Britain Pengeksport Terbesar Ganja

Laporan International Narcotics Control Board, menunjukkan bahawa Britain merupakan penghasil ganja sah terbesar di dunia.

 

Britain memproduksi 95 ton dadah jenis kanabis pada 2016, atau 44,9 peratus dari jumlah keseluruhan produksi ganja sah di seluruh dunia. Pesaing utamanya adalah Kanada dengan 80,7 ton.

 

Sebanyak 2,1 ton ganja Britain diekspor, yang mencakupi 67,7 peratus ekspor kanabis dunia. Negara pengekspor terbanyak kedua adalah Belanda dengan 16,4 peratus.

 

Kerajaan Britain sampai masa ini masih mengharamkan penggunaan ganja untuk kepentingan perubatan, dengan alasan “tidak memiliki nilai terapi.” Akan tetapi, ada satu ubat berasas kanabis di Britain, dikenali dengan Sativex, yang merupakan ganja dalam bentuk cecair. Ubat buatan GW Pharmaceuticals itu menggunakan ganja sah yang dihasilkan Britain. Sativex diberikan kepada pesakit penderita multiple sklerosis dengan peskripsi doktor menerusi National Health Service (NHS) yang berpusat di negara Wales. (hidayatullah.com)

No Comments

    Leave a reply