Hanya 16 Hari, Zaid bin Tsabit Menguasai Bahasa Ibrani

ZAID bin Tsabit r.a telah menceritakan hadis berikut: “Rasulullah Shalallaahu ‘Alahi Wasallam memerintahkan kepadaku untuk mempelajari bahasa lbrani untuknya bagi tujuan menterjemahkan surat orang-orang Yahudi.”

Zaid mengatakan dengan nada semangat: “Demi Allah, sesungguhnya akan kubuktikan kepada orang-orang Yahudi bahawa aku mampu menguasai bahasa rnereka.”

Zaid melanjutkan: “Setengah bulan berikutnya aku mempelajarinya untuk baginda dengan tekun dan setelah aku menguasainya, maka aku menjadi juru tulis Nabi SAW. Apabila baginda berkirim surat kepada mereka, akulah yang menuliskannya; dan apabila baginda menerima surat dari mereka, akulah yang membacakan dan yang menterjemahkannya untuk baginda Saw.” (Tirmidzi, Kitabul Isti`dzan wal Adab 2639)

Menurut riwayat lain, Zaid telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda kepadanya: “Apakah kamu mengetahui bahasa Siryani? Kerana sesungguhnya aku sering menerima surat-surat yang berbahasa Siryani.” Aku menjawab: “Tidak!”

Rasulullah Saw bersabda: “Pelajarilah bahasa itu.” Maka aku pun berjaya mempelajari dan menguasainya hanya dalam masa 17 hari.

Sesungguhnya seorang mahasiswa pada masa sekarang, berapa tahunkah masa yang diperlukan untuk lulus menjadi seorang ahli salah satu bahasa asing dan meraih gelar, baik Lisence mahupun Bacheloriat? Sudah pasti ianya memerlukan masa selama 16 tahun.

Akan tetapi, di universiti Islam pertama yang diasaskan oleh penghulu manusia Muhammad SAW, berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Zaid bin Tsabit untuk dapat menguasai bahasa Siryani? Dia menyelesaikannya hanya dalam masa 16 hari dengan keputusan cemerlang. Sedangkan pelajar masa sekarang memerlukan masa16 tahun bermula dari sekolah rendah hingga di peringkat universiti.

Dipetik dalam www.hidayatullah.com

No Comments

    Leave a reply