Bom Buatan Malaysia Untuk Lancar Serangan Di Selatan Thailand – Jeneral Tentera Thailand

Menurut Komander Tentera Wilayah 4, Lt Jen Piyawat Nakwanich, bom buatan sendiri itu akan digunakan oleh nilitan untuk melancarkan serangan selepas bulan Ramadan.

“Hasil siasatan, kami mendapati bom itu diseludup dari Malaysia, tetapi kami perlu menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan sama ada ia diseludup dalam bentuk lengkap atau sebahagian dan kemudian dipasang semula di negara ini,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

JenPiyawat, pegawai tertinggi tentera Thailand di selatan negara itu ditanya mengenai rampasan bom buatan sendiri di pusat pemeriksaan polis di Kampung Saring, Takbai tiga hari lalu. Seorang pemandu trak berusia 39 tahun ditahan.

Turut dirampas ialah alat pemasa bagi bahan peledak dan beberapa peranti komunikasi, yang menurut pegawai Explosive, Ordnance and Disposal (EOD) di tempat kejadian, ia digunakan untuk meletupkan bom itu, yang berat masing-masing 500 gram, dengan menggunakan alat kawalan jauh. – BERNAMA

No Comments

    Leave a reply