BERDAKWAH BERJIHAD MENEGAK KAN ISLAM

Hijrah Rasullah saw ke Madinah adalah bemulanya titik-titik kejayaan yang abadi kepada dakwah Islamiah selepas kerajaan Rome dan Parsi yang menjadi gergasi di Timur dan Barat  tumbang oleh tekanan Islam.

Walaupun tempoh hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah saw bersama sahabat-sahabatnya dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah ketika itu telah berakhir semangat hijrah yang banyak hikmah itu dijadikan iktibar untuk meneruskan perjuangan dakwah dan berkorban demi  kebaikan ummah.

Malah hijrah itu juga telah mengajar makna perpaduan setelah kebijaksanaan baginda saw berjaya mempersaudarakan dua golongan Muhajirin dan puak Ansar sekaligus menyatukan dua kumpulan Aus dan Khazraj yang sebelum ini saling bermusuhan. Baginda  juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani untuk mewujudkan suasana damai dan harmoni.

Sebab itu, dalam usaha kita untuk berdakwah, perlulah mengambil iktibar  dalam dunia kini yang banyak kegiatan dan gerak kerja Yahudi  menguasai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengawasi sama usaha media Massa dan alat-alat siaran am yang di lihat begitu ghairah untuk ikut berdakwah selain memajukan bidang teknologi maklumat itu.

 Kita sendiri perlulah mempunyai sifat dan peribadi Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika mendirikan Negara Madinah di hadapan orang-orang Yahudi yang menjadi sebahagian daripada penduduk Madinah sekaligus menteladani komitmen baginda membaiki dan membangunkan ummah.

Rasulllah saw dan para sahabat mempunyai keimanan dan kekuatan akidah serta  akhlak yang mulia. Sifat keislaman yang ditegakkan di dalam diri, keluarga dan masyarakat dapat dijadikan benteng yang kukuh daripada perancangan dan tipudaya dari kaum yahudi untuk melemahkan umat Islam sehinggalah dapat mengislamkan segelintir daripada pemimpin-pemimpin kaum Yahudi.

Pada masa yang sama, kita hendaklah mengambil kewajipan dakwah selain dari jihad yang terdapat  lebih 70 ayat di dalam al-Quran membicakan jihad pada jalan Allah swt sekaligus di syariatkan kepada umat Islam di dalam kehidupan dunia sebaris dengan kefarduan lain seperti solat, puasa dan zakat.

Kepentingan dakwah dan jihad di sisi Islam bukan sahaja menjadi paksi utama untuk menegakkan ad-Din Islam malah merupakan antara tuntutan fardu setiap individu umat Islam untuk kembali kepada ajaran Islam yang tulin sebagaimana yang telah disampaikan oleh baginda Rasulullah saw kepada umatnya.

Sebab itu, kita perlu melihat setelah beberapa tahun Negara menekmati pembangunan dan perkembangan ekonomi sehingga menganggap bahawa negara kita paling maju di kalangan negara-negara membangun, tiba-tiba dilanda oleh masalah ekonomi sehingga ada pemimpin negara  menyalahkan orang-orang Yahudi dan Negara-negara bukan Islam.

Perlu dingat  bahawa Rasulullah telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri dari berbagi-bagai puak dan keturunan menerusi kalimah Syahadah ‘Laailahailllallah-Muhammadun-Rasulullah”. Kalimah yang merupakan lambang ke Islaman tulin itu adalah bahtera penyelamat bagi Umat Islam di dunia dan akhirat. Tidak ada kalimah suci bagi umat Islam lebih dari itu.

Apa yang menjadi tandatanya kini, setengah pihak sanggup mengenapikan lambing yang ditetapkan oleh Allah swt dan Rasulullah ini dengan bahtera lain, bukan dua kalimah syahadah’ yang menjadi penyelamat kepada umat manusia sekaligus menjadikan umat Islam dalam kebingongan dan kekeliruan.

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengucap ‘Lailaha-Illallah’ nescaya dapat memasuki syurga”. Ini sekaligus hadis ini memberi pengertian bahawa ucapan dua kalimah syahadah itu merupakan batas antara kufur dengan iman, walaupun  seseorang itu melakukan kejahatan.

Dalam hal ini, selagi dia beriman, maka dia akan memasuki syurga akhirnya, sesudah menerima balasan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Sebab itu, kita hendaklah menyedari tentang kebersihan yang merupakan salah satu dari ciri keimanan sebagaimana sabda Rasulullah saw bermaksud: “ Kebersihan itu adalah sebahagian dari tanda beriman”.

Maksud bersih itu meliputi semua aspek dari sudut lahir dan batin baik dari segi fizikal, pakaian, tempat dan kampung halaman, juga dari sudut batin, hati  dan mental dengan memberi penekakan konsep dakwah secara lemah lembut dan mesra supaya kembali kepada jalan Allah dan memperelokkan perjalanan hidup.

Rasulullah pernah berpesan kepada Abu Musa dan Muaaz Radiallah Hu-Anhuma sebelum kedua sahabat baginda itu bertugas menyeru Islam di Yaman maksudnnya: “ Hendaklah kamu permudahkan (dakwah) dan jangan menyusahkan dan gembirakan (hati mereka yang didakwah) dan jangan diliarkan hati mreka, datangilah mereka dengan keadaan selesa dan sedia mendengar”.

Oleh itu, sudah sampai masanya, kita berperanan menyampaikan dakwah dengan cara yang lunak dan mesra tetapi berkesan, mengajak dan menyeru sesama  kita berkongsi pengalaman sekaligus berdakwah kepada jalan Allah sebagaimana kewajipan utama yang diperintihkan kepada Rasulullah saw.

Ini selaras dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 55, bermaksud:” Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnnya  peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin khasnya mereka yang beriman”.

Dari sini, dapatlah di simpulkan bahawa umat Islam sentiasa di ajak berdakwah dengan mengikut jejak Rasulullah saw. Kita juga bertanggungjawab menyeru, mengajak dan membimbing orang-orang di sekeliling kita supaya turut sama berada di atas jalan Allah ‘dinul-Islam sekaligus berdakwah dengan penuh kebijaksanaan, berbincang, bertukar-tukar fikiran atau berdialog dengan kaedah yang paling baik serta berkesan. Sayugia diingatkan berdakwah secara halus dengan nasihat yang mesra, penuh kasih sayang dan cuba menghindarkan unsur-unsur mengugut dan menakut-nakutkan atau menghukum.

Oleh kerana di negara kita terdiri dari masyarakat majmuk dan terus  mengekalkan keharmonian dan kerjasama antara kaum, walaupun kebebasan beragama dibenarkan, pendekatan yang sangat praktikal lagi berkesan untuk berdakwah adalah sesuatu yang menjadi keperluan dan tanggungjawab bersama.. Apa lagi, ianya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan atau agama negara. Bagaimanapun agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Jadi, beberapa panduan untuk diamalkan bersama diperturunkan dalam usaha menyahut seruan dakwah Rasulullah saw:-

*Memberi salam dan berdoa semasa mula bertemu atau berkomunikasi dan sebelum berpisah

*Menggunakan ucapan-ucapan yang positif, bahasa yang lembut, tepat dan menyenangkan telinga pendengar

*Berbuat baik dan wujudkan kemesraan sebelum memberi sasaran dakwah

*Permudahkan cara dan ceriakan hati orang yang dinasihati dengan menghindarkan sebarang ugutan atau menakutkan seperti menghukum

*Zahirkan muka yang berseri dengan senyuman dan menghadapkan wajah dan seluruh tubuh sebagai tanda perhatian penuh kepada sasaran.

Apapun di Negara kita, dalam usaha mengukuhkan Islam, Perlembagaan telah memperuntukkan dalam Perkara (11) (4) bahaya dakyah (seruan) agama lain kepada umat Islam adalah dilarang. Walaupun demikian, agama Islam turut mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak penganut agama lain.

Pengajaran paling penting adalah kita dilarang berlaku tidak adil terhadap mereka hanya disebabkan perbezaan agama. Sebaliknya jika hak Islam digugat, kedudukan Islam dipertikai, umat Islam diperkotak-katikkan, maka barulah Islam mengizinkan umatnya bertindak mengikut lunas-lunas sebagaimana yang digariskan oleh syarak.

Dalam sebuah hadith memberi gambar jelas melarang barangsiapa yang menyakiti orang bukan Islam seperti diriwayatkan Abu Daud memberi  isyarat  bahawa Islam menggalakkan umatnya menghormati semua agama dan kaum kerana Islam menuntut kita supaya saling hormat menghormati sesama manusia.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa jangan sampai mencampur adukkan perbuatan yang melibatkan keagamaan sehingga mereka menganggap agama Islam mengiktiraf agama mereka setaraf dengan agama Islam yang suci ini.

Firman Allah dalam Surah Ali-imran Ayat 19 bermaksud: “Sesungguhnya agama yang”benar di sisi Allah hanyalah Islam dan malah   agama Islam mengajar umatnya agar bertoleransi terhadap agama lain akan tetapi kita perlu berhati-hati supaya toleransi ini tidak membuatkan kita tergelincir pegangan aqidah dengan cara menghormati patung berhala yang mereka sembah.

Sejarah nabi Muhammad saw ketika mana pembesar kaum Quraisy pada ketika itu memikirkan cara untuk menghentikan dakwah baginda  sehingga pada suatu ketika mereka akhirnya menemukan suatu cara iaitu dengan cara toleransi beragama.

Namun toleransi beragama yang dimaksudkan oleh para kafir Quraisy itu pada saat mereka menyembah berhala, mereka mengajak kaum Muslimin untuk ikut bersama menyembah berhala mereka. Sebaliknya bila kaum Muslimin solat Jumaat mereka juga akan ikut sekali solat Jumaat.

Lalu Nabi merenung sejenak dan kemudian turunlah Surah Al-Kafirun yang isinya menolak ajakan kaum kafir Quraisy. Firman Allah dalam Surah Al-Kafirun Ayat 1 hingga 6 bermaksud: “Katakanlah (Muhammad) Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untuk ku agamaku”.

Dalam situasi masyarakat yang berada dalam kejahilan terhadap Islam, usaha dakwah mesti dipergiatkan bukan sahaja kepada masyakat muslim bahkan juga kepada bukan muslim. Semua pihak mesti memainkan peranan dakwah kepada masyarakat.

Jika kita hanya membataskan dakwah kepada masyarakat muslim sahaja, apakah jawapan kita nanti jika di akhirat seorang bukan Islam membela dirinya dari dihumban ke neraka dengan mengadu kepada Allah bahawa dia sememangnya tidak pernah mendengar mengenai Islam? Apa lagi alasan yang mampu  kita berikan?

Ini sesuai dengan Islam bukan agama yang memaksa. Seseorang yang tidak beragama Islam, kita tidak boleh memaksa mereka agar menerima Islam, tetapi tugas yang Allah berikan kepada kita adalah berbincang, berwacana, menyeru dan mengajak mereka kepada Islam dengan bijaksana yang ada atas nama Dakwah Islamiyyah.

Ini selaras dengan firmah Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 15 bermaksud: “Orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tidak ragu-ragu lagi untuk berjihad dengan harta benda dan diri mereka ke jalan Allah”.

Mereka mengambil iktibar dari sejarah sebelum kedatangan Islam dan turunnya al-Quran, tidak ada perpaduan di kalangan orang-orang Arab. Tidak ada undang-undang yang dapat mendamaikan permusuhan sesama mereka kecuali undang-undang rimba iaitu siapa yang kuat dialah yang lebih berkuasa seperti mana terkandng dalam surah al-Imran ayat 103 bermaksud:

“Berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai. Dan kenanglah nekmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan, bila mana Allah menyatukan hati-hati kamu sehingga jadi bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran  kamu semasa jahiliah, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nekmat Islam juga)”.

Sama-samalah kita mengambil contoh tauladan dalam kerja dakwah ini dengan melihat kembali peristiwa umat Islam terdahulu di timpa bala dan bencana akibat mereka meninggalkan ajaran yang dibawa oleh Rasullullah saw yang di utuskan oleh Allah kepada mereka bilamana maksiat yang di lakukan secara terang-terangan tidak disembunyikan lagi, malah mereka berbangga pula dengan maksiat  itu.

Perkara ini termaktub pada ayat 78 dan 79 surah al-Maedah seperti firman Allah swt bermaksud: “ Di laknat orang-orang kafir daripada kaum Nabi Israel melalui lidah nabi Daud dan Isa bin Meriam kerana mereka melakukan maksiat dan melampaui batas. Sesungguhnya meeka tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan sedangkan betapa buruk perbuatan yang mereka lakukan.”

 Dengan ini, kita hendaklah sedar dan faham betapa ajaran yang di bawa oleh Rasululllah saw adalah bertujuan untuk membela dan menghindarkan umatnya daripada segala bahaya dan pancaroba dunia serta bahaya  dan kedahsyatan seksa di akhirat.  Tentunya,setelah rasa cinta terhadap Rasulullah saw serta ajaranya telah tertanam dan meresap kejiwa kita, barulah akan lahirnya satu keyakinan yang mendalam terhadap kebenaran.

Ini sekaligus kemampuan ajaran yang dibawa oleh baginda  itu dapat menyelamatkan diri, keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruhnya samaada di dunia mahpun di akhirat.

Kita perlu contohi betapa keberkatan dan kesabaran, kesungguhan dan kegigihan baginda dalam menyampaikan risalah dakwah sehingga berjaya membentuk umat Islam yang berkualiti dan cemerlang dengan mempunyai kemantapan akidah, berakhlak mulia dan berbudi pekerti luhur, berpegang teguh kepada ajaran Islam yang maha suci sehingga menjadi terkenal dan dikagumi suatu ketilka dahulu.

Jadi, sudah sampai masanya, kita berusaha dan berjanji untuk sama-sama mencontohio jejak langkah baginda saw bukan sahaja dalam menyampaikan dakwah, malah delam semua bidang kehidupan kita supaya kita menjadi contoh kepada umat Islam lain di dunia ini

Oleh: Haji Mohamed Jusoh

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply