Enam Negara Segera Memindahkan Kedutaan di Baitul Maqdis

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan ada enam negara yang sedang mempertimbangkan untuk memindahkan kedutaan besar mereka untuk Israel ke Baitul Maqdis. Hal ini terjadi setelah AS terlebih dahulu memutuskan untuk memindahkan kedutaannya.

Pada Disember lalu, Presiden AS Donald Trump mengumumkan, AS telah secara rasmi mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel. Pengiktirafan ini mencetuskan kemarahan sejumlah negara, bahkan sekutu Washington di Arab, dan membuat warga Palestina cemas kerana mereka menginginkan Baitul Maqdis sebagai ibu kota negara mereka yang merdeka.

Kedutaan Besar AS untuk Israel akan berpindah ke Baitul Maqdis dari Tel Aviv pada 14 Mei, bersamaan dengan tarikh Israel mengisytiharkan kemerdekaannya pada 1948. “Untuk mempromosikan perdamaian, pindahkan kedutaan Anda di sini,” ujar Netanyahu di hadapan para diplomat asing dalam sebuah majlis di Baitul Maqdis bagi merayakan kemerdekaan Israel yang ke-70.

Dia kemudian mengucapkan terima kasih kepada Guatemala yang telah memutuskan untuk memindahkan kedutaannya segera setelah pengumuman AS. Namun, Netanyahu tidak menyebutkan nama negara-negara lain yang dia katakan sedang mempertimbangkan untuk mengikuti langkah AS.

“Saya senang mengatakan bahawa setidaknya ada enam negara yang masa ini telah berbincang serius kepada kami untuk memindahkan kedutaan mereka ke Baitul Maqdis,” kata Netanyahu.

Ia menegaskan, sepuluh kedutaan besar pertama yang pindah ke Baitul Maqdis akan menerima perlakuan istimewa dari Israel. Akan tetapi Netanyahu tidak menjelaskan perlakuan seperti apa yang dimaksud.

Seorang pegawai tinggi kerajaan AS mengatakan kedutaan besar AS akan menempati bangunan sementara di Baitul Maqdis yang sekarang menjadi tempat konsuler AS. Menurutnya, pembinaan kedutaan mengambil masa yang lama.

Sebahagian besar negara di dunia tidak mengiktiraf kedaulatan Israel di Baitul Maqdis. Mereka memilih untuk mendirikan kedutaan besar untuk Israel di Tel Aviv. (republika.co.id)

 

No Comments

    Leave a reply