Fenomena Perempuan Syiria Berkahwin Di atas Talian

“Saya berkahwin dengan seorang laki-laki di mana saya tidak pernah bertemu dengannya. Usianya hampir dua kali ganda usia saya, memiliki dua anak perempuan belia dan tinggal di Rumania,” kata Zainab, 28 tahun, kepada Arab News, Sabtu (06/01/2018).

“Saya telah menunggu visa selama lebih tujuh bulan, jadi saya dapat berkumpul dengan suami saya,” katanya.

“Tidak ada lagi lelaki dewasa di Syiria. Jadi ini adalah satu-satunya kesempatan membentuk keluarga dan meninggalkan Syiria untuk menjadi warga negara di Eropah. Saya tidak melihat masa hadapan yang baik bagi saya di sini – setidaknya perkahwinan ini memberi saya harapan.”

Zainab dan suaminya Imran, 54 tahun, berkenalan di Facebook. Mereka berkomunikasi melalui WhatsApp dan Skype selama sebulan sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin dan melengkapi semua dokumen keimigrasian untuk pergi ke Rumania.

Pernikahan melalui proxy atau melalui Skype telah menjadi sangat popular di Syiria sejak perang berkobar pada 2011.

Ramai di antara kaum lelaki yang telah terlibat dalam peperangan, sementara yang lain telah melarikan diri ke Eropah, Amerika Syarikat atau negara-negara jiran. Hal ini membuat kaum wanita muda mengambil jalan untuk melakukan perkahwinan melalui proxy.

Perkahwinan seperti itu mencecah sehingga 54 peratus dari pernikahan sehari-hari di Syiria, kata hakim Mahmoud Al-Maarawi, mahkamah syariah yang menangani hal ehwal Islam dan undang-undang keluarga di Syiria.

Beberapa perempuan muda lebih memilih untuk melakukan majlis perkahwinan melalui Skype. Dalam majlis berkenaan, disertai peguam syariah, ibubapa mereka dan para saksi.

Setelah majlis perkahwinan, sang istri atau peguam syariah mengambil sijil perkahwinan dan mendaftarkannya di mahkamah agar pernikahan tersebut diiktiraf seccara rasmi bagi mengurus dokumen keimigrasian.

Undang-undang yang mengatur masalah hukum Islam pribadi membenarkan untuk mengirim surat bagi pihak untuk pernikahan proxy, kata Al-Maarawi. (hidayatullah.com).

No Comments

    Leave a reply