Bolehkah minum berdiri?

Minum secara berdiri diharuskan, tetapi duduk lebih afdhal.

minum

Antara yang menjadi perbualan adalah bolehkah kita minum sambal berdiri? Ini kerana ada situasi tertentu yang tidak memungkinkan kita mencari tempat duduk untuk minum. Tambahan pula, ada sesetengah kafe yang menawarkan khidmat segera dan ‘take away’ yang memang tidak menyediakan kerusi untuk pelanggan duduk.

Ada tiga hadis menceritakan Nabi Muhammad SAW minum sambal berdiri. Antaranya hadis yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, beliau menceritakan: “Bahawasanya Nabi SAW minum air zamzam sambal berdiri”. (Sahih Muslim).

Dalam satu hadis lagi yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqqas r.a, beliau menceritakan: “Bahawasanya Nabi SAW minum air sambal berdiri”. (Kasyful al-Atsar, Imam al-Bazzar – status hadis isnadnya daif tetapi matannya mempunyai hadis yang menyokong sebelum ini.

Bagaimanapun, ada juga beberapa hadis yang menunjukkan baginda SAW melarang umatnya minum sambal berdiri. Antaranya sabda Nabi SAW yang bermaksud: Nabi SAW menegah daripada minum sambal berdiri (Sahih Muslim).

Untuk menyelaraskan antara hadis-hadis yang kelihatan bertentangan itu, dinukilkan beberapa pandangan ulama. Hadis yang melarangnya telah dimansuhkan oleh hadis yang mengharuskannya. Ini adalah pandangan al-Atstam dan Ibn Syahin. Adapun hadis yang mengharuskan minum secara berdiri juga ialah dimansuhkan oleh hadis yang melarangnya. Ini adalah pandangan Ibnu Hazm. Hadis yang melirang ini menunjukkan amalan yang sebaik-baiknya iaitu yang terbaik adalah minum sambal duduk.

Kesimpulannya, berdasarkan pandangan yang rajih, minum sambal berdiri adalah harus. Bagaimanapun yang terbaik adalah minum sambil duduk.

Dipetik dari: Utusan Online 1 Julai 2019

No Comments

    Leave a reply