China hanya ‘mendidik’, bukan menindas Muslim

Laporan penahanan beramai-ramai etnik Uighur dan beberapa etnik Muslim lain di barat China mencetuskan kemarahan dunia.

Ia sehingga memaksa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempertimbangkan sekatan terhadap individu dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan salah laku hak asasi manusia.

“Ia bukan penindasan. Apa China buat adalah menubuhkan pusat latihan profesional dan pusat pendidikan. Jika kamu kata ia bukan cara terbaik, mungkin ia perlu untuk menangani Islam dan pelampau agama.

“Barat gagal mengendalikan pelampau Islam. Lihat Belgium, Paris dan beberapa negara Eropah lain. Kamu sudah gagal,” kata pengarah publisiti, Biro Hal Ehwal Hak Asasi Manusia Pejabat Penerangan Majlis Negara, Li Xiaojun. – Reuters

No Comments

    Leave a reply