan tertutupi oleh daging.

 

  1. Qarn, ialah keadaan ketika faraj seorang perempuan tertutupi oleh tulang.

 

Sementara bagi seorang lelaki, juga terdapat lima penyakit yang menyebabkan ia ditolak pernikahannya, yakni:

 

  1. Gila

 

  1. Judzam

 

  1. Barash

 

  1. Al-jubb, ialah keadaan terputusnya zakar lelaki baik seutuhnya ataupun sebahagian.

 

  1. Al-‘anat, ialah keadaan ketika zakar lelaki tersebut utuh, namun lemah akibat keadaan kejiwaan ataupun alasan perubatan lainnya.

 

Itulah beberapa penyakit yang dalam literatur fiqih klasik boleh mengakibatkan terbatalnya pernikahan. (nu.or.id)

No Comments

    Leave a reply