Cara Rasulullah Mengenali Umatnya

Dikisahkan, ada seorang lelaki yang tidak pernah membaca solawat nabi. Suatu ketika dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Tapi peliknya, Rasulullah SAW berpaling muka darinya.

Tidak lazim atas apa yang dilihatnya, lelaki itu memberanikan diri bertanya, “Wahai Rasulullah SAW Apakah engkau marah kepadaku?” tanya lelaki itu.

“Tidak.” jawab Rasulullah.

“Mengapa engkau tidak memandang ke arahku?”

“Kerana aku tidak mengenalmu.”

“Bagaimana boleh? Aku adalah salah satu dari umatmu. Ulama meriwayatkan bahawa engkau (Rasulullah) mengenali umatmu seperti seorang ibu pada anak kandungnya.”

“Para ulama benar. Tetapi kamu tidak pernah menyebutku dalam solawat. Aku mengenali umatku sesuai jumlah solawat yang mereka baca untukku.”

Lelaki itu tiba-tiba terbangun dari mimpinya. Dia berjanji pada dirinya, mulai hari itu akan membaca solawat nabi seratus kali dalam sehari. Dan akhirnya dia mampu menjalankan janjinya itu.

Dalam kesempatan lain, lelaki itu bermimpi lagi bertemu Rasulullah SAW. Beliau bersabda, “Sekarang aku mengenalimu dan kelak akan memberikan syafaat kepadamu.”

Bahagia lelaki itu mendengarkan kata-kata dari orang yang sangat dicintainya itu.

Mahukah kita merasakan kebahagiaan yang sama seperti orang tadi, bahkan lebih dari itu? Maka bersolawatlah! (nu.or.id)

No Comments

    Leave a reply