30,000 HADIR CERAMAH DR. ZAKIR DI TERENGGANU

Lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus malam tadi untuk mendengar ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik.

Orang ramai mula memenuhi stadium pada jam 8 malam dan ada yang terpaksa mendengar ceramah di bahagian luar kerana semua tempat duduk dalam stadium dipenuhi.

Dr Zakir, 50, yang tiba di negeri ini kelmarin, menyampaikan ceramah bertajuk ‘The Importance of Unity Among Muslim Ummah’ selama dua jam bermula 9.45 malam.

Orang ramai berpeluang menyoal Dr Zakir sejam selepas itu.

Sebelum menceburi bidang dakwah, beliau terlatih sebagai doktor perubatan.

Dr Zakir yang pertama kali ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Kehadiran beliau adalah bagi memenuhi undangan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang berhasrat meluaskan aktiviti dakwah di negeri ini.

Petikan- Bernama

#TANWIR – Minat Ustaz Azhar Idrus

Artikel berkaitan : Membentuk Persefahaman Agama

No Comments

    Leave a reply