Fitnah bangsa Melayu parasit tidak berasas

RENCANA dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini berkaitan tuduhan peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim terhadap umat Islam Melayu boleh diperinci kepada dua bahagian.

Artikel itu tidak berasas, bersifat provokasi, menghina dan fitnah terbahagi kepada:

(1) Asimilasi nilai-nilai Islam dalam tadbir urus kerajaan ialah penyebab kemunduran Melayu dan ketidakupayaan bangsa ini untuk bersaing dengan kaum lain.

Khamis, 6 September 2018 | 1

RENCANA dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini berkaitan tuduhan peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim terhadap umat Islam Melayu boleh diperinci kepada dua bahagian.

Artikel itu tidak berasas, bersifat provokasi, menghina dan fitnah terbahagi kepada:

(1) Asimilasi nilai-nilai Islam dalam tadbir urus kerajaan ialah penyebab kemunduran Melayu dan ketidakupayaan bangsa ini untuk bersaing dengan kaum lain.

(2) Orang Melayu yang membentuk lebih 60 peratus daripada penduduk di Malaysia tidak produktif dan bersifat parasit dengan bergantung kepada industri serta tenaga buruh yang dikelola oleh bangsa Cina dan India yang mewakili kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Penjelasan Bahagian 1

Siti mempertikaikan sama ada “masyarakat Melayu yang bersifat insular dan tahayul dalam pemikiran boleh bersaing dengan sihat dan kompetitif, terutama dengan penduduk bukan Islam”.

Beliau menyifatkan orang Melayu yang diberi peluang untuk berada di universiti, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan awam selama lebih empat dekad hanya mengakibatkan perkembangan pertama; universiti yang tidak kompetitif, kumpulan siswazah Melayu yang tidak berupaya di sektor swasta dan yang paling ramai bekerja dengan perkhidmatan awam. Kedua, GLC gagal dan ketiga, pentadbiran yang korup.

Beliau merumuskan fungsi agama Islam sebagai ejen yang terus memporak-perandakan nasib orang Melayu, namun secara lebih terperinci bagi Siti, ini hasil daripada asimilasi nilai-nilai Islam dalam tadbir urus negara.

Mengejutkan apabila seorang peguam seperti Siti yang sudah dilatih untuk berfikir secara logik dan rasional hanya mampu menghasilkan nukilan yang pada hemat kami, bersifat konyol (balderdash).

Saya tertarik mempersoalkan sumber bukti beliau dalam menghubung-kaitkan penyebab kemunduran Melayu kepada Islamisasi. Adakah rumusan ini berdasarkan kajian atau rujukan laporan yang berkredibiliti atau ia sekadar tuduhan cetek berpaksikan sentimen serta prasangka buruk terhadap Islam?

Bagi kami asimilasi nilai-nilai Islam dalam tadbir urus Malaysia seperti yang dituntut oleh syariah tidak ada. Mewujudkan bilik sembahyang di bangunan kerajaan, pendidikan agama Islam, penyiaran azan di televisyen mahupun wujudnya saluran televisyen Islam di Malaysia tidak mencerminkan pemerintahan berdasarkan syariah.

Sebaliknya, Siti wajar sedar Malaysia didasari Perlembagaan yang digubal oleh pakar undang-undang sekular, bukan syariah. Majoriti pimpinan kerajaan serta birokrat di Malaysia berlatarkan pendidikan Barat selain dipengaruhi idea sekularisme.

Malah, tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa ada yang langsung tidak tahu mengenai sumbangan peradaban Islam terhadap tamadun dunia. Namun, punca kerosakan sistem di Malaysia ialah hasil usaha mengasingkan nilai sahsiah dan moral daripada tadbir urus negara.

Ingin saya tegaskan, pendekatan ini menjadi pemudah cara kepada kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa, nepotisme dan kronisme oleh pemimpin serta pentadbir kerajaan. Jadi, di sini, ingin saya tanya – mengapa menyalahkan Islam secara literal?

Penjelasan Bahagian 2

Kamus Bahasa Inggeris Cambridge mengistilahkan parasit sebagai manusia malas yang hidup dengan mengharapkan hasil daripada pahit jerih individu lain. Siti mengutuk orang Melayu sebagai parasit.

Dalam menegakkan kenyataan ini, beliau menuduh orang Melayu berpuas hati dengan norma kehidupan yang mencerminkan nilai pentaasub agama yang tidak produktif.

Orang Melayu yakin kehidupan mereka secara langsung bakal dijamin oleh kerajaan dan mereka boleh melangsungkan kehidupan seumpama tanpa bebanan lain yang perlu difikirkan.

Beliau juga dengan nada sinis menyatakan bahawa bangsa lain yang mewakili 30 hingga 40 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tidak dapat mengekalkan 100 peratus orang Melayu yang bersifat parasit.

Dalam perkara ini, Siti gagal mengutarakan kepentingan baki daripada 60 peratus (Melayu Islam) yang secara terus menerus menyumbang kepada ekonomi Malaysia dan tidak menjadi pengguna cukai secara langsung daripada golongan minoriti.

Agama sebaliknya bukan penyumbang kepada ekonomi, namun ia budaya kepenggunaan yang tidak produktif dengan perkadaran epik. Saya syor agar Siti membuka buku ilmiah berkait Etika Protestan oleh Max Weber dan Spirit of Capitalism.

Mengikut takrifan Siti, ahli perniagaan, profesional, pekerja, petani, nelayan, penjawat awam, polis dan askar Melayu Islam langsung tidak menyumbang kepada cukai jualan, cukai pendapatan, cukai jalan dan cukai lain di Malaysia.

Beliau berpendapat Melayu secara literal hanya “pengguna cukai dari minoriti (Cina dan India)” atau dalam erti kata lain, mereka ialah parasit. Bukan itu sahaja, Siti juga mendakwa transformasi Malaysia dari negara ‘agrarian’ kepada negara industri didasari usaha penduduk bukan Melayu yang rajin.

Siti juga menegaskan golongan liberal masyarakat Melayu turut menyumbang ke arah perkembangan ini. Ini semua pembohongan literal!

Saya hanya boleh rumuskan kemampuan intelek Siti dibutakan oleh prasangka negatif beliau terhadap Melayu dan Islam, membuatkan beliau gagal melihat peranan berjuta-juta pekerja Melayu, jurutera, juru ukur, arkitek, pembuat dasar dan pentadbir dalam menyumbang ke arah pembangunan industri Malaysia.

Ingin saya nyatakan kepentingan pendidikan awam dan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia telah banyak diiktiraf masyarakat dunia.

Dari perspektif pendidikan, Malaysia pada 2016 diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova sebagai negara peneraju di Asia Tenggara dalam memupuk pendidikan inklusif dan saksama.

Dari segi perkhidmatan kesihatan, Malaysia pada 2018 telah diakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang mempunyai perkhidmatan kesihatan awam berprestasi tinggi serta tenaga kerja terlatih, infrastruktur sangat baik dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

Secara statistik, sejak mencapai kemerdekaan, kematian bayi telah jatuh lebih 90 peratus kepada 6.7 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada 2016. Kematian ibu yang melahirkan menurun sebanyak 89 peratus antara 1963 dan 2013.

Ingin saya bertanya secara langsung kepada Siti, siapa sebenarnya ‘tenaga kerja terlatih” ini? Jawapan tuntas saya – Ya, ia terdiri daripada golongan siswazah Melayu Islam yang tidak berkemampuan dari universiti tidak kompetitif dan institusi lain seperti didakwa Siti.

Siapa liberal?

Saya berhasrat melontarkan beberapa persoalan retrospektif kepada Siti dan harap beliau dapat menjawab dengan jelas. Siapa sebenarnya ahli “segmen liberal masyarakat Melayu” yang memacu transformasi perindustrian Malaysia?

Adakah mereka golongan berambut perang yang acap kali rakus menganjurkan pemisahan agama dari pemerintahan kerajaan.

Adakah golongan ini juga yang terus memperjuangkan keperluan menceraikan amalan agama daripada pandangan umum serta menekankan keperluan pendidikan agama agar tidak lagi diajar di kelas sekolah ?

Adakah mereka ini yang memaksa pengiktirafan norma homoseksual, gay dan lesbian atau mungkin mereka ini juga sering melobi dalam mengiktiraf poligami sebagai jenayah, selain menghalalkan perzinaan dan seks bebas?

Maaf Siti. Sekiranya ada sumbangan dari kumpulan picisan seperti ini, ia mungkin tidak relevan dan kecil.

Apa yang pasti, golongan ini juga yang banyak tiada semangat nasionalisme, ramai berhijrah ke negara lain bagi mencari kehidupan yang sesuai dengan norma dan nilai kehidupan mereka.

Justeru, saya tegaskan bahawa transformasi ekonomi Malaysia sebenarnya dikuasai umat Islam Melayu yang patriotik dan minoriti, Cina dan India. Orang Melayu sebenarnya tidak menghadapi sebarang dilema apabila ia membabitkan dunia moden.

Al-Quran sendiri mengajar mereka untuk mencari kejayaan di dunia dan di akhirat (al-Quran 2: 201).

Apa yang pasti, Siti yang sedang menghadapi dilema kendiri yang serius, kini terperangkap dalam dilema, yakni di antara untuk menjadi seorang Muslim Melayu sejati atau kekal sebagai seorang klon sekular Barat.

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid

Penulis adalah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

No Comments

    Leave a reply