EGO PENGARANG MENJERUT EMOSI MARAH RAKYAT MALAYSIA

Oleh: Monosin Sobri

Kosmo (edisicetak 18 Ogos 2016), akhbar tabloid kepunyaan Utusan Melayu Berhad berhempas pulas untuk menipu rakyat Malaysia dengan penilaian yang silap apabila memperlekehkan sumbangan pingat perak oleh pasangan beregu Peng Soon-Liu Yin di Sukan Olimpik, Rio pada malam semalam.

Menggunakan tajuk “Peng Soon – Liu Ying hampakan jutaan rakyat Malaysia” dan disiarkan di muka hadapan pada hari ini telah menyebabkan riuh kutukan dan cemuhan dari sebahagian besar rakyat Malaysia termasuk netizen dan percakapan dalam kumpulan kecil di kafe atau pun gerai-gerai makan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin turut menegur “kebijaksanaan barisan pengarang” memilih tajuk berkenaan kerana berbaur negatif atas tujuan yang baik, iaitu menaikkan jualan akhbar agar pada penghujung tahun nanti memperoleh bonus besar.

Tajuk berkenaan secara halusnya “menolak sumbangan pasangan bergu campuran yang meraih tempat kedua dan meraih pingat perak” yang hampir menyamai apa yang pernah dibuat empat tahun lalu apabila menegur kekalahan Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan dalam Sukan Olimpik London sehingga “Kempunan ganjaran 4 juta”.

Begitu juga pada 13Februari lalu, Kosmo mengheret kemarahan ibubapa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia apabila mempertahan kanteks sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 yang dianggap “novel lucah” .

Kontroversi novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin hanya bermula apabila seorang guru dari Kelantan bimbang kerana beberapa perenggan dalam teks sastera itu berbau lucah walaupun apa yang dipaparkan itu dihuraikan dalam konteks ilmu sains.

Persediaan bertahun pasangan beregu campuran untuk layak mewakili negara ke Sukan Olimpik seperti tidak dihargai, walaupun pasangan itu telah berjaya mengubah kedudukan ranking di pentas dunia.

Pada tahun lalu, pasangan berkenaan berada di tangga ke-79. Tentunya, sehingga selesai Sukan Olimpik dalam beberapa hari lagi, kedudukan pasangan tersebut meroket naik dan diiktiraf sebagai pasanganberegu campuran kedua terbaik dunia.

Pencapaian tersebut merupakan kejayaan peribadi mereka berdua secara khususnya dan negara kerana inilah kali pertama beregu campuran memenangi pingat dalam temasya sukan terbesar di dunia.

Netizen turut mempersoalkan “kepekakan” kumpulan pengarang Kosmo yang menganggap dirinya “cerdik” dan “bijak” ketika memilih perkataan untuk dijadikan tajuk yang dapat “memukau” pembaca. Dalam masa yang sama “kecerdikan” dan “ketepatan tajuk” yang diputuskan itu menginterpretasikan ego dan hegemoni ketua pengarangnya walaupun majority rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian tersebut.

Ada netizen mendesak agar ketua pengarang Kosmo memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak kurang juga bersedia untuk menganjurkan pertandingan badminton bagi menentukan Ketua Pengarangnya “terjamin meraih pingat emas” atas kejayaan mengalahkan beregu campuran negara yang hanya menang perak.

Bagaimanapun,  Kosmo tidak menarik kontroversi di atas pencapaian jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa di sukan yang sama. Azizul disifatkan berjaya mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama memperoleh pingat di peringkat olimpik. Tidak kurang juga netizen marahkan Kosmo kerana memberikan sorotan kejayaan hebat Azizulhasni berbanding kejayaan beregu campuran meraih perak bersifat perkauman.

Presiden MCA, Datuk Seri LiowTiong Lai berkata  “saya kecewa dengan komen mereka. Ia adalah sampah semata-mata. Pasangan itu buat Malaysia berbangga kerana memenangi pingat. ”The Star Online.

Atas perspektif pelaporan yang tersalah arah itu netizen dan rakyat Malaysia melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan Kosmo. Ada andaian bahawa tajuk itu dipilih kerana pemilihnya seperti “kalah dalam pertaruhan” dan geram dengan Liu Yin yang pernah menyertai dunia peragaan (modeling) mampu meraih pingat perak dalam bidang sukan badminton di peringkat antarabangsa.

Kerja keras, mengerahkan keseluruhan tenaga dan keupayaan berfikir ketika berlawan dengan pasangan terhandal dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir sepanjang 45 minit sebagai “sia-sia” dan “merugikan” kerana gagal meraih pingat emas.

Peng Soon-Liu Ying yang kembali bersama dalam beregu campuran pada tahun 2015 selepas hampir setahun Liu Ying menjalani pembedahan bagi memperbaiki ligamennya yang rosak di kedua-dua belah. Ertinya, Liu Ying tidak mudah berputus asa, tetap ingin mewakili negara ke Sukan Olimpik dan bersedia secukupnya sehingga mampu meraih pingat perak.

Sebab itu cara Kosmo memilih tajuk berkenaan dilihat berbaur perkauman dengan membandingkan cara pelaporan diatas kemenangan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang merangkul pingat gangsa dalam acara keirin. Ia sepatutnya dilaporkan secara seimbang dan jujur kerana mereka bukanlah bertanding atas dasar keturunan, mereka bertanding sebagai wakil negara.

Sukan sudah lama dipercayai mampu mengetepikan semangat perkauman dan dianggap berpotensi sebagai alat membina perpaduan. Kosmo tidak melihat potensi itu, sebaliknya mencari ruang kontroversi dengan mencipta formula pemberitaan dengan nilai yang diingininya, atas alasan tertentu. Ada pula netizen menghamburkan kemarahan kepada Kosmo dengan menyelarnya tidak faham prinsip dan etika kewartawanan.

Ego itulah yang memaksa Kosmo memoho nmaaf bagi melepaskan emosi marah rakyat Malaysia yang berduyun-duyun membanjiri Dataran Putrajaya untuk menyaksikan perlawanan itu. Seorang pemilik akaun twitter yang menamakan dirinya sebagai Jingga menulis: Boikot je paper Berita Harian dengan Kosmo ni. BH dan Kosmo ‘Hampakan jutaan rakyat Malaysia’ .Berita Harian online turut membuat kesilapan, dan akhirnya menukarkan tajuknya kepada “Beregu campuran sekadar meraih perak” tidak sedikitnya menunjukkan kebanggaan atas pencapaian di tangga kedua terbaik Sukan Olimpik. Namun, Kosmo paling banyak dicemuh oleh lebih ramai orang kerana edisi cetaknya mengundang emosi marah rakyat Malaysia.

No Comments

    Leave a reply