Dewan Rakyat bersidang 18 Mei

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat yang dijadual bersidang pada 9 Mac ini ditangguhkan ke 18 Mei depan

BH Online melaporkan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, berkata surat makluman berhubung tarikh baharu itu diterima malam tadi.

“Surat sudah diterima malam tadi. Kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh Parlimen pagi ini.

“Tiada persidangan pada 9 Mac (Isnin). Tarikh baharu Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei 2020,” lapor BH.

Sidang Dewan Rakyat dijadualkan pada 9 Mac ini sehingga 16 April depan dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mohamad Arif fketika bercakap kepada para wartawan kelmarin berkata, pihaknya masih menunggu sebarang perkembangan terkini sama ada sidang diteruskan atau sebaliknya.

“Saya masih menunggu balasan,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran buku Malaysia Parliamentary Procedure di Parlimen.

Ahad lalu Mohamad Ariff dilaporkan berkata, beliau akan menulis secara rasmi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menanyakan sama ada Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 9 Mac ini atau ditangguhkan. – MalaysiaGazette

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply