Empat Modal Amal Menurut al-Ghazali

Ahli falsafah, ulama dan sufi terkenal, Al-Ghazali ra berkata, “Janganlah kamu menjadi orang merugi (muflis) dalam amal-amal dan janganlah membuang masa dalam setiap keadaan.” Perkataan itu dapat kita fikirkan secara falsafah mengenai perkara-perkara penting di sebalik amal manusia.

Dalam hal ini kita bertanya,”Mampukah kita melakukan sebuah amal tanpa adanya tenaga? Dapatkah kita melakukan sebuah amal tanpa adanya masa? Dapatkah kita melakukan sebuah amal tanpa adanya biaya? Dan mampukah kita melakukan sebuah amal tanpa adanya pengetahuan?” Jawapan dari semua pertanyaan itu adalah bahawa kita tidak mungkin melakukan sebuah amal tanpa adanya tenang, waktu, biaya dan pengetahuan.

Secara falsafah, Al-Ghazali hendak mengatakan bahawa setiap amal manusia selalu memerlukan empat perkara penting :

  1. Tenaga
  2. Waktu
  3. Biaya
  4. Pengetahuan

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa manusia jarang menyedari keempat perkara itu sebab nilainya terlalu kecil. Misalnya, orang berkata,”Apakah senyum di bibir itu memerlukan biaya?”Jawabannya adalah bahawa senyum tetap memerlukan biaya,  meski nilainya kecil dan cenderung tidak dirasakan.

Kita dapat membayangkan jika kita melakukan sebuah amal dengan menyediakan tenaga, waktu, biaya dan pengetahuan tapi kita tidak mendapatkan hasil apapun, maka kita termasuk orang merugi sebab kehilangan tenang, biaya, waktu dan pengetahuan. Sebab itu fikirkanlah setiap tindakan kita dengan bijaksana sehingga kita tidak mengalami kerugian dalam hidup ini dengan melakukan pelbagai amal.

sarkub.com

No Comments

    Leave a reply