‘Bulan berdarah’ muncul esok

Bulan berdarah’ muncul esok LONDON: Bulan berdarah akan muncul pada waktu malam di banyak lokasi dunia esok dalam fenomena yang menyaksikan bulan bergerak ke bayang bumi untuk menjadi gerhana paling panjang dalam kurun ke-21.

Menurut Pentadbir Aeronautik dan Angkasa Nasional (NASA), gerhana bulan penuh itu akan berterusan selama satu jam, 43 minit dan 57 saat kemudian diikuti gerhana separa, menjadikan gerhana selama tiga jam dan 54 minit.

“Ia dipanggil bulan darah kerana cahaya matahari melalui atmosfera bumi bertukar merah sebelum sampai ke bulan, sama seperti cahaya merah ketika matahari terbenam,” kata profesor astronomi University of Cambridge, Andrew Fabian. – Reuters

No Comments

    Leave a reply