ERA DEFISIT KEBENARAN (BAHAGIAN VII)

Semakin besar suatu kebohongan, semakin besar kesempatannya untuk dipercayai”, Adolf Hitler, Mein Kampf (terjemahan J Murphy, 1939).

Pada akhir abad ke-19, konsep propaganda telah berubah kepada propaganda perbuatan (propaganda by deed) dalam tindakannya menentang musuh-musuh politik. Ia dilakukan oleh individu ataupun kelompok sebagai cara menarik sokongan awam sehingga boleh mengarahkan kepada penentangan bersifat revolusi.

Perkembangan sejarah propaganda telah memperlihatkan tiga negara yang mempunyai acuan anarki, iaitu Jerman, USSR (kini Rusia) dan Jepun. Bagaimanapun, model propaganda yang dilakukan oleh Jerman semasa pemerintahan Adolf Hitler menjadi bahan kajian akademik yang menarik. Ia dikaitkan dengan perspektif politik, iaitu fahaman Nazi atau The Third Reich.

Nazi pada asalnya nama kepada sebuah parti politik yang diasaskan oleh Adolf Hitler pada tahun 1919, iaitu Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional atau Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (NSDAP).  Awalnya, parti tersebut dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau Deutsche Arbeiterpartei (DAP). Singkatan Nazi adalah daripada perkataan Nationalsozialistische, yang bermaksud nasioanalisme-sosialisme, di mana ideologi asasnya ialah faham sosialis. Nazi menggunakan lambang swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.

Hitler berjaya membangkitkan semangat nasionalisme Jerman dan berjaya melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles, iaitu satu perjanjian bagi menamatkan Perang Dunia I di mana negara-negara terbabit bersetuju untuk meletakkan senjata atau berdamai. Ketika Hitler mula memimpin parti Nazi (mulai 29 Julai 1921), beliau merasakan butiran perjanjian tersebut telah merugikan Jerman.

Menurut Perjanjian Versailles, 12.5 peratus rakyat Jerman terpaksa menetap di luar sempadan wilayah mereka dan dikenakan sekatan tentera di mana sekatan tersebut dilihat untuk melemahkan Jerman. Jerman turut diisytiharkan sebagai pesalah perang dan dituntut membayar ganti rugi berjumlah 132 bilion gold mark (bersamaan USD $33 bilion).

Suasana ekonomi Jerman selepas perang dikatakan sedang menuju kehancuran di mana inflasi terlampau tinggi dan mata wangnya hampir tidak bernilai. Perjanjian Versailles akhirnya dipercayai oleh rakyat Jerman sebagai satu penghinaan, dan dalam keadaan ‘kesukaran’ itulah Hitler muncul untuk menyelamatkan Jerman (1923).

Dengan berkongsi ‘perasaan yang sama’, Hitler membawa hasrat untuk membangunkan semula Jerman menerusi slogan Deutschland Uber Alles in der Welt, Jerman Di atas Semua Yang Lain di Dunia. Secara rahsia, Hitler memperkuat angkatan tentera. Setelah merasakan keadaan semakin kuat, Hitler merampas semula Rhineland dan seterusnya menyerang Austria dan Republik Czech. Pada 1 September 1939, Hitler mengarahkan tentera menyerang Poland.

Propaganda digunakan secara intensif apabila Dr Joseph Goebbels dilantik sebagai Menteri Propaganda. Beliau menyemarakkan rasa kebanggaan sebagai orang Jerman sebagai tindakan melawan implikasi negatif daripada Perjanjian Versailles. Ideologi politik Nazi adalah kembangan daripada fasisme yang diperkenalkan oleh Benito Mussolini dari Itali, iaitu faham politik menghalalkan apa sahaja kaedah bagi memenuhi tujuan.

Sejarah juga mencatatkan bahawa USSR adalah pelopor satu lagi model propaganda, yang dikenali sebagai Operasi Semburan Fitnah (OSF), firehose of falsehood. OSF dikatakan begitu meluas digunakan antara tahun 2012-2017 dalam kes konflik Crimea, Ukraine dan perang saudara di Syria. OSF merupakan model propaganda yang mula dipraktikkan sekitar tahun 1870-an menerusi gerakan Noradniki. Narodniki ialah gerakan yang dilakukan untuk menjatuhkan Tsar Rusia dengan menyebarkan berita-berita atau isu negative. Ia digunakan untuk membentuk defisit keyakinan awam terhadap pemerintah, yang berakhir dengan Revolusi Bolshevik.

Parti Buruh Demokrat Sosial Rusia pimpinan Vladimir Lenin menerima ancaman daripada kelompok radikal yang mahukan kepimpinan parti melakukan perubahan besar dalam struktur kepimpinannya agar menjadi lebih kuat. Kumpulan ini kemudiannya  menubuhkan Parti Komunis Kesatuan Soviet pada tahun 1912. Kumpulan radikal ini turut dikenali sebagai Bolshevik. Pada tahun 1917, Bolshevik bersama golongan pekerja (buruh) dan Pasukan Merah berjaya menyingkirkan Tzar Nicholay II, pemerintah Rusia. Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Oktober dan merupakan sebahagian daripada revolusi Rusia yang bermula sejak 1905.

Menurut catatan Windu Yusuf, ”Revolusi pertama, pada 1905, berhasil memaksa Tsar mendirikan Parlemen Duma, parlemen pertama sejak Imperium Rusia diproklamirkan oleh Tsar Ivan VI pada 1721—itu pun sempat dibekukan Tsar untuk mengusir anasir-anasir radikal. Revolusi kedua, Februari 1917, sukses menggulingkan monarki dan menggantikannya dengan republik. Revolusi ketiga—sering disebut “Revolusi Komunis”, “Revolusi Bolshevik”, atau “Revolusi Oktober”—yang meletus beberapa bulan setelah revolusi kedua, berhasil menyelamatkan Rusia dari ancaman kediktatoran militer, memadamkan Perang Dunia I, dan mendirikan republik sosialis pertama di dunia.” (rujuk: https://tirto.id/sejarah-revolusi-rusia-lahirnya-republik-sosialis-pertama-di-dunia-c9n4)

Menurut Paul Christopher dan Miriam Matthews, teknik semburan fitnah yang dilakukan oleh Rusia ke atas Krimea menjadi model propaganda kerana ia memperlihatkan ciri-ciri :  high numbers of channels and messages and a shameless willingness to disseminate partial truths or outright fictions. In the words of one observer, “[N]ew Russian propaganda entertains, confuses and overwhelms the audience. Contemporary Russian propaganda has at least two other distinctive features. It is also rapid, continuous, and repetitive, and it lacks commitment to consistency.’ (Rujuk:  Paul, Christopher; Matthews, Miriam (January 1, 2016). “The Russian ‘Firehose of Falsehood’ Propaganda Model: Why It Might Work and Options to Counter It”. RAND Corporation. doi:10.7249/PE198. JSTOR resrep02439. Atau https://www.rand.org/pubs/perspectives/PE198.html).

Dalam tulisan Andi Irman, Ketua Divisi Komunikasi dan Media Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI), Fof (OSF) adalah propaganda yang terhasil produk daripada Revolusi Industri 4.0 kerana telah memanfaatkan ilmu komunikasi berdasarkan ‘neuroscience’ dan ‘big data’. OSF mempunyai empat strategi utama, iaitu: (1) Kontroversi dan provokasi yang massif dengan sumber berita yang beragam; (2). Repetisi pesan yang cepat dan konsisten: (3). Mengabaikan data dan fakta dan (4). Isi pesan yang inkonsisten atas substansi. Tujuannya adalah untuk mengisi ‘reptilian brain’, iaitu menimbulkan rasa cemas atau takut.

Analogi Andi, “Sederhananya, jika seekor kucing yang lucu jika dicitrakan terus menerus dikatakan sebagai harimau yang kejam dan buas,  lama kelamaan orang akan percaya bahwa kucing lucu itu adalah harimau yang kejam dan buas sehingga dapat dijadikan ancaman bersama yang harus disingkirkan, terutama bagi mereka yang tingkat literasinya rendah adalah sasaran utama strategi FoF,” (rujuk: https://icmi.or.id/opini-dan-tokoh/opini/teknik-firehose-of-falsehood-dan-kontra-propaganda-fof)

Perkembangan media sosial membolehkan eksploitasi OSF dilaksanakan dengan jayanya berkat kepintaran manusia mempercayai kelebihan data raya. Sesuatu bentuk kontroversi dan provokasi, sama  ada berupa berita, teks, audio, video disebarkan secara meluas untuk membolehkan ia dilihat mendapat perhatian besar menerusi jumlah likes, atau perkongsian. Dalam keghairahan itu, ada pihak yang diupah untuk meningkatkan jumlah likes atau perkongsian dengan menggunakan akaun palsu (fake account) dan muncul juga syarikat yang menawarkan perkhidmatan ‘data akaun’. Misalnya, Cambridge Analytica yang pernah dikaitkan dengan penjualan data akaun facebook untuk disebarkan pelbagai kempen politik. Skandal Cambridge Analytica turut digunakan dalam kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (2016) dan PRU ke-14 (2018). Dalam PRU ke-13, Red Beans Army (RBA) didakwa menjadi penggerak kempen media sosial oleh DAP bagi menyerang parti pemerintah dan juga pemimpin-pemimpin BN.

Mereka bukan sahaja menyalurkan mesej yang sama, ada keadaannya berbeza-beza sebagai tindakan provokasi. Mesej sedemikian dilaksanakan secara berterusan bagi menimbulkan kekeliruan awam, dan seterusnya mengubah pendirian mereka. Penyamaran  dilakukan, sama ada menggunakan nama seseorang yang berpengaruh mahupun untuk mengkritik Islam, mereka sanggup menggunakan nama Islam dan berstatus Haji. Penyamaran itu mungkin dilakukan oleh bukan Islam ataupun sekumpulan mereka yang berfahaman liberal atau mungkin tidak mempercayai Tuhan.

Perkembangan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan kerana akaun facebook atau twitter membenarkan penggunanya tidak bersikap jujur, misalnya pemaparan wajah binatang, bunga-bungaan, kereta untuk dijadikan sebagai sebahagian profil. Kebenaran tersebut telah memberikan facebook atau twitter cepat berkembang sehingga dilihat sebagai saluran media sosial yang terpopular di seluruh dunia. Bahkan, facebook telah berjaya membentuk ‘negara facebook’ melebihi jumlah penduduk China. Ekoran skandal Cambridge Analytica, facebook telah didenda atas kesalahan ‘menjual data peribadi’ dan terbongkar rahsia siapa sebenarnya di sebalik Cambridge Analytica.

Dalam kajian psikologi, kesan pertama (first impression) atau pendahulu mesej mempunyai kesan yang besar dan mampu bertahan lama dalam fikiran seseorang. Kesan sedemikian sebenarnya telah lama diberikan perhatian oleh pakar-pakar komunikasi,  sosiologi dan psikologi sejak belum media sosial dicipta. Misalnya, Erving Goffman (1922-1982), Presentation of Self in Everyday Life (1956), menyatakan permulaan penampilan diri seseorang dalam kerumuman (crowd) mampu menarik atau menolak kepercayaan khalayak. Seseorang yang berpakaian selekeh, dengan tidak sesuai dalam majlis tidak dianggap sebagai tokoh yang berwibawa atau pakar.

Sebab itulah dalam majlis anugerah filem atau Grammy Award yang sering diberikan perhatian ialah bagaimana seseorang artis itu mengenakanan pakaian semasa berjalan di sepanjang karpet merah dan siapakah pasangan mereka. sesuatu mesej . Ia bukan sahaja menambahkan populariti bahkan mudah diterima, diingati dalam konteks ‘reptilian brain”. Dalam OSF, pendahulu sangat dipentingkan dan ianya menjadi lebih berkesan sekiranya mesej itu membanjiri pelbagai platform media dan dilaksanakan secara berterusan. Inilah yang dinamakan bias confirmation, yang akhirnya diterima sebagai maklumat yang sah walaupun ‘kebenaran’ bukan lagi dilihat objektif dan suatu realiti. Inilah yang sangat dikhuatiri dalam era post-truth, orang akan mudah membuat keputusan berdasarkan persepsi dan hanya bersandarkan maklumat yang dilihat menyerupainya ‘kebenaran’ walaupun itu adalah ‘lojik daripada kebohongan’.

 

(bersambung)

 

Kamarun KH

No Comments

    Leave a reply