Fenomena Warga Arab Bergabung dalam Askar Israel

Dalam sebuah video, askar Israel berada di tengah kerumunan pemuda Arab. Entah apa yang sebelumnya terjadi, tiba-tiba tentera Isreal menyerang dan mengejar para pemuda Arab, bahkan beberapa pemuda dilanggar dengan kenderaan tentera. Tak lama kemudian pasukan penyelamat dari hilal ahmar (Bulan Sabit) turun dari van untuk menyelamatkan para pemuda Arab yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel.

Bagaimanapun, ketika pasukan Bulan Sabit akan menolong mangsa dihalang-halangi oleh tentera Israel. Berlaku perang mulut di antara kedua belah pihak. Ironiknya, tentera-tentera Israel yang kejam ini pandai berbahasa Arab dengan sangat baik dan fasih. Setelah diperhatikan secara teliti, ternyata sebahsgian tentera Israel yang bengis dan kejam itu adalah keturanan Arab. Bahkan mereka juga masih memeluk agama Islam.  Fakta ini merupakan fenomena yang mencengangkan.

Media Arab melaporkan bahawa kini semakin ramai warga keturunan Arab yang masih memeluk Islam tetapi bergabung dengan tentera Israel. Mereka disebut dengan istilah muslim zionis.

Munculnya fenomena muslim zionis dalam tubuh tentera Israel cukup mengejutkan. Bagaimana mungkin mereka mengangkat senjata untuk membinasakan warga bangsanya yang masih berkewarganegaraan Palestin?

Dalam sebuah wawancara dengan media as Shahrawi seorang pemuda Arab berumur 25 tahun bernama Ahmad dari desa Dier Asad sebelah utara Israel mengatakan bahawa dirinya adalah seorang muslim berkewarganegaraan Israel dan bangga menjadi anggota tentera Israel.

Meskipun para pemuda Arab ini telah bergabung dengan tentera Israel, tapi mereka tidak mahu dianggap sebagai pengkhianat oleh warga Arab di Kampung mereka. Justeru, mereka mengkritik sikap penentangan warga di desa Dier Asad terhadap pihak berkuasa Israel, kerana keberadaan warga Arab yang telah menjadi warga negara Israel kehidupannya lebih baik dan terjamin dibandingkan warga negara Arab di bawah pemerintahan negara Arab manapun.

Diperkirakan sekitar 1000 pemuda muslim telah bergabung dalam tentera Israel. Mereka mengangkat senjata untuk membunuh warga Arab Palestin yang menentang pendudukan Israel.

Fenomena ini memunculkan polemik yang keras dalam warga Palestin. Menurut penuturan Ahmad, salah seorang pemuda Arab, ketika pertama masuk dalam barisan tentera Israel, Ahmad merasa kikuk dan merasa bersalah. Tapi setelah melakukan latihan fisikal dan teknik ketenteraan, maka ia semakin mantap untuk meniti kerjaya dalam dunia tentera.

Perjalanan para pemuda muslim Arab yang bergabung dengan tentara Israel akan terus berlanjut. Mereka akan membela negara demokrasi Yahudi dan turut menentukan hubungan Arab – Yahudi di Israel pada masa mendatang.

Fenomena masuknya warga muslim Arab menjadi tentara Israel  mencetuskan kesan pada perubahan sosio-ekonomi dan masa depan konflik Palestin- Israel. Setidaknya ada lima perkara yang dapat kita catat dari fenomena ini.

Pertama,  bergabungnya pemuda muslim Arab dalam unit tentera Israel, khususnya mereka yang datang dari wilayah pinggir bandar telah meningkatkan kehidupan ekonomi dan sosial, kerana mereka mendapatkan gaji yang cukup besar dari Israel.

Kedua, konflik berkepanjangan antara Palestin-Israel telah menyebabkan krisis ekonomi dan meningkatkan tingginya jumlah pengangguran di Palestin. Hal ini mencetuskan putus asa sebahagian pemuda Arab Palestin sehingga mereka memilih bergabung menjadi tentera Israel.

Ketiga, mereka terdorong oleh janji  dan jaminan untuk memperoleh gaji yang cukup besar menyebabkan para pemuda Arab berpusu-pusu mendaftarkan diri menjadi tentera Israel.

Keempat, para pemuda Arab yang telah dilatih menjadi pasukan tempur Israel merasa tidak membayangkan sebelumnya mereka akan masuk tentera Israel untuk menentang warga Arab Palestin. Meskipun pada peringkat awal mereka merasa kurang yakin sebagai tentera Israel, tapi pada tahap selanjutnya mereka semakin mantap dan bangga menjadi tentera rejim Zionis.

Kelima, meningkatnya sentimen  dan penghormatan  agama Yahudi dalam kalangan anak-anak muslim yang yang dilahirkan di Israel. Kenyataan ini menunjukkan betapa lemahnya kecintaan anak-anak terhadap Palestin.

Trend bergabungnya pemuda Arab muslim menjadi tentara Israel akan semakin meningkat di masa depan. Fakta ini akan semakin menambah buram masa depan perdamaian Palestin – Israel.

 

Khariri Makmun
Direktur Moderation Corner
Peneliti Institute Hasyim Muzadi (IHM)

 

www.muslimmedianews.com

 

No Comments

    Leave a reply