Dakwah Kepada Pemabuk

Salah satu kebiasaan Imam Abu Yazid (804-874 M) adalah sering berjalan-jalan di sekitar pemakaman. Suatu malam ketika dalam perjalanan balik, beliau bertemu dengan seorang bangsawan muda yang sedang memainkan barbath (semacam kecapi). Imam Abu Yazid secara spontan mengatakan: “La haula wa la quwwata illa billahi” sebagai bentuk memohon perlindungan Allah.

 

Pemuda itu tengah mabuk dan memukul kepala Imam Abu Yazid dengan barbathnya, hingga barbathnya pecah. Kepala Imam Abu Yazid pun berdarah. Dia kembali ke tempatnya dan memanggil salah seorang kawannya. Imam Abu Yazid memberikan kepada temannya sebuah barang yang dibungkus kemas sembari mengatakan: Sampaikan maafku pada fulan dan berikan ini padanya serta sampaikan perkataanku ini:

 

الدراهم ثمن بربطك الذي كسرته علي رأسي, والحلوي عوض الغصّة التي حصلت لك أوان الضرب

 

“wang dirham ini adalah ganti rugi atas barbath tuan (semacam kecapi) yang hancur kerana kepalaku, dan kueh ini untuk menghilangkan kesedihan tuan sebab (hancurnya barbath tuan) ketika memukulkannya (ke kepalaku).” (Fariduddin Attar, Tadzkirah al-Auliya’, alih bahasa Arab oleh Muhammad al-Ashiliy al-Wasthani al-Syafi’i (836 H), Damaskus: Darul Maktabi, 2009, hlm 193).

 

Setelah pemuda bangsawan itu mengetahui, bahawa orang yang dipukulnya tadi malam adalah Imam Abu Yazid, dia sebak dan bergegas mendatanginya untuk meminta maaf dan bertaubat.

 

Akhlak Imam Abu Yazid ini mengandungi dua dimensi, iaitu dimensi pembersihan hatinya sendiri dan dimensi dakwah. Dimensi pertama, ketika mengucapkan “la haula wa la quwwata illa billah,” ada seberkas prasangka bahawa dirinya lebih baik dari pemabuk yang sedang bermusik di jalanan. Amal ibadahnya selama ini membuka pintu ‘ujub dan takabbur dalam hatinya, seakan mengemukakan perkataan halus, “ana khairun minhu—aku lebih baik darinya.”

 

Karena itu, ia memandang pentingnya taubat dari keterjebakan ketaatan agar tidak seperti Iblis. Ia berkata: “Taubatun al-ma’shiyah wahidah, wa taubatun al-tha’ah alfu taubatin—taubat maksiat itu satu nilainya, sedangkan taubat taat itu seribu nilainya.” (Dr. Abdul Halim Mahmud, Abu Yazid al-Bistham, Kairo: Darul Ma’arif, tt, 111).

 

Menurut Syekh Abdul Halim Mahmud (1910-1978 M), konsep taubat Imam Abu Yazid ini berdasarkan pada ayat (Q.S. al-Baqarah [2]: 221: “Inna Allah yuhibbu al-tawwabin—sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang memperbanyak taubatnya”, atau secara terus menerus.

 

Lafaz yang digunakan Al-Qur’an adalah al-tawwabin yang bererti orang yang banyak atau memperbanyak taubatnya, bukan al-ta’ibin (orang yang bertaubat). Tujuannya adalah, untuk menjaga pintu hati tidak mudah disusupi oleh sifat takabbur, sum’ah dan ‘ujub.

 

Dimensi kedua (dakwah), dengan menyampaikan permohonan maaf dan mengganti alat musik yang pecah sesuai dengan harganya, meskipun kedudukan Imam Abu Yazid di sini adalah sebaga mangsa, meninggalkan keharuan dan kesan mendalam di hati pemuda itu. Ditambah sikap ambil berat Imam Abu Yazid atas kesedihan hati pemuda itu kerana barbathnya yang rosak, sehingga pemuda itu mengalami keharuan yang disebabkan oleh akhlak mulia seseorang, yang sama sekali tidak pernah sekalipun terlintas di benaknya, bahawa ada orang yang mampu bertindak di luar perkiraan.

 

Akhirnya, pemuda itu berlari menghampiri Imam Abu Yazid al-Bistham, memohon maaf dan menyatakan diri bertaubat. Taubat pemuda bangsawan itu bukan kerana terancam oleh sesuatu, tapi kehalusan budi Imam Abu Yazid al-Bistham.

 

Sehingga Fariduddin ‘Attar menggambarkan taubatnya pemuda itu dengan kalimat: “Taba min al-ma’ashi bi barakah dzalika al-huluq al-husn al-shadir ‘an Abi Yazid rahima Allah—pemuda itu bertaubat dari segala kemaksiatan kerana berkah akhlak mulia yang keluar dari diri Abu Yazid, semoga Allah merahmatinya.” (Fariduddin ‘Attar, Tadzkirah al-Auliya’, hlm 193).

 

Akhlak mulia itu bersumber pada kesinambungan taubat, di manapun tempatnya dan bila-bila masa. Baginya, taubat tidak perlu harus bermaksiat dulu, taubat seharusnya dilakukan setiap saat, untuk menjaga hati kita dari sifat-sifat tercela. Semoga bermanfaat. Wallahu a’lam.

 

Oleh

Muhammad Afiq Zahara, alumnus Pondok Pesantren al-Islah, Kaliketing, Doro, Pekalongan dan Pondok Pesantren Darussa’adah, Bulus, Kritig, Petanahan, Kebumen.

Dipetik dalam www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply