Setiausaha agungnya, Iyad Ameen Madani berkata, mereka yang melakukan, merancang atau menyokong serangan itu begitu terdesak dalam tindakan mereka hingga sanggup menjejaskan keselamatan dan kestabilan Arab Saudi serta rantau itu dan dunia Islam amnya.

“Seseorang yang membunuh diri, melakukan pembunuhan dan keganasan terhadap manusia yang tidak bersalah serta melakukannya pula pada bulan Ramadan yang mulia dan di Al-Madinah Al Munawwarah, berhampiran Masjid Nabawi, bukanlah orang Islam sebenar serta tidak memiliki sedikit pun nilai-nilai keIslaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengebom bunuh diri itu menjadikan Jeddah, sebuah masjid di Qatif dan satu pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran Masjid Nabawi di Madinah sebagai sasaran mereka.

Madani berkata, jenayah yang dilakukan itu bertentangan sepenuhnya dengan ciri-ciri seorang manusia sebenar.

“Pengganas seperti itu semata-mata menjadi alat durjana, yang langsung tidak mempunyai perasaan dan rasional serta diperkudakan oleh mereka yang menganjurkan radikalisme, kekacauan dan keganasan,” katanya.

Madani juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa agar mereka yang cedera akan segera sembuh.

Sumber: Utusan Online 5 Julai 2016

#TANWIR – Doa untuk Madinah