Dinamika Literasi dalam Dunia Islam

Dalam bukunya yang menjadi klasik dan bertajuk “Kultur Islam”, Oemar Amin Hoesen membuka wacananya dengan kenyataan yang sangat menyentak.

Menurutnya, ketika Islam datang dibawa Muhammad, orang-orang Islam sangat menghargai ilmu pengetahuan. Walaupun bangsa Arab sebelumnya sudah memiliki peradaban, namun ketika Islam datang, ilmu pengetahuan berkembang lebih pesat lagi.

Salah satu yang dijadikan contoh pengembangan ilmu pengetahuan iaitu di bidang kesihatan. Pada mulanya, kemajuan ilmu perubatan bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayah (661-720 M). Akan tetapi kemajuan belum kelihatan secara signifikan, sehingga akhirnya kemajuan pesat itu baru terserlah ketika zaman kekhalifahan Abbasiyah (750-1258 M).

Ketika seluruh kerajaan Iran jatuh ke bawah kekuasaan Islam, pendidikan tinggi dijaga dengan baik oleh pemerintah Islam. Lembaga  pendidikan menjadi pusat pengembangan ilmu pengetahuan. Di institusi pendidikan ini juga ilmu perubatan banyak dipelajari dan dikembangkan. Hingga pada zaman keemasan Islam, banyak sekali buku-buku ilmu perubatan.

Pada tahun 856 M, Khalifah Al-Mutawakkil mengasaskan sekolah penterjemahan di Baghdad. Selain itu, di sekolah itu juga dilengkapi dengan muzeum buku yang sangat banyak. Tradisi penterjemahan dan penciptaan buku-buku ilmu pengetahuan menjadi sebuah keperluan yang diutamakan masa itu.

Pada zaman pemerintahan Al-Ma’mun (813-833 M), kemajuan terjemahan pengetahuan mencapai kemajuan sangat pesat. Kerajaan secara rasmi membina sebuah sekolah di Baghdad yang menjadi pusat penterjemahan.

Inilah sekolah perterjemahan pertama di dunia yang dibuat secara serius. Sekolah ini semakin menarik sebab terintegrasi dengan taman-taman pustaka. Sejarah mencatat, tradisi penterjemahan ini menghasilkan tokoh yang sangat penting iaitu Hunayn Ibnu Ishaq (809-877 M).

Hunayn adalah seorang doktor ahli falsafah yang telah menterjemahkan 100 buah buku tentang perubatan dan falsafah ke dalam bahasa Syria dan 39 buah ke dalam bahasa Arab. Murid dan anak-anaknya juga telah menghasilkan terjemahan sebanyak 13 buah ke dalam bahasa Syria dan 60 dalam bahasa Arab.

Pada abad keemasan Islam, kita mengenal beberapa nama yang banyak menyumbang pada ilmu pengetahuan seperti dunia perubatan. Di sana ada Al-Razi (865-925 M), Qairawan Tunisia atau lebih dikenali Ishak Juda (855-955 M), Ibnu Al-Jazzar (meninggal 1009), Halu Abbas atau ‘Ali Abbas (wafat meninggal M), Hasday bin Shaprut (meninggal 990 M), Abilcassis (seorang Muslim Spanyol yang meninggal 1013 M), Ali Ibn Ridwan atau dikenali Haly Rodoam (meninggal 1067 M), dan Ibnu Sina atau Avicenna yang selain dikenali sebagai ahli perubatan juga sebagai ahli falsafah.

Selain di bidang perubatan, kemajuan Islam juga telah menjadi pelopor pada berbagai bidang keilmuan, seperti Astronomi, fisik, kimia, matematik, pertanian, sosiologi, geografi, ilmu barang tambang, ilmu haiwan, meteorologi, seni bina, dan sastra. Setiap bidang ilmu memiliki pakarnya masing-masing. Bukan hanya pemikir dan pandai berdiskusi, para pakar muslim juga mencatatkan dalam bentuk tulisan. Tidak terhitung jumlahnya berapa banyak karya tulis yang dibuat para ilmuwan Islam ini hingga kemudian Barat pun menjadikannya sebagai rujukan ilmu pengetahuan. Karya tulis berupa buku hingga ensiklopedi yang berjilid-jilid telah disumbangkan untuk peradaban ini.

Di bidang pendidikan tinggi, Universiti Islam yang seluruhnya bercorak Islam telah berdiri di Eropa pada tahun 1253 M. Universiti ini diterajui oleh Abu Bakr al-Riqati, seorang terpelajar besar pada zaman itu. Universiti Islam ini tidak hanya mewadahi ummat Islam, tetapi turut menampung pelajar dari berbagai negara dengan tanpa memandang latar belakang agama. Universiti-universiti Islam banyak mempengaruhi pendidikan tinggi lainnya yang muncul kemudian termasuk yang diasaskan oleh bukan Islam.

Perkembangan lainnya adalah ketika berkembanganya pemikiran falsafah dalam kalangan Islam. Banyak pemeluk agama lain yang tertarik dengan Islam kerana tradisi berfikir yang kritis dan fundamental. Khalifah Abbasiyah Al-Ma’mun misalnya, yang berkuasa semenjak tahun 813 – 833 M, mengasaskan sekolah tinggi kesarjanaan, di samping sekolah keagamaan yang telah ada. Semenjak itulah, perkembangan falsafah kemudian menjadi suatu cabang ilmu. Buku-buku falsafah yang dibuat oleh para ahli falsafah Islam banyak mempengaruhi negara lain sehingga banyak yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain.

Kemudian di antara sekian banyak ahli falsafah Islam, kita mengenali beberapa di antaranya seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina, juga Ibnu Rushd. Falsafah Islam menurut Amin Hoesin (1964) berbeza dengan falsafah Yunani. Falsafah Yunani merupakan hasil revolusi fikiran yang dinamakan dogmatic dicta. Sedangkan falsafah Islam, dilahirkan untuk memperkukuh kedudukan ajaran Islam.

Menjadi pemikir Islam, tidak berhenti pada membaca, analisis dan berdiskusi. Para ahli falsafah dan pemikir Islam telah mewariskan karya tulis yang tidak ternilai harganya, dengan jumlah yang sukar untuk disebutkan angkanya. Kadar produktiviti para ilmuwan Islam telah membuktikan dedikasi kepakarannya dalam sebuah peninggalan ilmu pengetahuan yang kemudian “menerangi” dunia.

Tradisi dialog tidak hanya dilakukan secara langsung, tetapi juga melalui karya tulis. Tradisi menulis ini menjadi bahagian yang tidak terpisahkan. Salah satu contoh misalnya, ketika Imam Al-Ghazali menganggap falsafah sebagai sesuatu yang sesat dan berbahaya, maka dirinya membuat buku “Tahafut Al-Falasifah”. Namun, buku tersebut oleh ahli falsafah Islam tidak dianggap sebagai merosakkan akidah, Ibn Rusyd misalnya, kemudian menjawab tuduhan Al-Ghazali itu dengan buku lagi yang berjudul “Tahafut At-Tahafut”.

Tradisi keilmuan pada masa keemasan Islam begitu berghairah. Selain di sana ada ambil berat pemerintah terhadap dunia ilmu, juga tumbuh suburnya tradisi literasi yang menyebabkan lahirnya para pakar yang telah menjadi peletak ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang.

www.voa-islam.com

No Comments

    Leave a reply