Gempa 7.7 skala Ritcher cetus tsunami di Sulawesi

Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, dalam satu kenyataan malam tadi berkata setakat ini 6 dilaporkan terkorban akibat gempa dan kejadian tsunami itu.

JAKARTA: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 Skala Richter di Sulawesi, Indonesia turut mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu petang semalam.
Berdasarkan video daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, tsunami setinggi 3 meter itu berlaku 5.27 petang waktu Indonesia Timur, kira-kira 22 minit selepas gempa kuat itu menggoncang wilayah Kota Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.

Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Dwikorita Karnawati berkata gempa bumi itu menyebabkan berlaku tsunami pada ketinggian lebih dari 50 centimeter hingga maksimum 3 meter.

“Setakat 8 malam, BMKG mencatatkan sebanyak 22 kali gempa susulan dengan kekuatan antara 2.9 hingga 6.3 Skala Richter selepas gempa kuat 7.7 Skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala jam 5.02 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Ketua Pusat Data Informasi dan

Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan malam ini berkata setakat ini 6 dilaporkan terkorban akibat gempa dan kejadian tsunami itu.

“Pasukan penyelamat sedang memindahkan penduduk terbabit ke kawasan selamat.

“Berlaku banyak kemusnahan bangunan dan kediaman yang jumlahnya belum dapat dipastikan,” katanya. Jaringan telekomunikasi di Kota Palu juga kini dilaporkan terputus berikutan banyak menara telekomunikasi terjejas teruk akibat gempa kuat itu, katanya.

Sementara itu jurucakap K upedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam gempa itu.

“Pihak kedutaan memantau perkembangan terkini, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat terkini,” kata jurucakap itu.

Sunber : Bernama

No Comments

    Leave a reply