Grand Mufti Al Azhar: Keputusan Trump Melukai Umat Islam Sedunia

Grand Mufti Al-Azhar, Ahmed al-Tayeb memberi amaran wujud kesan yang serius atas keputusan Donald Trump, yang mengumumkan Yerusalem sebagai ibu negara Israel.

 

Sheikh al-Azhar mengatakan keputusan tersebut melukai perasaan lebih dari 1,5 bilion umat Islam di seluruh dunia.

 

Dalam sebuah pernyataan, Ahmed Tayeb menambahkan bahawa keputusan tersebut merupakan sebuah ketidakadilan dan penafian terhadap hak Palestin dan bangsa Arab di kota suci mereka, dengan mengabaikan perasaan lebih dari 1,5 bilion Muslim dan jutaan orang Kristian Arab.

 

Grand Mufti Agung Al-Azhar turut menekankan bahawa Yerusalem yang dijajah, jatidiri negara Palestin dan bangsa Arab, hendaknya menjadi tumpuan utama para pemimpin negara di seluruh dunia.

 

Arrahmahnews.com

No Comments

    Leave a reply