Bermula 2018 Wanita Arab Saudi Akan Dibolehkan Memandu Kereta

Raja Arab Saudi Salman bin Abdul Aziz as- Saud memerintahkan untuk menarik balik peraturan yang mengharamkan kaum perempuan memandu kenderaan.

“Dekrit kerajaan akan memerintahkan penerapan peraturan lalu lintas, termasuk dikeluarkannya lesen memandu bagi kaum laki-laki dan perempuan,” demikian pernyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi Saudi Press Agency (SPA).

Ditambahkan pula bahawa peraturan baru tersebut harus sesuai dengan hukum Islam, namun tidak ada penjelasan lebih lanjut.

Menurut SPA hampir semua anggota dewan pakar agama menyokong keputusan tersebut.

Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat di Washington DC menyambut baik perkembangan ini dengan menyebutnya sebagai ‘langkah ke arah yang benar’.

Perintah yang akan berkuatkuasa pada Jun tahun depan tersebut dikeluarkan setelah kaum perempuan dan para aktivis hak asasi manusia memperjuangkan hak mereka selama bertahun-tahun.

Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang megharamkan kaum perempuan untuk memandu kenderaan.

Sebelumnya, beberapa perempuan didenda dan dipenjarakan kerana melakukan aktiviti tersebut.

Bagaimanapun, pekan lalu, seorang ulama Saudi mencetuskan kemarahan orang ramai setelah mengatakan kaum perempuan terlalu bodoh untuk memandui kereta.

No Comments

    Leave a reply