GELANGGANG UJIAN

Salah satu tujuan penting dan interaksi diri dengan satu hakikat keimanan kepada Keesaan Allah adalah untuk menguatkan  keyakinan  dan membentuk satu bahagian keimanan, yang menyatakan bahawa dunia hanyalah sebagai gelanggang ujian, dan meyakini bahawa semua hamba akan kembali kepada-Nya pada hari kiamat, iaitu hari yang akan menjadi pusat berakhirnya semua amalan.

Al-Quran telah membahas masalah ini dengan sangat terperinci, dimulai dari penciptaan Adam, peristiwa penghormatan malaikat kepadanya, penolakan iblis untuk menghormatmnya, dan dilanjutkan dengan pengusiran iblis dari rahmat Allah ( Shad, ayat 71-78)

Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala menceritakan dalam firma-Nya bahawa iblis telah meminta waktu daripada-Nya sebelum hukuman dijatuhkan kepadanya. Batas waktu tersebut diman-faatkannya untuk menyesatkan bani Adam dan membawa mereka menuju neraka bersama dengannya, sebagai bentuk pembalasan dendam dan pembuktian, bahwa Adam tidak lebih daripada dirinya, maka terjadilah dialog singkat antara Ibrlis dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Iblis bermohon kepada Allah, agar dia diberi tangguh hingga hari mereka dibangkitkan. Permintaan Iblis ini dijawab oleh Allah dengan firman-Nya: “Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, hingga hari yang telah ditentukan waktunya, yakni hari kiamat”. Iblis menjawab: ” “Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka”. (Shad, ayat 79-83)

Awal Permulaan

Al-Quran banyak menceritakan kisah kewujudan kita di bumi. Kisah itu dimulai dari penciptaan Nabi Adam ‘Alaihissalam, tempat tinggalnya di syurga bersama isterinya, godaan iblis dan kejayaannya mengeluarkan mereka berdua dari syurga, taubat mereka, serta penerimaan Allah Subhanahu wa Ta’ala atas taubat kedua-duanya (Surah al-Baqarah, ayat 37).

Meskipun taubat Adam dan isterinya telah diterima, tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala tetap memerintahkan mereka untuk turun ke bumi, sebagai gelanggang ujian agar kedua-duanya dapat kembali lagi ke syurga. (Surah al-Baqarah, ayat 38)

Dengan demikian, cukup jelas, bahawa dunia itu hanya seba-gai gelanggang ujian, sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran, surah al-Kahfi, ayat 7. Dunia hanya sebuah gelanggang ujian dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ia hanya sebagai ujian untuk menyembah Allah Subhanahu wa Ta’ala yang ghaib pada waktu seluruh manusia menikmati kebebasannya dalam memilih, ketika kekuatan hawa nafsu berkuasa untuk mendapatkan keinginannya dan pada waktu  jiwa mereka benci akan segala macam tugas ibadah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan batasan tentang bentuk ibadah yang diinginkan dari kita melalui beberapa metod dan sarananya. Allah Subhanahu wa Ta’ala membuat metod ibadah tersebut menjadi mudah dan sederhana; sedikit kesulitan, segala perintah dan larangan-Nya  telah disebutkan dalam Kitab suci dan telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.

Adapun sarana ibadah adalah segala sesuatu yang telah diberikan ataupun yang tak diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada hamba-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala mem-berikan harta, kesihatan, dan pangkat kepada sebahagian manusia. Begitu pula, Allah  Subhanahu wa Ta’ala mencegah pemberian itu dan sebahagian yang lainnya.

Tujuan dan pemberian ini adalah agar mereka bersyukur. Adapun tujuan dari pencegahan adalah agar mereka bersabar. Barangsiapa yang diberi harta dan tidak mahu bersyukur pada Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia telah gagal dalam menjalani ujian ini. Barangsiapa yang tidak diberikan nikmat berupa anak, harta, pangkat dan seumpamanya, kemudian dia mahu bersabar dan redha, maka dia telah lulus dan berjaya mewujudkan apa yang diharapkan.

Hamba yang soleh akan menerima segala macam pemberian dengan memahami dan merujuk kepada kisah Nabi Sulaiman, ketika beliau diberi nikmat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, beliau berkata: “Ini adalah sebahagian daripada kurnia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya)”.  (Surah al-Naml, ayat  40).

Dalam masa yang sama, ada pula orang menerima nikmat Allah, tetapi dia menolak untuk bersyukur dan memberi alasan, bahawa nikmat yang diperolehinya itu adalah kerana ilmu dan kepandaiannya (Surah al-Qashash, ayat 78). Manusia seperti ini tidak menyedari bahawa pemberian itu hanya merupakan ujian belaka, ujian terhadap keimanannya kepada kekuasaan Allah Pemberi Nikmat. (Surah al-Zumar, ayat 49)

Allah Subhanahu wa Ta’ala mengingatkan pada kita bahwa tidak ada seorang pun yang benar-benar memiliki nikmat dunia ini. Semua pemberian itu adalah bagaikan pinjaman, dan setiap pinjaman pasti dikembalikan kepada pemiliknya, kita akan keluar dari dunia sama seperti waktu kita pertama kali masuk ke dalamnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala jualahlah yang  memiliki bumi dan segala isinya, baik berupa emas, perak mahupun yang lainnya. Tidak ada yang dapat kita lakukan kecuali hanya mengembalikan pada yang berhak.Inilah di antara maksud lafaz istirjak yang  kita ucapkan ketika mendengar berita kematian seseorang.

Mengapa Ada Perbezaan di Antara Manusia?

Keterangan mengenai hakikat dunia telah jelas, maka jawapan dan inti pertanyaan di atas menjadi mudah. Di antara pertanyaan yang menyibukkan sebahagian besar manusia adalah:
* Mengapa ada perbezaan di antara manusia dalam hal pem-berian dan pencegahan?
* Manakah yang lebih baik di antara kaya dengan miskin?
* Manakah yang lebih baik di antara mereka yang  memiliki anak dengan yang tidak?

Jawapan terhadap semua pertanyaan di atas, ialah bahawa  yang lebih baik adalah orang yang berjaya lulus dalam ujian materi tersebut. Orang yang kaya dan mahu bersyukur adalah lebih baik daripada orang miskin yang tidak redha dan tidak sabar atas kemiskinannya. Orang yang tidak dikurniai anak atau harta benda dan mahu bersabar adalah lebih baik daripada orang yang dianu-gerahi anak atau kekayaan tetapi tak mahu bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala atas kurnia itu.

 Pelajaran yang dapat diambil di sini adalah tentang bagaimana sikap kita terhadap pemberian ataupun pencegahan nikmat tersebut. Ada manusia yang merasakan dirinya dimuliakan kerana dia beroleh kesenangan.  Sebaliknya, apabila Allah membatasi rezekinya, dia mengatakan bahawa Allah menghinanya. (Surah al-Fajr, ayat 17-18). Pada hakikatnya tidak demikian. Anggapan seperti ini menun-jukkan bahawa manusia tersebut menilai kemuliaan dan kerendahan seseorang itu dengan harta dan kekayaan. Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan umatnya dengan sabda baginda, bahawa seseorang yang memuliakan orang lain kerana hartanya, maka rosaklah sendi imannya.

Angkara Syaitan

Syaitan masuk ke dalam diri kita dengan cara yang sama seperti yang telah mereka lakukan kepada orang tua kita, iaitu dengan rasa keberpunyaan dan keabadian nikmat. Syaitan terus meracuni fikiran kita agar kita meyakini bahawa nikmat yang diberikan itu merupakan hak milik yang hakiki dan abadi.

Syaitan mempamerkan keindahan dunia di depan mata kita. Lalu kita mengikuti ajakannya dengan mencintai dunia, selalu menggantungkan diri kepadanya, dan saling bermusuhan kerananya. Setelah itu, kita dikejutkan kerana tidak memperolehi suatu apa pun di sebalik dunia ini, kecuali hanya kehampaan. Kehampaan yang ditimbulkan oleh janji-jani syaitan kepada manusia, yang membang-kitkan angan-angan kosong. Sedangkan semua janji-janji syaitan itu adalah tipu daya semata-mata )al-Nisa’, ayat 120).

Inilah penyakit jiwa yang ditiupkan syaitan kepada orang-orang yang sentiasa dilambung angan-angan, dan inilah yang menimpa jiwa sebahagian orang Islam yang asyik dengan kira-kira nombor setiap hari, dengan harapan dia akan menang. Pada hal itu hanyalah tipu saya syaitan yang sentiasa menggoda hati orang-orang yang imannya longgar.

Janji-janji syaitan itu hanyalah sebuah cerita kuno yang terus diulang-ulang.  Jika pertanyaan dan jawapan yang diinginkan telah dijelaskan di atas, maka masih ada lagi satu pertanyaan lainnya yang menyebutkan, bilakah dimulainya masa ujian itu dan siapakah yang bertanggungjawab atasnya?

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberitahukan pada kita bahawa masa ujian ini dimulai semenjak manusia melangkah ke usia baligh, yakni waktu manusia sudah taklif, dan akan berakhir apabila nyawa telah keluar dan jasad.

Dalam masa itu berbagai macam ujian yang akan menimpa manusia, adakalanya dalam bentuk kekayaan, kecantikan, pangkat, kedudukan, kemiskinan, kesusahan hidup, yang secara singkatnya dapat disebukan dengan tiga “ta”, yakni tahta, harta dan wanita.  Ada orang yang selamat dari ujian harta, tetapi dia tidak mampu melampaui ujian dengan wanita, dan demikian sebaliknya.

 Sejarah mencatatkan, tidak sedikit orang yang menjadi pembelot, penipu, tirani, perompak, pencuri bahkan bermusuhan, dan tidak jarang pula yang sampai ke tahap pembunuhan dan sebagainya kerana tahta dan harta. Dan sejarah juga mencatatkan, tidak sedikit pemimpin yang tersungkur kerana wanita.

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah memberitahukan pada kita bahawa pintu taubat selalu terbuka dalam jangka waktu tersebut. Selama waktu sekarat belum menjemput, kita berpeluang menghapus semua kesalahan dan menggantinya dengan kebaikan.

Tugas pencatatan amal dan pengawasan di atas bumi dilakukan oleh malaikat dari pelbagai arah. Semua anggota tubuh kita akan menjadi saksi.  Semua alam semesta mengawasi kita.

Disamping penyaksian semua hal di atas, Allah   Subhanahu wa Ta’ala  yang telah mengetahui segala sesuatu, karena Dia adalah Zat yang selalu menyaksikan, mengawasi, mendengar, melihat, dekat dan mengetahui segala-galanya.

Ketatnya pengawasan dan tidak adanya pengetahuan tentang waktu berakhirnya masa ujian,  menuntut kita untuk selalu waspada, muhasabah diri, menghindari syaitan, memperbayak taubat dan berserah diri (tawakkal) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Oleh Ibnu Majid

No Comments

    Leave a reply