GENCATAN SENJATA DI SYRIA

GENEVA, 28 April -Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria Staffan de Mistura berkata, rundingan damai intra-Syria seterusnya boleh menjadi lebih bermakna seandainya perdamaian sementara yang hancur di negara itu dapat dipulihkan, lapor agensi berita China Xinhua.

Beliau berkata rundingan terakhir di Geneva dibayangi kemerosotan mengenai kepentingan menghentikan permusuhan.

Justeru beliau menggesa rakan-rakan di peringkat antarabangsa dan pihak bertelagah di Syria mengambil langkah memulihkan perdamaian sementara sekaligus dapat mewujudkan suasana sesuai untuk mengadakan rundingan baharu.

“Dalam tempoh 48 purata seorang Syria terbunuh setiap 25 minit manakala seorang cedera setiap 13 minit,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di ibu pejabat PBB di New York.

“Bagaimana untuk kita dapat mengadakan rundingan penting apabila kita hanya mendengar berita mengenai serangan bom dan tembakan sahaja,” katanya.

Beliau menyeru anggota Kumpulan Sokongan Antarabangsa Syria (ISSG) mengadakan semula rundingan damai secepat mungkin.

Dua pihak yang memainkan peranan penting dalam rangka kerja ISSG iaitu Amerika Syarikat dan Russia perlu bertindak segera untuk mewujudkan gencatan senjata di Syria serta menyingkirkan elemen yang boleh menjejaskan rundingan damai intra-Syria, katanya.

Tarikh rundingan seterusnya akan diumumkan pada Mei.

Petikan Bernama pada 28 April 2016

#TANWIR – Cinta perdamaian

Artikel berkaitan: Perdamaian Di Bumi

No Comments

    Leave a reply